4 sebab ibu bapa Malaysia menolak idea vaksinasi kanak-kanak

For the English version, click here 

 

KEMASKINI: Yeap, konfem! Ada gerakan anti-vaksin di Kedah diakui oleh Kementerian Kesihatan. Kebanyakkan dari mereka menolak vaksin kerana takut ia mengandungi DNA khinzir. Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengumumkan yang mereka (Kementerian Kesihatan) sedang mengusahakan kempen kesedaran untuk mendidik ibu bapa bahawa kebanyakkan vaksin tidak mengandungi DNA khinzir.

Sementara itu masih ada komentetar yang memilih untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin dan menerangkan pandangan mereka disini dan di Facebook. Penglibatan pembaca sangat memberangsangkan! Baca pandangan mereka disini.

. . . .

Ingat lagi tak suntikan BCG masa darjah 6? Tak? Ok jom ingat semula . Penulis menemui artikel dalam The Star mengenai sebab mengapa semakin ramai ibu bapa Malaysia berhenti memberi suntikan vaksin kepada anak mereka. Tak kisahlah jika ianya penyakit urbanite ke apa? Hello, dah 2015 dan korang rasa sepatutnya semakin ramai orang dapat akses terhadap suntikan vaksin? Masalahnya, disini ianya bukan akses sebaliknya pilihan.

Apabila trend untuk suntikan vaksin semakin menurun Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) risau bilangan kanak-kanak yang mendapat penyakit semakin meningkat. Nak, nak lagi dengan kemasukan pekerja asing dari 12 buah negara yang mana status vaksin mereka diragui. Ironinya…

…golongan ibu bapa yang TERPELAJAR yang menolak pemberian suntikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Terpelajar…huh? Bukan ke kita di beritahu yang vaksin BAIK untuk kita?

Ingat tak selama ni kita diajar yang vaksin adalah baik untuk kita, semenjak ianya diperkenalkan buat kali pertama di Malaysia pada tahun 1958?

Penting untuk kita faham yang vaksin adalah langkah penjegahan. Vaksin tidak membunuh virus sepenuhnya. Virus-virus ini masih wujud didunia ini. Vaksin hanya membuatkan penerima vaksin imun terhadap virus. Katakanlah, anda mempunyai kesihatan yang baik tetapi tidak divaksin, dan anda berada hampir dengan orang yang sedang sakit (di dalam bas, tadika, kopitiam) anda mungkin akan berjangkit juga.

Lihat bagaimana vaksin membantu US:

Print
carta dari www.united-academics.org

Di sini adalah senarai suntikan wajib di Malaysia digelar ‘jadual suntikan vaksin’. Negara lain juga ada jadual seperti ini tapi tak semestinya sama untuk setiap negara.

Jap, kalau wajib, macam mana ibu bapa dapat mengelak dari mendapatkan suntikan-suntikan ini? Tak masuk penjara ke? Menurut kementerian kesihatan, suntikan ini bukanlah polisi yang dikuatkuasakan dan kanak-kanak yang tak divaksin masih boleh ke sekolah.

injection. Image from infertility.org.
Tahulah jarum menakutkan…tapi kemonlah! imej dari infertility.org

OK, suntikan adalah mimpi ngeri kepada kita semasa kita kecil… tapi adakah ibu bapa sekarang sangat-sangat trauma dengan suntikan vaksin sehingga tak mahu anak mereka mendapatkannya.

Naahhhh. Sebab sebenarnya adalah…

 

1. Mereka percaya suntikan vaksin boleh menyebabkan AUTISM!

Bunyinya macam tu la..tapi imej ini sekadar hiasan yeer. Imej asal dari IB Times

Ada satu gerakan anti-vaksin yang femes di US, yang mengatakan vaksin penyebab autism. Kononya, seorang lelaki bernama Andrew Wakefield telah membuat satu kajian yang membuktikan hal ini. Tapi rupa-rupanya kajian itu palsu- disahkan oleh Sunday Times dan kajian itu telah pun ditarik balik. Nasi sudah menjadi bubur, menyebabkan kadar suntikan vaksin merudum jatuh 🙁

Haish, dan sekitar tahun 2012 trend ini mula mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia (sebahagiannya kerana media sosial). Sehinggakan, 114 pediatrik yang terdiri dari pihak kerajaan, swasta dan universiti mengeluarkan kenyataan merayu agar ibu bapa berhenti mempercayai gerakan anti-vaksin ini. Banyak tu 114…perghhh!! Bila lagi kita boleh nampak pihak kerajaan dan sektor swasta bersatu begini? Malahan diseluruh dunia pun doktor, pakar perubatan dan organisasi kesihatan menyarankan suntikan vaksin.

