Bahasa Malaysia Culture Entertainment Language

Dari Alam Perwira, Dragon Ball ke Gempak, korang dulu baca komik apa?

Pada satu masa dahulu ketika Internet masih lagi di tahap modem 56K yang terpekik tiap kali nak buat connection, komiklah antara satu-satunya bahan hiburan kita. Mana taknya, kalau nak tengok movie kena pegi cinema, Astro pulak tak mampu nak langgan – jadi komik je lah yang sentiasa memenuhi rak buku di kedai Aci yang berdekatan.

Kitorang bukan ceghita pasal majalah Kuntum atau Kawan yang abah korang tolong beli, mahupun kartun dalam surat khabar Utusan hoke. Tapi, komik sebenar yang dibeli menggunakna duit belanja yang sepatutnya korang guna kat kantin sekolah, termasuklah:

1. Komik Hong Kong yang penuh aksi kung-fu

Tajuk-tajuk femes: Alam Perwira, Dewata Raya, Pedang Setiawan, Raja Rimba

Hah banyak ke duit korang sampai nak kumpul beratus-ratus jilid. Imej dari tunak.tripod.com.

Berlapar la korang kalau nak kumpul sampai beratus-ratus jilid. Imej dari tunak.tripod.com.

Komik alih bahasa daripada Hong Kong ni memang sepesen je semua, pasal Kung Fu je memanjang. Asal jumpa je lawan, asal lawan je jumpa. Pastu berlawan pulak sampai tujuh hari tujuh malam. Cerita biasanya berlatar belakangkan zaman lagenda dinasti China dulu kala (korang boleh lihat macam mana pekomik HK melakarkan zaman dahulu kala).

Artwork dorang ni memang realistik, badan sekor-sekor berketak-ketak. Komik pun full colour, sebab tu la komik HK sangat nipis berbanding komik manga Jepun yang hitam putih.

Tahi bintang ditukar kepada cirit bintang untuk klasifikasi ‘U’. Imej dari Cari.

Tapi apa yang menarik sekali pasal komik HK adalah translation yang dibuat secara terlebih serius. So selain daripada nama watak yang dialihbahasa seperti “Tok Bulu Hijau”, jurus maut yang dinamakan sebagai “Hikmat Alam Semesta”, korang juga akan terjumpa pepatah-petapatah pelik seperti “Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata.” Ha, bahasa Melayu tinggi tu beb.

Hulk versi tak cukup zat. Imej dari faishark.blogspot.my/

Hulk versi tak cukup zat. Imej dari faishark.blogspot.my

Sekarang ni zaman komik HK dah pun padam, tapi masih ada grup penggiat komik yang cuba bernostalgia secara berjemaah. Korang pergi la join, mana tau boleh carik balik naskah Anak-anak Wira yang korang minat dulu-dulu.

2. Komik manga dari Jepun yang sangat kawaii

Tajuk-tajuk femes: Dragon Ball, Sailor Moon, Detective Conan, Slam Dunk

Sebenarnya... Dragon Ball ada 28 jilid kesemuanya...

Sebenarnya… Dragon Ball ada 28 jilid kesemuanya. (OK commenter Ali Imran betulkan yang dia ada 43 siri sebenanye…)

Berbanding dengan komik HK yang keluar setiap bab, komik Jepun (dikenali sebagai manga, tiada kaitan dengan majalah Mangga) keluar dalam bentuk naskah atau dalam bahasa Jepunnya, tankoubon. Baru puas baca.

Artwork komik Jepun kebanyakannya kiut miut. Tapi yang bestnya jalan cerita ada macam-macam. Selain bertemakan pertarungan (Dragon Ball), ada juga komik penyiasatan (Detective Conan), sukan (Slam Dunk), malah pasal roti pun ada (Yakitate Japan). Kadang-kadang korang boleh belajar sesuatu yang baru sebab team komik kat Jepun ni bukannya ada penulis dan pelukis je, malah team research pun ada untuk memastikan fakta-fakta yang dimasukkan adalah betul! Jangan main-main.

Detektif Conan ni kalau panjang sangat explanation dia, saya skip je.

Detektif Conan ni kalau panjang sangat explanation dia, memang kena skip je.

Budaya manga yang juga berkait rapat dengan anime dan cosplay ini sampai sekarang pun masih sangat kuat di negara Jepun, dan kat Malaysia pun tak kurang kena tempiasnya. Semenjak tahun 2002 lagi Comic Fiesta telah dijalankan hampir setiap tahun dengan mempamerkan komik, anime, game dari Jepun dan tak kurang juga bakat-bakat baru kita sendiri. Dan November lepas, Comic Con yang sangat terkenal di San Diego pertama kalinya dibuat kat Malaysia!

Peserta-peserta booth di Comic Fiesta. Imej dari Marianne's Art Space.

Peserta-peserta booth kat Comic Fiesta. Imej dari Marianne’s Art Space.

