Kerajaan larang perkataan “MERDEKA” dari SEMUA iklan

*For the English version, click here.

** Iklan diatas dari tahun lepas. Kami memilih untuk tidak memberi kredit dalam senario ini disebabkan tahap sensitiviti isu ini.

Semalam, kami menerima khabar mengenai sebuah emel dari SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) yang menyeru semua pihak media dan syarikat berjenama untuk tidak menggunakan perkataan MERDEKA dari semua bahan-bahan mereka. Emel yang sama, yang diterima pada petang 27hb Ogos, menyatakan bahawa segala rujukan kepada tempoh 58 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan adalah dilarang.

email from MCMC MERDEKA

Kami telah cuba untuk menghubungi nombor-nombor yang tertera, tapi tiada sesiapa yang menjawab (mungkin ini disebabkan sekarang adalah waktu sembahyang Jumaat). Namun, kami telah merujuk kepada rakan-rakan media kami mengenai perkara ini, dan kami mendapat pengesahan dari 3 sumber berasingan mengenai kesahihan emel ini. Ianya SAHBagi sesiapa yang mempunyai rakan-rakan dalam bidang media, anda boleh cuba tanya mereka. Sudah tentu, atas sebab-sebab yang tertentu, mereka akan memilih untuk tidak memberikan nama mereka.

TERKINI: 4:30pm 28 Ogos 2015: Sesetengah dari pembaca kami mengatakan bahawa salah satu sebab bagi larangan ini adalah untuk mengetengahkan pendekatan yang lebih sensitif kepada Sabah dan Sarawak, yang tidak mencapai kemerdekaan pada hari yang sama. Sebab ini boleh diambilguna, namun tidak dari segi masa. Kenapa hanya semalam selepas 58 beberapa puluh tahun?!

Pembaca-pemabaca lain juga ada mengajukan soalan sama ada ia adalah hanya nasihat ataupun arahan (patut, atau PERLU) – Dalam emel tersebut, ia tertulis sebagai PATUT, jadi kami beranggapan yang buat masa ini, ia cuma sebagai sebuah nasihat.

Kami akan mengemaskinikan cerita ini dari semasa ke semasa (sila beritahu kami jika anda mengetahui sesuatu mengenai isu ini), tapi buat sementara waktu, terpulanglah kepada anda untuk mencari kesimpulan kepada isu ini.

 

NAH, BACA:
A gomen site teaching Malaysians how to Internet... and it's actually not bad!?
About Chak Onn Lau 119 Articles
Chak is the editor-in-chief of CILISOS, and an imposing mass of muscle and good looks. He loves all forms of writing, especially profile information in faux third-person.