Art Bahasa Malaysia Culture Entertainment

7 benda wajib ada dalam poster filem kita

(Read the original article in English.)

Peribahasa omputeh ada kata, “Don’t judge a book by its cover”. Oleh kerana takde peribahasa yang sama untuk filem, marilah kita bersama menge-judge filem berdasarkan posternya.

Mana taknya, poster ni penting kot kalau last minit korang tak tau filem apa nak pilih. Kalau poster gempak, mesti dalam kepala dah bagi 5 bintang. Kalau poster hampeh, nak beli tiket pun segan.

Bila masuk bab design poster filem ni, ternyata ada beberapa trend yang digemari graphic designer kat Malaysia ni. Mungkin korang tak pernah perasan, tapi ini lah 7 perkara yang wajib ada dalam poster filem kita.

1. Pen oren, pen biru

Filem2

Biru? Jingga? Lama? Baru?

Tak tahulah kenapa kaler biru dengan kaler oren ini menjadi feveret designer kita. Agaknya dorang ingat dalam Pendidikan Seni dulu biru dan oren ni adalah warna penggenap dalam colour wheel. Kombinasi warna penggenap ni selalunya memberi visual effects yang meletop, ia menonjol dan menarik perhatian.

Mungkin jugak sebab gabungan biru dan oren tak digunakan oleh mana-mana parti politik (setakat ni), so konpem tak kena saman.

2. Di sini wujudnya bola-bola api

Filem3

Api itu lawan. Api bukan kawan.

Kalau betullah poster-poster filem kita menggambarkan realiti kehidupan, maka hari-harilah Jabatan Bomba datang berlumba-lumba. Mana taknya, asal buat poster je nak berapi. Asal berapi je nak buat poster.

Mungkin designer kita dapat ilham daripada alam semulajadi iaitu musim jerebu tahunan yang sering berpunca daripada kebakaran hutan kot.

Filem4

3. Geng mat rempit moto 

Filem5

Coolnya dapat bawak motor. Nanti kalau result SPM bagus, nak mintak dekat mak satu motor sports ah.

Ha, yang ni memang betul-betul menggambarkan realiti kehidupan. Daripada Honda Cup ke 125Z ke tak tau lah motor apa pulak lah yang tengah up sekarang ni, orang kita memang sinonim dengan budaya motor. Sampaikan kita ada istilah khas untuk golongan yang suka buat posing superman toleh belakang ni semua.

Filem6

Ingat, nak naik motor lesen misti ada!

Dan sebenarnya filem bertemakan motosikal adalah antara yang paling laris di Malaysia. Jadi memang sesuailah imej motorsikal digunakan di poster filem, nak lagi kalau itu cerita cinta. Sebab motor ni ibarat bini nombor tiga la kiranya.

Filem7

Dalam kategori ini, poster filem Cun! (2011) paling win, sebab Remi Ishak dan Maya Karin cuba-try-test merempit pakai kerbau tengah-tengah bendang.

Filem8

Pon pon! Eh hang ni, kerbau mana ada hon!

Ingat eh, penunggang motorsikal memegang risiko kemalangan yang paling tinggi di Malaysia. Adik-adik abang-abang yang menunggang motorsikal, berhati-hatilah.

4. Ajari aku pecahan

Filem9

Kalau kat sekolah cikgu-cikgu Matematik suka ajar topik pecahan pakai gambar kek atau gambar gelas berisi air sirap, apa kata lepas ni kita gunakan poster filem pulak?

Tak perasan ke korang yang banyak poster filem menggunakan teknik split screen? Ha kalau nak tahu, teknik ini boleh menggambarkan kepelbagaian kehidupan watak-watak di dalam sesuatu filem (mak aih bunyi macam buku biologi pulak). Imej split screen ini selalunya digunakan di dalam filem-filem berbentuk antologi atau filem-filem yang menggambarkan dua dunia yang berbeza. Contohnya, kalau teknik ini kita pakai zaman P.Ramlee dulu, sesuai sangat la digunakan untuk filem Ibu Mertua-ku.