3. Komik superhero Amerika yang takde sapa mampu beli

Tajuk-tajuk femes: Superman, Batman, Spiderman

Biasanya yang kumpul komik Amerika ni akan kumpul action figure sekali. Hobi orang kaya.

Komik daripada US ni tak diterjemahkan dan biasanya budak-budak KL je yang dapat baca, kitorang yang duduk kat Utara dan Pantai Timur ni mana mampu. Mana taknya, harga masing-masing start daripada RM16.80 sampailah RM68. Tak macam komik HK dan Jepun yang boleh beli kat kedai suratkhabar biasa, komik Amerika ni boleh jumpa kat kedai-kedai buku besar macam Borders dan MPH je, tak pun kat kedai komik yang khas.

Selain daripada komik bertemakan superhero, komik Amerika yang femes kat sini adalah Archie yang ada pengikut setianya yang tersendiri. Disebabkan harga yang mahal dan susah nak cari, hobi mengumpul dan membaca komik Amerika ni biasanya untuk golongan geek je.

Skil membalut buku latihan time Sekolah Rendah tidak disia-siakan.

Skil membalut buku latihan time Sekolah Rendah tidaklah disia-siakan.

Cuma dengan meletupnya cerita-cerita superhero kat movie, orang dah mula kenal dengan karakter-karakter komik macam Iron Man, Ant Man, Rubiah Suparman dan of course tak perlulah kitorang bagitau pasal citer superhero kita sendiri, Cicak Man.

4. Komik tempatan yang kalau tak lawak, takleh pergi

Tajuk-tajuk femes: Gila-gila, Ujang, Gempak

Hah tergagapla korang baca Jawi. Imej dari Rudi Mahmood.

Hah tergagapla korang baca Jawi. Imej dari Rudi Mahmood.

Bermula dengan komik dalam surat khabar, kita dulu pernah publish komik stand alone. Menurut celoteh panjang daripada blog Anarkis, kartunis dulu memang semangat dalam mencontohi (dan kadang-kadang copy habis) komik antarabangsa daripada pelbagai genre temasuklah seram, aksi, lawak, dan thriller. Tapi komik macam ni mula mati perlahan-lahan sampai lah satu masa tu dijual dalam jajan yang berharga 20-50 sen je.

Retro habis.

Retro habis.

Lepas tu industri komik kita dihidupkan kembali dengan terbitnya Gila-Gila. Blog Rosaninia bercerita panjang tentang kemunculan Gila-Gila yang dianggap menongkah arus. Kiranya rebel habis la. Dan bila Gila-Gila mula jadik outdated, Ujang pulak yang ambil alih dengan imej rebel yang lebih up-to-date, tapi masih lagi bertemakan lawak sepenuhnya.

Imej dari Ronasina.

Imej dari Ronasina.

Bila Ujang mula pudar, takhta diganti oleh majalah Gempak yang cuba membawa pelbagai kelainan daripada industri yang asyik lawak je memanjang. Gempak bukan je ada komik dalam tema yang berbeza-beza, tapi dorang cuba isikan maklumat lain seperti tentang movie, game dan anime. Setelah komik-komik dalam majalah tu meletup, Gempak jilidkan komik-komik tu jadi naskah yang standalone, dan sampai hari ni korang boleh jumpa rak Gempak Starz kat 7-seleven.

Gempak dan salah satu komik paling femes, Under 18. Imej dari Gempakstarz.

Gempak dan salah satu komik paling femes, Under 18. Imej dari Gempakstarz.

Budak-budak kita baca komik lagi ke?

Bila dengar satu-satu penerbitan komik ni ditamatkan, sedih ada, nostalgik pun ada. Sekarang ni dengan bandwidth Internet yang berlambak-lambak boleh download movie dan citer Korea bagai, budak-budak kita baca komik lagi ke? Fakhrul Anuor, bekas editor di Gempak dan Utopia masih sangat positif:

“Pembaca komik masih ramai dan generasi baru masih boleh ditarik minat mereka kepada komik. Setiap tahun banyak juga berlangsungnya acara dan karnival berkaitan animasi, komik dan mainan.

Ramai juga karyawan komik kita dipanggil ke sekolah mahupun IPT untuk berkongsi ilmu pembikinan komik agar kita dapat memangkin kecenderungan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di dalam industri kreatif kelak.

Jadi pada pendapat saya, selagi ada motivasi untuk bergiat maka insha-Allah… industri komik kita tetap ada masa depan.” – Fakhrul Anuor (Ayour), dalam temuramah dengan SOSCILI.

Harap-harapnye lah, kan? Bagi korang yang dok tercongok depan smartphone dan iPad pun takpe, korang boleh layang komik online macam Komik Ronyok yang satu ni:

HAHAHAHAHAHAHA.

HAHAHAHAHAHAHA.

NAH, BACA:
Are teachers taking their punishments too far? Here are 6 other cases of Malaysian student abuse.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top