Erina Law, seorang ibu memaklumkan kepada The Malay Mail Online yang beliau berhenti menghantar anaknya bertemu dokotor selepas anaknya menunjukkan tanda-tanda autism. Kini keluarganya mendapatkan khidmat dari pengamal homeopati. Menurut The Star, seperti Erika, kebanyakkan ibu bapa di Malaysia kini menggunakan homeopati dan ubat-ubatan tradisional dan mereka percaya ubat-ubatan ini tidak boleh bercampur dengan ubatan moden seperti suntikan vaksin.

Tambah Erina lagi, tanpa suntikan vaksin pun orang boleh mendapat penyakit, jadi beliau percaya ianya (suntikan vaksin) tidak mujarab. Ok hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara antaranya, mungkin kerana badan korang tak sepenuhnya imun selepas divaksin. Atau mungkin kerana tidak mengambil kesemua dos yang disyorkan untuk ia berkesan sepenuhnya. Boleh tengok rekod kesihatan korang untuk tahu. Jangan dilupai penyakit cacar berjaya dibasmi pada tahun 1980.

imej asal dari motifolio.com

Kaitan antara vaksin dan autism telah dibuktikan yang ianya MENGARUT. Kajian yang kononnya membuktikan hal ini pun telah ditarik balik oleh penerbitnya The Lancet.

Jadi…TAK suntikan vaksin tiada kaitan dengan autism.

 

2. Mereka percaya pada kesan sampingan vaksin yang negatif

Termasuklah keMATIan.

kids running away from injections. Image from infiniteunknown.net.
Imej asal dari  anticorruptionsociety.com

Tak dapat dinafikan ada beberapa kisah yang mengerikan berlaku seputar suntikan vaksin. Seperti Bessie (bukan nama sebenar) anak pertamanya mendapatkan suntikan vaksin tanpa menghadapi sebarang masalah. Tetapi anak keduanya sebaliknya.

“Pagi itu, dia diberi suntikan vaksin, pada malam berikutanya bengkak dan ketidakselesaan bermula. Anak kedua Bessie menangis tanpa henti selama 3 jam dan meraung nyaring”- Bessie memberitahu The Star.

Anaknya disahkan menghidapi keradangan otak, tingkah lakunya berubah, kehilangan eye-contact dan daya pengucapannya terjejas. Tapiii… anaknya tidak meninggal dunia. Satu pasangan lagi, Dan, berhadapan dengan pengalaman yang sama apabila mereka mendapatkan suntikan vaksin untuk anak kembar mereka.

Siapa boleh salahkan mereka? Peristiwa sebegini mampu menakutkan sesiapa sahaja. Kadangkala vaksin boleh memberi kesan sampingan yang negatif tetapi pada KEBANYAKKAN kesan-kesan itu ringan-ringan sahaja dan akan hilang dalam 1-2 hari.

  • kesakitan sementara
  • kemerah-merahan, bengkak, pedih di kawasan suntikan
  • Simptom selsema seperti demam, sakit kepala, muntah-muntah, keletihan dan lain lain
BCG scar mark rash. Image from thetraveldoctor.com.au.
Tanda suntikan mungkin akan nampak macam ni untuk beberapa minggu. Tak perlu gelabah dan JANGAN GARU. Image from thetraveldoctor.com.au

Kesan negatif yang lebih teruk termasuklah kejutan anaphylactic (tindak balas terhadap alahan yang boleh membawa maut) dan Encephalomyelitis disebarkan akut (ADEM keradangan pada otak dan saraf tunjang) atau KEMATIAN. Tetapi menurut WHO, kes-kes begini SANGAT JARANG BERLAKU.

Di Malaysia sebanyak 102 laporan ‘Kejadian Buruk Berikutan Imunisasi’ (AEFI) daripada 4.1 juta dos suntikan vaksin diberikan direkodkan pada tahun 2014. Itu hanya sebanyak 0.000025% sahaja. Korang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk jatuh tangga tetapi korang tak pakai pun harness untuk rock climbing. Lebih meyakinkan:

“Kebanyakan AEFI dilaporkan hanya melibatkan tindak balas kecil kawasan suntikan vaksin, demam ringan dan ruam yang dapat dipulihkan.”- Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, The Star.

