Bahasa Malaysia Politics

5 perkara menakutkan dalam Bajet 2016 yang mungkin mudaratkan rakyat

To read this in English, click here.

 

Hujung minggu lalu, PM Najib Razak telah mengumumkan Bajet M’sia 2016. Bagi mereka-mereka yang tak tahu lagi apa benda tu, Bajet kerajaan persekutuan adalah pengumuman cadangan kerajaan untuk pendapatan, perbelanjaan, dan jangkaan keadaan ekonomi untuk tahun yang akan datang. Pokoknya, pelan perbelanjaan untuk seluruh Negara lah.

Oh, Pakatan Rakyat juga telah keluarkan bajet mereka sendiri juga. Klik sini untuk membaca bajet alternatif mereka.

Oh, Pakatan Rakyat juga telah keluarkan bajet mereka sendiri juga. Klik sini untuk membaca bajet alternatif mereka.

Mengimbas transkrip ucapan bajet PM kita, kami mendapati belanjawan negara bukanlah perkara yang kecil (lebih daripada 200 perkara, OMG). Tapi awak boleh semak sorotan perkara terpenting di sini. Agak panjang jugaklah, tapi sekurang-kurangnya lebih mudah difahami sedikit. Pendek kata, bajet kita untuk tahun 2016 ialah RM267.2 bilion. Banyak tu beb…267 pastu 9 biji sifar di belakang.

Apalagi, kami pun rajin-rajin mengkaji pasal bajet lah sebab ni benda yang amat besar. Sampai pergi ceramah Pakatan Harapan.

Satu benda yang kami perasan, ramai yang bercakap tentang masalah-masalah bajet kita untuk tahun depan. Ya, memang pembangkang banyak mengkritik bajet, dan ya, kami menggunakan beberapa perkara yang disebut mereka. Tapi kami juga cuba mengkaji setiap dakwaan dengan fikiran bebas.

Apa-apapun, tumpuan kini pada bajet kerajaan kita. Jadi nah, 5 perkara menakutkan dalam Bajet 2016 yang mungkin langsung tidak akan membantu rakyat.

 

1. GST mungkin akan sebabkan kita membayar beribu ringgit lebih cukai tahun depan

PM Najib berkata pelaksanaan GST akan membawa hasil lebih banyak daripada SST. Bagi mereka yang belum tahu lagi, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menggantikan cukai yang dikenali sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) (klik di sini untuk mengetahui perbezaannya). Seperti dimaklumkan, kerajaan menganggarkan bahawa ia akan mengutip RM23.2 bilion daripada GST dalam tahun 2015. Tapi, ini dia hasil yang dijangka akan dikutip tahun depan.

“Jika SST dikekalkan, kutipan akan hanya sebanyak RM18 bilion berbanding hasil GST sebanyak RM39 bilion.” – Perkara 40 dari ucapan bajet PM Najib Razak.

Ini adalah salah satu perkara yang paling banyak dipercakapkan dalam bajet. Najib berkata GST telah menyelamatkan ekonomi Malaysia. Sebaliknya, Lim Guan Eng dari DAP berkata maksudnya semua rakyat Malaysia akan menanggung RM39 bilion ini (sebab dengan SST bukan semua pengguna menanggung kos cukai ini).

Imej tidak diedit dan tanpa cerita sedih hari jadi dari craftybaking.com.

Imej tidak diedit dan tanpa cerita sedih hari jadi dari craftybaking.com.

Rafizi Ramli mendakwa bahawa setiap isi rumah di Malaysia akan membayar kira-kira RM19 tambahan setiap hari disebabkan GST. Maksudnya, dalam sebulan 30 puluh hari ia akan menjadi RM570, atau hampir RM7,000 setahun! Ingat ya, ini bukan bayaran yang dibuat sekeluarga dalam sebulan atau setahun, tetapi tambahan ke atas apa yang mereka berbelanja lazimnya.

Tetapi ini telah dipertikaikan oleh seorang profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang berkata bahawa kenyataan Rafizi terlalu ringkas dan tidak terperinci. Tambah beliau, lebih pengiraan diperlukan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membuat kira-kira sendiri lah!

GST dianggarkan akan membawa RM39 bilion tahun depan (kami gunakan nombor ini dan bukan GST-SST sebab bukan semua pengguna menanggung SST). Bilangan isi rumah di Malaysia? Kertas penyelidikan oleh Institut Khazanah menunjukkan 6,341,273 pada 2010 (kami tidak jumpa angka bagi 2014 atau 2015).

gst-per-household

Hasil kiraan menunjukkan setiap isi rumah akan membayar sekitar RM6150 setahun, iaitu RM16.8 sehari. Sekali lagi, ini ialah tambahan kepada jumlah yang mereka biasa berbelanja. Tapi ingat, ini angka dari 5 tahun dahulu. Maksudnya, jika isi rumah sudah bertambah sekarang, jumlah itu sebenarnya akan menjadi lebih kecil.

