Politics Technology

Cara unblock The Malaysian Insider atau Sarawak Report, 5 minit je :)

(Read the original article in English here!)

Nak dipendekkan cerita, lepas Sarawak Report tempoh hari, The Malaysian Insider pulak yang tah tak pasal-pasal kena block.

Tapi jangan sedih jangan susah, kat sini CILISOS akan tunjukkan pelbagai cara yang korang boleh guna untuk unblock website ni semua supaya kita kembali kepada dunia yang bertamadun.

1. Cara tukar kepada DNS Google di PC

Kelihatan tok penghulu Boyd Norton menggunakan postur yang menepati piawai OSHA.

Kelihatan tok penghulu Boyd Norton menggunakan postur yang menepati piawai OSHA.

Cara ni boleh korang guna untuk Windows 10, 8, 7, Vista dan XP. Bagi sebarang Windows versi yang lebih tua, lebih elok la korang buatkan jadi tukun je. Ok jangan banyak cerita, jom mula:

  1. Right click kat ikon WiFi korang dan pilih Open Network and Sharing Centre.pc-unblock-01
  2. Klik Change adapter settings.
  3. pc-unblock-02
  4. Klik pada sambungan Internet yang korang guna dan pilih Properties.
  5. pc-unblock-03
  6. Klik pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan tekan butang Properties.
  7. pc-unblock-04
  8. Klik “Use the following DNS Server addresses” dan masukkan 8.8.8.8 sebagai Preferred DNS Server dan 8.8.4.4 sebagai Alternate DNS Server.
  9. pc-unblock-05
  10. Klik OK, dan nikmatilah layaran Internet tanpa had, selagi mana korang bayar bil la.

2. Cara tukar ke DNS Google pada Mac

Image from fred-1.com

Gunakanlah yang original.

  1. Kat desktop, klik ikon Apple yang dan pilih System Preferences.
  2. Pilih Network
  3. Pilih sambungan anda yang ada label Connected (Ethernet atau Wi-fi) dan klik Advanced.
  4. unblockmac-01
  5. Pilih tab DNS dan klik-kan ikon tambah (+)
  6. unblockmac-02
  7. Taipkan apa yang ditunjukkan di atas dan klik OK untuk habiskan proses. DNS server: 8.8.8.8
  8. Anda boleh juga tambahkan DNS server: 8.84.4 sebagai back-up
  9. Pergi ke The Malaysian Insider dan Sarawak Report sambil menitikkan air mata tanda kemenangan.

3. Cara unblock website mengunakan Google Chrome (Android/iOS )

Screenshot_2015-07-21-13-51-49

Terima kasih daun keladi pada Sri Mahadewa Teknologi kerana bagitau cara yang simple takbleh blah, tapi kalau korang guna Google Chrome je la kat smartphone korang. Begini caranya kawan-kawan sekalian:

  1. Buka browser Chrome. Cari logo ni
  2. Buka skrin Settings
  3. Screenshot settings chrome sarawak report 2
  4. Pergi ke tab Advanced, dan cari pilihan Data Saver, dan BUKA SETTINGS TU LUAS-LUAS.
  1. Screenshot settings chrome sarawak report 3
  2. Screenshot settings chrome sarawak report 4
  3. Pergi ke sarawakreport.org. Sila jamu kepada nasi lauk ikan sedisi dan sayur hasutan campur masak lemak ni.
  4. Screenshot settings chrome sarawak report 5
  5. Oh, dan pesanan akhir dari macamyes
    “Canggih, kan? Tapi jangan lupa tutupkan setting ni kalau nak masuk servis WAP telco mana-manapun (seperti mendaftar untuk Spotify Premium melalui Maxis, etc), sebab kalau tak, syarikat telco takleh nampak u!”
    macamyes comment sarawak report android save data

 

4. Cara menukar ke DNS Google dalam iOS (iPhone atau iPad)

funny-iphone-5

Takat iPhone 5 aje. iPhone 6 tak masak ranum lagi.

