Bahasa Malaysia

4 DJ Radio. 4 Bahasa. 1 Temu Ramah. Banyak. Sangat. Beza.

To read this in English, click here.

[Maklumat terkini 28/12/15] Kami dapat tahu yang Red FM dan Capital FM baru je menamatkan perkhidmatan masing-masing. Jadi kami doakan yang terbaik je untuk semua DJ kat stesen radio ni semua, terutamanya Jeremy yang mengambil bahagian dalam temu ramah ni!

Okeh sebelum kita mula, jawab soalan ni:

[interaction id=”56603d4c41f2d0122b04fc8f”]

Hah kalau korang dah urban sangat dan hari-hari dengar Death Cab for Cutie, mesti korang ingat stesen Bahasa Inggeris macam Hitz.FM yang paling top sekali kan? Salah sama sekali. Sebenarnya, stesen radio berbahasa Inggeris takde dalam senarai 5 teratas pun.

Kami kat CILISOS semuanya speaking, hari-hari bukak radio Bahasa Inggeris je. Tapi bila dengar pasal hal ni, kami nak tau jugak, lagu apa keluar kat radio Bahasa Tamil? Lagu Melayu keluar tak kat stesen radio yang bukan dalam BM? Kenapa DJ kat stesen radio Cina banyak pakai spek mata acah-acah hipster?

Jadi kami hubungi Commercial Radio Malaysia (CRM), sebuah badan yang bertugas menjaga kepentingan semua stesen radio bukan kerajaan, dan dari situ kami dapat temu ramah mesra dengan:

commercial-radio-malaysia-logo

Temu ramah dengan 4 mamat ni adalah temu ramah PALING SYOK pernah kami buat! Nak tergelak, terguling bagai. Okeh, jom kita tengok 6 perkara menarik yang kami dapat sewaktu bersembang dengan DJ dari radio Inggeris, Melayu, Cina, dan Tamil.

1. Kat stesen radio Melayu, cakap “Bodoh” pun tak boleh!

Kalau mencarut memang terang-teranglah tak boleh kan, tapi sampai tahap mana? Bak kata Bob dari Suara FM, cakap ‘bodoh’ pun tak boleh!

“You kena cakap kurang cerdik.” – Bob

Menurut Jeremy dari Red FM pulak, kata-kata yang kurang senonoh ni kena tapis sikit, gunakan perkataan yang lebih sopan selagi ada. Contohnya waktu sekolah dulu, kita tak minta izin keluar kelas untuk ‘kencing’, tapi ‘buang air kecil’.

Tetapi, kadang-kadang terlepas kata-kata yang #MacamKesatTapiBukan pun ada gak.

“Ada satu lagu ni, tajuk dia “She’s So High” kan? Jadi semalam saya umumkan tajuk lagu tersebut, kemudian penyampai bersama pandang saya sambil tahan gelak, dan dalam hati saya kata “Bro, jangan buat macam ni on air bro!”” – Jeremy

3478582

Bukan kata-kata kesat sahaja, Jeff dari My FM cakap yang dia tak dibenarkan menggunakan nama jenama. Contohnya tak boleh cakap Mee Maggi, tapi guna mi segera sebab Maggi tak taja diaorang. (Tapi kami kat CILISOS nak cakap sampai berbuih mulut pun takpe, sebab memang Maggi ada iklan kat sini :p)

Bagi stesen radio Tamil pulak, Aanantha dari THR Ragga kata ada sebahagian para pendengar yang mungkin tak puas hati kalau Tamil yang dia guna tak cukup skema.

“Terdapat dua cara untuk cakap ‘kepala’. Satu ialah taleh dan lagi satu ialah mandeh (Nota editor: mohon maaf kalau salah!). Taleh adalah perkataan yang sebenarnya, manakala mandeh lebih kepada bahasa pasar. Kalau saya guna mandeh, orang akan tanya “Kenapa pakai perkataan itu? Pakai yang lagi sesuai la

Masalah Bob pun lebih kurang sama. Dia tak boleh guna bahasa rojak. Boleh je nak speaking, asalkan satu ayat tu semuanya bahasa Inggeris, tak boleh campur-campur macam CILISOS ni ha.

you-kenot-bercakap-like-this

2. DJ radio Cina glemer macam selebriti Hong Kong

Ah-Beng-Movie-Poster

Filem lakonan Jeff (kiri) dengan member DJ, Jack Lim. Gambar dari ram-ent.com.my

Mengikut Jeff, DJ radio Cina kat Malaysia sangatlah femes, sampaikan boleh keluar album lagu dan berlakon dalam filem! Sebabnya:

“Kalau awak duduk depan TV, awak boleh pilih rancangan Hong Kong atau Taiwan, jadi banyaklah pilihan yang ada. Susah sikit pelakon/penyanyi Cina tempatan nak cari makan. Tapi bila dalam kereta, tak ada pilihan selain mendengar stesen Cina tempatan.” – Jeff

Dalam kata lain, sebab radio kita takde DJ Hong Kong atau Taiwan, DJ tempatan senang jadi femes. Oleh kerana DJ ni semua hari-hari ke udara, diaorang makin terer dalam menghafal skrip untuk filem dan drama TV. Tapi kalau buat salah pun senang peminat-peminat perasan:

Jeff memberitahu yang dia pernah ditegur sebab double-parking.

“Saya double-park, kebetulan pulak esoknya saya kena cerita pasal double-parking. Mamat yang kena block semalam tu call tapi saya biarkannya keluar radio dan mintak maaf.” – Jeff

Aanantha pun boleh tahan selebriti jugak la (walaupun kat radio Tamil dia memang dah superstar), pernah berlakon dalam Anushthaana dan muzikal bertajuk Malaysian Girls.

Tapi kat radio Melayu ni lain sikit, bak kata Bob korang kena jadi terkenal SEBELUM jadi DJ disebabkan persaingan yang sangat sengit.

“Sekarang perlu pernah berlakon ke, menyanyi ke, apa sajalah yang pernah popular.” – Bob

3. Tak boleh ejek superstar Tamil dei

Gambar dari movies.ndtv.com.

Kat radio Tamil, menurut Aanantha  memang pantang cakap benda-benda tak elok pasal pelakon Tamil.

“Kami tak boleh cakap “Eh, kau tau tak, pelakon ni kan” lepas tu cakap nama dia dan apa dia buat. Tak, kita takkan buat.” – Aanantha

Kata Aanantha lagi, bagi masyarakat Tamil, pelakon-pelakon ni memang diagungkan sungguh. Tengok je la bila Rajinikath datang ke Malaysia hari tu (sampai ada yang cakap dia yang menghilangkan jerebu kat Malaysia).

Rajinikanth kena serbu peminat-peminat dari Malaysia. Gambar dari bookmyshow.com

Menurut Jeff, stesen radio Cina pun ada benda-benda yang tak boleh sembang, contohnya pasal duit. Jeff kata pendengar Cina tak suka bila orang berlagak pasal kekayaan masing-masing. Ada sekali tu dia kena prank, habis kereta Jeff kena balut dengan kertas.

“Esoknya saya kena komplen. Orang kata saya nak menunjuk kereta saya.” – Jeff

Kalau macam tu, Instagram kitorang pun diorang tak puas hati kot.


Klik di sini untuk baca artikel berkaitan!

Jeremy dan Bob takde pulak senaraikan perkara-perkara yang sensitif hanya untuk pendengar masing-masing. Tapi semuanya setuju akan 4 perkara yang tak boleh dibincangkan iaitu seks, dadah, agama, dan politik.

4. Stesen Melayu pun ada peminat India

Sekali-sekala, Bob kata dia ada dapat pemanggil Cina dan India.

“Ada seorang tu nama dia Roshan, I ingat Melayu, start cakap semua Melayu. Tapi bila dia sebut “Machaaa!” – Bob

Bila macha dah start keluar, konfem lah kita tengah sembang dengan brader (atau sistah) India kan.

SONY DSC

Bagi Jeff, dia ada je dapat pemanggil Melayu dan India yang berbahasa Cina. Stesen berbahasa Inggeris tak kira la sebab ia tak berkait dengan mana-mana kaum kan. Bagi Aanantha pulak, dia rasa dia ada pendengar Chindia, tapi takde kot daripada kaum lain.

5. Radio Cina main 70% lagu Cina dan 30% lagu bahasa lain termasuklah Kpop

Kat My FM, Jeff kata selain lagu Cina, diaorang ada jugak main lagi Inggeris dan Kpop. 70-80% adalah lagu Cina, dan selebihnya lagu bahasa lain.

Screencap dari My FM 25/11/15.