Jadi setakat yang kami dapat kira, jumlahnya taklah setinggi yang didakwa pembangkang. Tapi masih menunjukkan yang GST akan menyebabkan setiap isi rumah berbelanja beberapa ribu lebih setahun.

 

2. Tapi tak ada GST pun, kita masih akan bayar lebih untuk barang-barang

Jadi kita dapat lihat bagaimana GST akan meningkatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Tapi walaupun tak ada GST, kita masih perlu membayar lebih untuk benda-benda tertentu. Kenapa? Kerana bajet tahun depan akan banyak kurangkan subsidi kita.

Tak lama selepas bajet diumumkan, Malaysiakini melaporkan senarai potongan subsidi / bajet (selain potongan bajet yang lain). Berikut ialah beberapa pemotongan subsidi utama yang boleh menjejaskan kami.

A. Minyak masak

Imej dari ipoh.all.biz.

Imej dari ipoh.all.biz.

Ini melibatkan sesuatu yang dikenali sebagai skim penstabilan harga minyak masak. Carian Google menunjukkan tujuan skim ini – untuk memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi dan mengekalkan harga siling. Tanpa skim penstabilan harga minyak masak ini (yang berjumlah RM950 juta sebelum ini), kemungkinan besar harga minyak akan naik.

Mungkin ada di antara kamu yang berfikir ini tidak akan memberi kesan kepada awak kerana awak tidak memasak. Tapi kos ini mungkin akan disalurkan ke makanan yang kita beli juga. Faham-fahamlah kedai mamak di Malaysia macamana.

 

B. Pengangkutan

Imej dari synergyhomes.my.

Imej dari synergyhomes.my.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini. Mereka melaporkan bahawa subsidi pengangkutan mendapat potongan yang ke- 4 besar di antara kementerian-kementerian. Perkhidmatan KTM dan penerbangan dari kawasan luar bawakr yang paling terjejas. Kami perlu sebut yang pemotongan subsidi ini hanya dilaporkan oleh Malaysiakini. NST juga melaporkan potongan subsidi pengangkutan, tetapi untuk petrol dan tidak menyebut KTM dan penerbangan.

Tetapi mana-mana satu dari perkara ini akan memberi kesan kepada rakyat juga. Kenaikan tol baru-baru ini menunjukkan bagaimana peningkatan walaupun 70 sen untuk tol akan menyebabkan seorang membayar RM21 tambahan sebulan. Jika awak mengambil tol yang sama dua kali sehari, ia akan menjadi RM42 sebulan, atau RM500 setahun.

Oh, kedai mamak mungkin akan naik harga mereka juga sebab ini.

 

C. Elektrik

Penafian: Mungkin bukan gambaran tepat elektrik yang mengalir ke rumah awak. Imej dari slashgear.com.

Penafian: Mungkin bukan gambaran tepat elektrik yang mengalir ke rumah awak. Imej dari slashgear.com.

Artikel seperti ini dan ini semua berkata subsidi elektrik bernilai RM150 juta telah dimansuhkan dalam bajet baru. Tak payahlah kami jelaskan bagaimana ia akan memberi kesan kepada awak, kan? Lainlah kalau bagi engkau setiap hari itu Earth Hour.

Selain itu, ada kami sudah cakap – kedai mamak mungkin akan naik harga sebab perkara ini?

 

3. TAPI JANGAN RISAU! Orang miskin akan dapat RM50 lebih… setahun!

Infografik menunjukkan kategori-kategori BR1M dan berapa banyak yang telah diterima selama ini. Sumber: The Malay Mail Online.

Infografik menunjukkan kategori-kategori BR1M dan berapa banyak yang telah diterima selama ini. Sumber: The Malay Mail Online.

Artikel Malay Mail Online menerangkan bagaimana kebanyakan kategori BR1M 2016 menerima RM50 lebih daripada tahun 2015. Melihat transkrip pengumuman bajet Najib (perkara 189), betul lah ni. Bandingkan dengan GST sebanyak RM6150 setahun yang akan dibayar setiap keluarga. Dengan BR1M, awak membayar RM6100 sahaja!

Tapi semua ini tidak mengambil kira pengurangan subsidi ataupun kenaikan tol baru-baru ini. Malah, Malay Mail Online melaporkan peserta perhimpunan baju merah pun mula bertanya sejauh mana RM50 tambahan BR1M ini dapat meringankan beban.