Cilisos: Kami tidak menggalakan penggunaan poster filem cintan cintun sebagai bahan bantuan mengajar. Kalau nak, pilihlah filem-filem yang bertemakan persahabatan, kecekalan dan sebagainya. 

5. Matahari terbenam tepi laut 

Filem10

Siapa nampak Yusri KRU ada misai angkat tangan!

Gambar tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa waktu senja memang selalu kita nampak dalam poster filem cintan cintun. Ye la kalau pakai gambar dating tepi dewan makan kang tak feel pulak.

Tapi kesian, pantai-pantai indah yang menjadi latar belakang banyak filem jarang sekali diberikan kredit. Pernah ke ugaiz nampak poster filem yang tulis “Turut membintangi… Pantai Cenang” atau “Memperkenalkan… Pantai Cahaya Bulan”? (Kalau pernah bagitau akak, akak bagi hadiah dua hinggit)

Filem11

Peluh satu titik pun takde? Cis.

Kami punya faveret adalah Sepet (arahan arwah Yasmin Ahmad) di mana Ah Loong dan Orked pandang kamera penuh feel bawah cahaya matahari terik. Panas tu belakang kira, asalkan cun.

6. Ada apa dengan jari?

Filem12

Tangan, pelbagai saiz dan rupa bentuk.

Mengikut kajian kami, anggota badan paling kerap tertempek atas poster filem seram adalah jari-jemari. Yang kuku panjang aada, yang kuruih ada, yang terlebih zat pun ada. Nampak gayanya jari-jemari ni memang boleh buat kita seram sejuk kot. Ye la, cuba bayangkan poster cerita hantu pakai gambarbuku lali, efek macam tak sama je.

Tapi jangan risau kalau poster cerita hantu ni terlalu menyeramkan sampai tak boleh tidur malam. Seperti filem, poster filem juga berhak ditapis, walaupun hanya oleh pihak pawagam.

Filem13

Pelik tapi benar. Poster filem Waris Jari Hantu (2007) langsung TIDAK menggunakan imej jari.

7. MISTERI GAMBAR KELAS 

Filem14

The more the merrier!

Tiap kali tengok gambar kelas zaman sekolah, mesti mata berpinar-pinar cari muka sendiri kan. Nak lagi kalau kelas jenis meriah, makin kecik dan kiut-miut la muka masing-masing. Macam tu jugak lah poster filem yang cuba memuatkan wajah-wajah kesemua pelakon utama. Benda ni selalu gak jumpa dalam filem bahasa Cina.

Filem15

Haiyo uncle, which one the hero and the heroin I osso donno.

Pemenang kategori ini adalah filem Di Ambang Misteri (2004) yang menampilkan 16 gambar hantu yang dihasilkan dengan teknik yang cukup high tech iaitu copy+paste.

Filem16

Jangan… tengok…lama-lama…

Okay yang last sekali ni adalah poster yang paling lengkap, selengkap nasi kandar semua taruh. Ada warna biru oren. Ada motorsikal dua bijik. Ada latar belakang api. Ada gambar semua pelakon (yang disusun berbentuk piramid!)

Filem17

Tahniah kepada filem Oh Mak Kau (2013) yang berjaya mengaplikasikan pelbagai ciri-ciri ‘wajib ada dalam poster filem tempatan’!

Okay so lepas ni, bila pergi tengok wayang, boleh lah korang menilai sendiri poster-poster filem Malaysia. Kepada local poster designers teruskan berusaha menghasilkan karya-karya yang ori, yang cun dan yang effektif. Mana tahu, kategori filem “Poster Terbaik” akan kembali ke Festival Filem Malaysia dan korang boleh menang?

Semua imej poster filem dari Posterfilem dan Filemkita. Hak cipta setiap poster dimiliki studio filem masing-masing. Kolaj poster filem dihasilkan oleh Evelyn Toh. 

NAH, BACA:
Oiii! Is the money from BERSIH t-shirts actually going to BERSIH?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top