Begini caranya untuk menukar server DNS iPhone. Ingat, cara ini hanya boleh dipakai dengan koneksi wi-fi. Kalau tak pakai wi-fi…erm, kami pun belum brapa tau nak buat ni lagi. HAPEPUUUN, arahan ini diberi oleh macinstruct.com

  1. Dari homescreen iPhone, tap Settings
  2. Tap Wi-Fi. Skrin yang ada dalam gambar dibawah akan muncul. Hotspot-hotspot wireless yang ada dalam jarak kesan iPhone akan ditunjuk dalam senarai dibawah.
  3. iphone-3
  4. Cari hotspot wi-fi yang biasa dipakai dalam senarai tersebut, dan klik-kan ikon anak panah. Skrin yang ada dibawah tu akan muncul.
  5. iphone-5
  6. Tapkan kotak yang ditanda “DNS”
  7. Padamkan server DNS yang ada (kalau ada), dan masukkan nombor DNS baru. (Perlu pakai tanda koma kalau nak masukkan lebih dari satu server)
  8. Pergi ke sarawakreport.org dan alamilah nikmat luar biasa isi membaca tulisan-tulisan yang menaikkan rasa syahwedisi dan hasutan. #takjugaklah #tapibolehlayanlah

Kalau semua kaedah ini tak boleh dipakai, tolong kasi kami tahu kat seksyen komen kat bawah tu, dan kami akan try lah sebaik mungkin untuk menolong! Dan juga, tolong beritahu kalau sekatan tu tiba-tiba muncuk kat handset jugak, atau kalau sekalian ada penyelesaian yang kami belum jumpa lagi (siap dengan pengiktirafan kotribusi).

“Apehal lak CILISOS ni kecoh sangat nak unblock site-site ni? KORANG NIH ORANG PEMBANGKANG KA!?”

Okay, first of ollz u ollz, biarlah kita mengulas balik pendirian kami yang kami dah sebut dalam sesuatu artikel lain sebelum ni…. Kami pun sebenarnya tak percaya seratus peratus pon ulasan Sarawak Report tu. Memandang hal pihak mereka yang sampai sekarang tak bagitahu dari mana mereka dapat sumber info dan leaks power-mower mereka ni, kami pun ada rasa skeptikal jugak. Dah macam tu, baik ko kata sumber info ko nih makhluk asing dari Planet Biawak Psikik.

Tapi ironinya, langkah kerajaan untuk mengharamkan laman web mereka sebenarnya buatkan kami lebih percayakan mereka. Lagipun, buat ape nak haramkan laman web mana-manapun kalau dah memang nampak sangat mereka ni kaki tipu? Kan?

Tapi biarlah apapun, sebagai outlet media juga, kami rasa bahawa ini menjadi tanggunjawab kita untuk sokong hak mereka untuk meluahkan suara mereka (kecuali kalau memang terbukti yang bahan mereka ni tipu belaka, pastu okay la). Tuan puan pembaca, kita sebagai rakyat Malaysia semuanya sedang melangkah ke dalam zaman yang merisaukan, dan kami di CILISOS terasa bahawa hak kebebasan bersuara adalah antara hak yang terpenting untuk kita bela demi keselamatan negara ini dari malapetaka.

Jadi maksudnya, biarlah kalau Ridhuan Tee ke, Anwar Ibrahim ke, Ibrahim Ali ke… tak kiralah siapapun yang nak, kami rela menolong sesiapapun unblock site mereka dan site-site apapun yang mereka nak (kecuali site porno la, yang tu pegi la mintak kat orang lain… hampeh -_-).

Sebab mana tau la, kan? Satu hari nanti, mungkin kami juga yang kena…. o_o

NAH, BACA:
This bridge in Terengganu saves drivers 15 minutes. Guess how much it costs?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top