“Peningkatan RM50? Nak buat apa dengan RM50? Tak sampai setengah hari pun sudah habis. Bayar tol AKLEH saja pun dah RM5 sehari. Dalam 10 hari, habis RM50 tu. Ada 20 hari lagi dalam bulan tu.”- Adeng, peserta perhimpunan #Merah169, seperti yang dipetik oleh Malay Mail Online.

 

4. Pemotongan bajet kementerian-kementerian pendidikan yang akhirnya memberi kesan kepada pelajar

Kedua-dua portal Malay Mail Online dan MalaysiaKini menerbitkan cerita tentang pemotongan-pemotongan dalam bajet 2016. Di antara banyak-banyak perkara yang dipotong, satu luka yang paling besar yang boleh menjejaskan rakyat secara langsung adalah pemotongan bajet Kementerian Pengajian Tinggi.

Dilaporkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mendapat potongan perbelanjaan sebanyak RM2.4 bilion tahun depan. Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari mengeluarkan beberapa analisisnya tentang pemotongan bajet IPTA. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian daripada pemotongan bajet bagi setiap universiti.

Bajet semua dalam senarai ini dipotong kecuali UKM. Klik untuk artikel penuh.

Bajet semua dalam senarai ini dipotong kecuali UKM. Klik untuk ke artikel penuh.

Kumpulan pelajar dari beberapa universiti telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Kumpulan dari Universiti Malaya (UM) sejauh meminta Najib kurangkan tenaga perkhidmatan awam dan sebaliknya tambahkan perbelanjaan untuk pendidikan.

Pengerusi kumpulan pelajar We Unite For Islam (WUFI) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, yuran pendaftaran dan tuisyen untuk kedua-dua UIAM dan UM telah pun naik dalam semester sebelumnya dan potongan bajet terbaru mungkin akan lebih memudaratkan pelajar.

“Kami bimbang pemotongan bajet akan menyebabkan pentadbiran universiti meningkatkan yuran seperti tuisyen dan kolej, serta caj-caj yang lain seperti yuran perkhidmatan.” – Azzan Aznan, Pengerusi We Unite For Islam (WUFI) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, seperti yang dipetik oleh The Malay Mail Online.

Imej tidak disunting dari funnymalaysia.net.

Imej tidak disunting dari funnymalaysia.net.

Namun begitu, adalah sedikit harapan. Kementerian Pengajian Tinggi telah berkata ia sedia menghadapi pemotongan bajet ini, dan tiada kenaikan yuran untuk IPTA. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh juga berkata IPTA tidak perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada kerajaan atau mencari sumber pendapatan lain.

Jadi ini boleh menjadi benda yang baik ataupun buruk. Bergantunglah kalau IPTA dapat mencari mata pendapatan sendiri. Tapi peguam ternama Azmi Sharom mengatakan walaupun IPTA yang mampu berdikari ialah perkara yang baik, beliau tidak berpendapat IPTA-IPTA kita sedia menampung kos sendiri.

“Kementerian Pengajian Tinggi telah menyatakan bahawa tiada peningkatan yuran, walaupun mendapat peruntukan Bajet yang lebih rendah. Tapi berapa lama boleh mereka bertahan?” – Azmi Sharom, seperti yang dipetik oleh The Star.

Seorang rakan kerja juga menerangkan kepada penulis ini, kolej dan universiti di Amerika Syarikat pun tidak dapat membiayai kos mereka sepenuhnya dan harus bergantung pada subsidi kerajaan pusat atau negeri. Awak boleh membaca tentang perkara ini di sini, di sini dan di sini.

 

5. Semua kena potong, tapi Jabatan Perdana Menteri dapat lebih wang lagi

Semua yang kami bentangkan setakat ini ialah perkara-perkara dalam bajet yang memberi kesan kepada rakyat secara langsung. Maksudnya, kita boleh rasalah poket kita kena hantam. Tapi, walaupun perkara seterusnya mungkin tiada kaitan rapat dengan kami, ia sesuatu yang kami percaya harus dimasukkan di dalam senarai kami ini. Perkaranya ialah bajet Jabatan Perdana Menteri. Itu hanya bahagian 1, bahagian 2 di sini. Biar betul! Besar sangat tu hingga perlukan 2 bahagian.

PMO-2015-2016-compare

Pokoknya, apabila jabatan-jabatan seperti Jabatan Pengajian Tinggi mendapat potongan bajet sebanyak RM2.4 bilion, Jabatan Perdana Menteri mendapat kenaikan sebanyak RM1.3 bilion.

Kenapa tambahan RM1.3 bilion ini menjadi masalah besar? Sebab dahlah tinggi sangat pada asalnya. Malaysiakini melaporkan bahawa peruntukan JPM tahun lepas bernilai RM19 bilion, iaitu sebanyak 6.9% daripada seluruh bajet negara. Tahun ini ia telah berkembang menjadi RM20.3 bilion, merangkumi 7.6% daripada seluruh bajet!