Jangan salah sangka, kami tak berniat memperkecilkan kesan sampingan negatif yang boleh menyebabkan kematian. Kerana itu, ibu bapa perlu pantas bertindak mendapatkan nasihat pediatrik apabila mendapati anak-anak menunjukkan tanda-tanda awal/ gejala aneh selepas mendapatkan suntikan vaksin. Dan maklumkan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Lagipun risiko vaksin adalah LEBIH RENDAH dari risiko mendapat penyakit yang sepatutnya ia (vaksin) cegah.

 

3. Ibu bapa risau suntikan vaksin berasal dari sumber yang tidak halal

vaccination non halal pig
Imei dari picturespider.com dan topbot.org

Isu ni lagi. Haish.. Seorang ayah bernama, Marwan Shukriman, tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin untuk anaknya, mendakwa suntikan tersebut berasal dari sumber yang tidak halal seperti perut khinzir, hati monyet dan bahagian haiwan yang lain. Eeeeewww…macam ubatan tradisional aje.

Penulis cuba mengesahkan hal ini dan mendapati beberapa vaksin memang mengandungi gelatin khinzir sebagai stabiliser. Fakta menarik; virus hanya boleh membiak di dalam makmal pada sel-line haiwan, kerana itu virus-virus hanya dijumpai pada manusia dan haiwan. Beberapa pemimpin umat Islam juga telah menetapkan yang penggunaan gelatin ini tidak menyalahi apa-apa hukum syarak kerana ianya suci (tidak mempunyai apa-apa campuran) dan disuntik kedalam badan bukan dimakan. Pada tahun 2001 WHO berbincang bersama 100 ulama Islam untuk menentukan hukum suntikan vaksin dan mereka (ulama Islam) sepakat yang hukum suntikan vaksin diBOLEHkan.

Penulis juga cuba melihat bagaimana negara Islam yang lain mengendalikan isu suntikan vaksin ini. Di Arab Saudi contohnya, mengamalkan suntikan vaksin malahan suntikan mereka lebih meluas dan menyeluruh daripada kita. Sebagai contoh, suntikan rotavirus dan pneumococcal conjugate (PVC) diwajibkan sedangkan di Malaysia ianya pilihan. Di UAE juga mereka menguatkuasakan suntikan PVC dan cacar air, tapi di Malaysia ia tidak dikuatkuasakan.

Kembali semula ke Malaysia, Exco Kesihatan Penang Dr. Afif Bahardin memberi jaminan kepada umat Islam di negara ini yang vaksin halal, fatwa pun telah dikeluarkan menghalalkannya. Kepada mereka yang masih ragu-ragu, ad BERITA BAIK! Malaysia sedang bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menyediakan vaksin yang halal dalam masa 2 tahun lagi.

4. Sebahagian dari mereka merasakan yang ianya (tidak vaksin) selamat selagi anak orang lain sudah di vaksin.

Beberapa ibu bapa merasakan jika anak orang lain sudak diberi suntikan maka memadai bagi anak mereka untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin. Biar betul? Mereka tak tahu ke yang mereka bakal mendedahkan anak-anak orang lain kepada bahaya jika anak mereka tidak divaksin!! Ini dipanggil imuniti berkumpulan.

herd immunity. Image from vaccines.gov.
Jika semua orang divaksin penyakit akan pupus terus. Imej dari vaccines.gov

“Seperti menaiki car pool dimana semua orang sama-sama membayar untuk kos minyak, membaiki kereta pada setiap bulan, tiba-tiba seorang lelaki datang dan berkata, “Saya mahu naik bersama kalian tetapi saya tak mahu membayar apa-apa. Lagipun kalian memang ingin ke pusat bandar kereta pun masih ada kekosongan.” Jika bilangan orang yang memilih untuk mendapatkan menumpang dengan percuma pada imuniti kanak-kanak lain maka imuniti berkumpulan ini akan hilang.”- Pusat Pengawalan Penyakit.

Tapi imuniti berkumpulan takkan mampu bertahan. Jika semakin ramai orang mahu free ride pada imuniti kanak-kanak maka imuniti ini lama kelamaan akan hilang. Yang menakutkan adalah kerana ibu bapa tidak tahu bahayanya.