Sama juga untuk Bob yang berkata selain daripada lagu Melayu, Suria FM juga memainkan lagu Indonesia, lagu Inggeris, Cina, Bollywood dan Kpop! Katanya lagi, dengan kumpulan pendengar yang sangat besar, tak payah niche sangat pun takpe.

Menurut Bob , minat pendengar Melayu ni sebenarnya bermusim, contohnya sekarang ni musim lawak jadi masing-masing nak ketawa memanjang. Bagi Jeff pulak, radio Cina memainkan lagu mengikut tajuk harian.

Hah, macam mana pulak dengan stesen radio Tamil? Lagu jenis apa yang THR Raaga mainkan?

“Lagu Tamil, lagu Tamil, dan lagu Tamil. Ada la lagu Hindustan sebijik dua” – Aanantha

6. Penyampai radio sebenarnya tak memilih lagu

Yang ni, korang dah pernah dengar orang komplen kot.

y-u-mo

Kebanyakan masanya lah kan, bukan DJ yang pilih lagu mana yang keluar. Sebab tu lah dalam istilah yang skema, diaorang dikenali sebagai penyampai radio. Dah tu, hantu mana yang pilih semua lagu Justin Bieber tu?

Kata Jeff, sekarang ni lagu-lagu dipilih oleh komputer berdasarkan rentak, kemudian senarai lagu kena edit lagi untuk disesuaikan dengan mood hari tu. Menurut Jeremy, proses ini dipanggil sebagai ‘massaging the logs’ (mengurut… kayu-kayu balak?)

Dari segi muzik macam mana yang dipilih, Jeremy kata diaorang boleh jadi bagi cadangan, tapi sorang program manager pernah tegur:

“Kalau awak rasa lagu tu cool, jangan mainkan.” – kata-kata pengurus kanan program Jeremy

#kesianJeremy.

sad-hipster

Relevan lagi ke radio ni?

Mengikut Bob, peranan radio dah bertukar. Dulu radio digunakan untuk mendidik, tetapi sekarang dengan adanya Internet, radio adalah untuk hiburan semata-mata. Jeremy menambah:

“Sejak 10 tahun yang lalu, saluran media yang LAIN makin bertambah baik. Mereka gunakan isi kandungan yang biasanya orang ramai tak dapat (dalam media tradisional). Jadi perbezaan antara maklumat yang biasa didapati (seperti di Internet) dengan kandungan radio semakin besar.” – Jeremy

Dalam kata lain, saluran media yang lain semuanya meningkatkan prestasi masing-masing, namun radio masih di tempat yang sama. Dan orang ramai mula menyedari perkara ini.

Kalau macam tu, macam mana lah radio hidup lagi zaman sekarang ni? Seringkali kita dengar pasal media tradisional yang semakin pupus. Surat khabar la, TV la, radio pun kena. Namun mengikut statistik, 95% rakyat Malaysia di semenanjung masih mendengar radio!

Apa yang syok sangat dengar diorang ni bersembang? Gambar dari The Star.

Haa, cuba baca artikel ini dan ini yang membincangkan tentang kesan populariti personaliti radio.

“Apabila membandingkan personaliti radio dengan media yang lain, 6 daripada 10 pendengar berkata yang penyampai radio ni “macam kawan.”” – rbr.com

Salah satu artikel tadi berkata yang satu hari nanti, orang ramai akan lebih meminati personaliti radio berbanding stesen masing-masing! Mungkin sebab itulah radio berjaya. Kalau hari-hari pun dengar suara yang sama mestilah jatuh hati kan.

———————————————–

Setelah tamat temu ramah, hampir semua orang balik, tapi Aanantha dok lepak je lagi. Sebabnya? 3 staf CRM merupakan pendengar stesen radio Tamil jadi mereka duduklah bersembang sikit. Mereka cerita yang mereka semua ni peminat, tanya tentang kerja Aanantha, sorang makcik ni siap tanya kalau Aanantha kenal ke tak dengan anak lelaki dia.

Gambar makcik tu takde (sebab kitorang memang fail), jadi gunakanlah imaaaginasi~ Gambar ni diambil daripad FB Aanantha.

Sepanjang sesi bertemu peminat tu, opkos lah takde sorang pun yang kenal dengan penulis CILISOS 🙁

Jadi sekurang-kurangnya, memang konfem lah radio masih ada kelebihan berbanding laman web acah-acah hipster macam kami.

NAH, BACA:
Are vernacular schools dividing M'sians? We asked 5 Malay students from different school types

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top