Azan bakal diharamkan di Pulau Pinang?!

To read this in English, click here

Jika dua minggu lepas korang bertapa dalam gua dan baru keluar hari ni, mai sini kami nak update pasal berita hangat minggu lepas. Ada orang telah bocorkan surat rasmi kerajaan Pulau Pinang (hah? Kes bocor lagi?). Kali ini kandungan surat itu ialah pewartaan larangan penggunaan pembesar suara luar (outside loudspeaker) masjid dan surau bagi perkara lain selain azan dan iqamah.

Gambar dari AIDCNews

Baca keseluruhan yang didakwa surat itu di sini.

*grrrr grrrrrr* ni yang buat aku baran ni!! Berani diaorang tak bagi azan ye? Kumpulkan geng kita, kita amuk depan Komtar!! Gambar dari ROL Republica Online

Sabar dulu Ayahanda, Kak Long, Bang Long, brader.. Lek luu.. Kita bedah siasat dulu kandungan surat tu. Kasi faham sebelum gempur.

Pertama sekali, cuba baca sekali lagi berita ini perlahan-lahan. Beri perhatian lebih kepada kata kunci.

Larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau untuk perkara selain azan dan iqamah

Maksudnya kat sini azan (laungan untuk beritahu sudah masuk waktu solat) dan iqamah (laungan sejurus sebelum solat berjamaah dimulakan) masih boleh dikumandangkan guna pembesar suara luar seperti biasa. Cuma, aktiviti selain daripada azan dan iqamah kena guna pembesar suara dalam masjid/surau saja. Supaya hanya orang dalam kawasan masjid dan surau saja dengar. Bukan sampai satu kampung pun boleh dengar.

Gambar sebelum edit dari Wikihow
Gambar sebelum edit dari Wikihow

Oh, jadi Muazzin masih boleh laungkan Azan di Pulau Pinang lah ye?

Ya betul! Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau. Maksudnya, tak betul lah berita yang kata azan diharamkan di Pulau Pinang. Propa jer lebih.. Boleh je azan guna pembesar suara luar kuat-kuat, no problemo.

 

Habis tu, aktiviti apa yang tak boleh guna pembesar suara luar?

Kalau korang berjiran dengan masjid, atau pun memang kaki masjid (Alhamdulillah, calon menantu idaman ni!) korang mesti tahu yang selain daripada solat berjemaah, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang dibuat di masjid.

AKTIVITI PENJELASAN WAKTU (anggaran) JANGKAMASA (anggaran)
Tarhim Bacaan zikir dan ayat Al Quran Sebelum waktu Subuh (5.30 pagi) 10 minit
Kuliah Ceramah agama Selepas subuh (6.30 pagi)/ Maghrib / Isya’ (paling lewat boleh mencapai pukul 11 malam) 1-2 jam
Qiamullail Solat-solat sunnat, zikir, bacaan Al Quran Awal pagi (3.00 pagi-6.00 pagi) 2-3 jam
Mesyuarat Tahunan/ rancang program masjid dsbg Waktu yang munasabah 1-3 jam
Kursus asas haji / program motivasi/program cuti sekolah Waktu yang munasabah 2-4 jam

Jadi, perkara-perkara inilah yang dilarang guna pembesar suara luar. Tapi kalau nak guna pembesar suara dalam masjid (hanya didengari dalam kawasan masjid / surau) boleh, tarahal.

 

Kenapa pulak tak boleh mengaji (dan lain-lain) guna pembesar suara luar masjid? Kan perkara baik tu? Bagus la biar jiran-jiran masjid pun dengar!

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lebih glamer dengan panggilan Dr. MAZA) ada menjawab persoalan ini :

“Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Muslim dan lain-lain”

Korang dah tengok kan kat jadual atas tu? Aktiviti-aktiviti lain yang kadang-kadang berlaku di masjid dan surau? Cer fikir, kalau Qiamullail contohnya, mula pukul 3.00 pagi sampai ke Subuh, guna pembesar suara luar pulak tu (maksudnya suara sama kuat dengan azan), ia sangat mengganggu kanak-kanak, bayi, orang sakit, jiran masjid/surau yang non-Muslim, orang yang baru nak masuk tidur sebab baru lepas kerja shift dsbg.