Liew Chin Tong dari DAP menegaskan bahawa jumlah yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri tidak setinggi ini dahulu. Pada tahun 2006, bajet JPM hanya 2.67% daripada keseluruhan bajet (berdasarkan artikel ini dari laman web Jabatan Perbendaharaan Negara). Ia meningkat kepada lebih dari 3% pada tahun 2007 dan 2008. Tapi entah kenapa melonjak kepada lebih 6% pada tahun 2009 (hmm…rasa-rasanya apa gegaran (politik) yang berlaku pada tahun 2008 sehingga benda ni menimbul eh?). Nombornya lebih-kurang begitulah sejak masa tu.

Yang tak jelas ialah, RM7.6 bilion ini digunakan untuk apa? Dari jumlah halamannya dalam bajet, kami fikir ia boleh dijadikan satu lagi artikel kot. Jadi mungkin #akandatang?

 

Jika bajet ini betul-betul bagus, mampukah ia membawa perbezaan?

Memang ada beberapa perkara yang positif dalam bajet tahun depan. Sebagai contoh, gaji minimum untuk pekerja dinaikkan di sektor awam (RM1200) dan juga sektor swasta (RM1000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak). Kami akui bahawa ada juga yang mengadu tentang perkara ini dan ia boleh bertambah baik, tetapi ia masih langkah yang baik.

Satu lagi perkara positif besar dalam bajet tahun ini ialah peingkatan peruntukan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak. Dilaporkan RM29.2 bilion telah diperuntukkan untuk 2 negeri ini demi membangunkan beberapa projek. NST dan Malay Mail Online menyenaraikan beberapa daripadanya di sini dan di sini. Satu projek yang patut disebut ialah Lebuhraya Pan-Borneo. Ia adalah satu projek untuk Malaysia Timur yang telah lama dalam perbincangan, dan dalam ucapan bajet beliau, Najib telah mengumumkan bahawa lebuhraya ini adalah bebas tol (perkara 141).

Sepanjang 2083km (bahagian Malaysia sahaja, tidak mengira bahagian yang melalui Indonesia), ia 2x lebih panjang daripada Lebuh Raya Utara-Selatan. Imej dari sarawakenergynewsroom.com.

Sepanjang 2083km (bahagian Malaysia sahaja, tidak mengira bahagian yang melalui Indonesia), ia 2x lebih panjang daripada Lebuh Raya Utara-Selatan. Imej dari sarawakenergynewsroom.com.

Selain dari semua ini, bajet 2016 juga menambah beberapa jenis pelepasan cukai bertujuan membantu kelas tengahan. Moody’s Investor Service  (sebuah syarikat yang menilai bon kerajaan dan syarikat) telah menyatakan bahawa bajet tahun depan akan berkesan mengurangkan hutang negara secara keseluruhan, di samping mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak.

Ramai orang berpendapat bahawa tujuan bajet ini ialah untuk berhemah semasa berbelanja walaupun pada masa yang sama bertujuan meraih sokongan rakyat (contohnya di sini, di sini, di sini, dan di sini). Ada juga laporan yang mendakwa bajet ini ialah bajet ‘Robin Hood kerana ia mengambil cukai dari yang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin.

Tetapi apabila mengambil kira semua perkara seperti GST dan pengurangan subsidi, awak akan melihat golongan miskin pun kena cukai juga. Jadi, mamat mana yang dapat semua wang tu??

Kebetulan, mamat GST Ahmad Maslan dijadikan Robin Hood dalam artikel kami. Klik untuk artikel.

Kebetulan, mamat GST Ahmad Maslan dijadikan Robin Hood dalam artikel kami. Klik untuk artikel.

Wan Saiful Wan Jan, dari badan pengkaji bebas IDEAS, percaya bahawa bajet ini gagal menangani isu asas negara iaitu krisis keyakinan. The Malaysian Insider melaporkan bahawa beliau juga berkata penyelesaian krisis ini memerlukan lebih daripada sebuah bajet baru.

Jadi, mungkin apa yang diperlukan oleh negara ini sebenarnya tak perlu melibatkan wang yang lebih banyak. Ini kerana pada masa ini, masalah-masalah yang kita hadapi sekarang nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan belanjawan negara pun.

“Masalah sebenar yang kita hadapi bukan masalah kewangan, tetapi lebih bersifat politik. Perdana Menteri menghadapi cabaran kredibiliti dan kepercayaan. Ramai yang tidak percaya kepada beliau lagi dan jika tidak ditangani, ia akan menjejaskan sentimen konsumer dan pelabur.” – Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, seperti yang dipetik oleh The Malaysian Insider.

NAH, BACA:
7 simple questions any Malaysian can ask 1MDB's board :) [Update]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top