“Kebanyakan ibu bapa moden tidak pernah melihat sendiri kesan buruk penyakit seperti polio, demam campak, pertussis berlaku pada ahli keluarga mahupun komuniti mereka. Jadi mudahlah untuk mereka katakan yang penyakit-penyakit itu hanya wujud di masa lampau. Hakikatnya, ia masih wujud kini.” – Dr. Kamal Amzan mmgazette.com

Lebih membimbangkan, rantaian immuniti berkumpulan di Malaysia berhadapan dengan dua ancaman; jumlah kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin SEMAKIN BERKURANGAN danKEBANYAKKAN pekerja asing di Malaysia berasal dari negara yang mempunyai kadar imunisasi yang rendah. Kami menyediakan carta bagi menerangkan hal ini…

jadi semakin banyak rakyat Malaysia akan mendapat penyakit

Ini bukan angka sebenar, jangan panik. Kami hanya menggambarkan keadaan Malaysia jika SEMUA ORANG menolak suntikan vaksin.

Pada masa yang sama ada juga ibu bapa yang sekadar menolak vaksin kerana mahu menentang kapitalisma (mereka percaya yang suntikan vaksin adalah konspirasi yang dicipta oleh syarikat korporat yang jahat untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual vaksin). Atau mereka pro-pilihan (orang lain tiada hak untuk menentukan apa yang baik untuk anak aku). Tapi sanggup kah korang mengorbankan anak orang lain hanya kerana mahu membuktikkan kata-kata anda?!

Ada satu kes di Malaysia yang melibatkan seorang bayi berusia 8 bulan , 250ml air perlu dikeluarkan dari dadanya dan perlu di rawat di ICU, hanya kerana ibu bapanya tidak mahu PCV. “Kos hospital yang ditanggung 18 kali lebih mahal dari kos keseluruhan vaksin,” kata Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Pengerusi Sub-jawatankuasa untuk Immunisasi di Persatuan Pediatrik Malaysia.

 

Jadi ibu bapa, nak vaksin ke taknak?

Tiada siapa yang sanggup memperjudikan kehidupan nyawa anak mereka. Pada akhirnya pros melebihi cons, jadi pertaruhan untuk mengambil vaksin adalah lebih baik.

Dan seperti yang dikatakan sebelum ini keberangkalian kesan sampingan buruk yang berlaku seperti kematian amatlah jarang berlaku.

TIADA APA didunia ini yang benar-benar selamat. Memandu, melintas jalan, turun tangga…makan kangkung pun boleh mati!

Kisah bagaimana vaksin ditemui juga berkenaan dengan RISIKO… Pada tahun 1718 Lady Mary Wortley Montagu (isteri kepada duta British ke Konstatinopel) mendapatkan suntikan untuk dua anaknya yang mendapat jangkitan cacar berdasarkan proses yang diperkenalkan di Turki Uthmaniyyah pada masa itu. Suntikan sebenarnya telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh orang Turki dan China, lama sebelum barat mempopularkannnya. Pastinya ada yang menuduh Lady Mary sebagai ibu yang teruk diatas tindakan beliau. Tetapi terima kasih kepada beliau, anak beliau dan berbilillion-billion lagi kanak-kanak seluruh dunia dapat diselamatkan.

Dan kepada mereka yang mengatakan suntikan vaksin adalah pilihan peribadi… adakah pilihan individu lebih penting berbanding kemaslahatan umum, terutamanya apabali ianya melibatkan kesihatan orang awam? Seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Shaikh Mohd, Felo Kanan di Pusat IKIM untuk Sains dan Alam Sekitar, kita tidak boleh membiarkan diri kita dibutakan oleh teori konspirasi sehingga kita lupa tentang tahun-tahun yang kita usahakan untuk mendapatkan fakta saintifik.

“Ibu bapa yang anti vaksin ini membawa risiko kembalinya penyakit , menyebabkan masalah yang lebih besar bukan sahaja kepada pihak berkuasa kesihatan tetapi juga kepada komuniti dan negara.”- Dr. Shaikh Mohd memberitahu The Star.

 

angry vaccination girl meme
imej asal dari theincredibleworld.co.in

Kemon ugaiz: fikirlah sal anak-anak. Kongsikan dengan ibu bapa yang korang kenal! 🙂

NAH, BACA:
Datuk, Dato', Tan Sri and Dato' Pahlawan - What's the difference between all these titles?
About Hidayah Hanipah 2 Articles
no ordinary engineering student