Ada beberapa komen di media sosial yang menarik perhatian kami.

Komen-komen dari media sosial
Komen-komen dari media sosial

Hang tak kena lagi boleh la sembang deraih noo? Rumah kita jauh dari masjid. Cuba letakkan diri kita di tempat cik kak tu, teruk jugak sampai nak bercakap di telefon pun tak boleh apatah lagi mahu tidurkan bayi.

 

Ini mesti mainan politik kan? Atau aduan non-Muslim yang benci dengan Islam?

Dok aaihhh.. Tidaklah jugak. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah tegur orang yang membaca Al-Quran dengan suara yang kuat hingga mengganggu orang lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” – Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih

Jadi sebenarnya isu macam ni dah timbul lebih 1400 tahun yang lalu jugak laa.. Dalam masyarakat yang majoriti Arab-Islam pun. Bukan isu baru. Rasulullah dan ulama besar sudah pun menegur perbuatan ini. Untuk lebih keterangan korang boleh baca catatan Dr. Maza ini.

Dan lagi, aduan berkenaan pembesar suara masjid ini bukan hanya dari jiran masjid yang non-Muslim sahaja, banyak juga aduan daripada orang-orang Islam yang berjiran dengan masjid dan surau.

Jika korang rasa larangan berkenaan pembesar suara masjid ni berkaitan politik (ada orang tuduh satu parti politik sekular yang mentadbir Pulau Pinang itulah yang mempengaruhi Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang), mai sini kita main teka teki:

[interaction id=”561cb67041d4754d1448a732″]

Jawapannya agak mengejutkan. Peghelih! Perlis Indera Kayangan. Tak de kena mengena dengan parti politik sekular ITU kan?

Sebenarnya di tahun 2011 lagi Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah keluarkan pekeliling agar bacaan Al Quran sebelum Subuh tidak dikuatkan guna pembesar suara masjid, cuma tahun ini barulah ianya akan diwartakan. Mufti Perlis ketika itu Dr. Juanda Jaya menyokong larangan ini dan menyatakan yang Perlis sudah lama melaksanakan larangan tersebut.

Ulasan Dr. Juanda Jaya dari artikel Malaysiakini
Ulasan Dr. Juanda Jaya dari artikel Malaysiakini

 

Oklah, tak jadi mengamuk depan Komtar..

Alhamdulillah, tak perlu pun. Tapi setelah memahami isu sebenar pun, ada beberapa kelompok orang Islam yang masih lagi berpendapat bahawa larangan berkenaan pembesar suara luar ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi. Ada juga yang berteori konspirasi dan ada jugak yang mempersoalkan cara perlaksanaan sebenar larangan ini bila diwartakan kelak.

Menurut Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor…

“Keputusan fatwa mengecualikan azan dan iqamah daripada larangan menggunakan pembesar suara luar masjid. Tetapi diharap jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat gunakan budi bicara apa yang patut mereka lakukan bagi melaksanakan maksud larangan tersebut dalam konteksnya yang sebenar. Golongan literalis hanya nampak huruf undang-undang, mereka ikut sepenuhnya apa yang ditulis dalam undang-undang. Tapi orang cerdik dapat melihat makna yang terkandung di sebalik apa yang tertulis”

Terpulanglah mau jadi apa, mau jadi hantu, mau jadi buaya pendapat masing2, yang pasti kami dah habaq mai fakta-fakta sebenar. Kalau hangpa masih tak puas hati, takkan nak bising online aje? Come on. Take a shot! Mufti dah pelawa tu.

“Selain itu orang ramai yang mempunyai cadangan atau penambahbaikan mengenai fatwa berkenaan boleh menghubungi Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk menyalurkan maklumat,” – Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor

 

NAH, BACA:
What happens to unclaimed dead bodies in Malaysian hospitals?
About Rina Sadon 6 Articles
I look like the typical mom next door. Love baking, sewing projects, taking care of my family. But I have a secret exciting life too. I'd tell you but then I'd have to kill you ;)