Bahasa Malaysia Culture Environment Health

Macam mana 5 organisasi belia Malaysia ni nak mengubah dunia?

Pernah tak korang terasa macam nak buat sesuatu yang bermakna dalam hidup, tapi tak jadik sebab takut gagal? Takpe kitorang pun dua kali lima je. Nasib baik la adanya pemuda-pemudi ni yang mengasaskan organisasi untuk membawa perubahan dalam hidup orang ramai, untuk menangani pelbagai isu termasuklah kemiskinan dan kesihatan. Paling gempak? Dorang ni budak-budak muda Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah!

Sepanjang tahun lepas, korang mungkin dah banyak dengar pasal Teach For Malaysia dan The Nasi Lemak Project, tapi kat sini ada beberapa lagi organisasi-organisasi belia lain yang korang semua perlu ambil tahu…

1. Mereka yang menyediakan khidmat perubatan kepada orang susah

Organisasi: Hospital Beyond Boundaries (HBB)

Menunjukkan cara yang betul untuk menggosok gigi kepada kanak-kanak dan orang-orang tua. Gambar daripada laman Facebook HBB.

HBB menunjukkan cara yang betul untuk menggosok gigi. Gambar daripada laman Facebook HBB.

Ilham untuk HBB datang apabila Pengarah Eksekutif HBB, Dr Lutfi terlibat dalam kemalangan yang menganggu deria keseimbangan dan keupayaan berjalannya secara sementara, serta meninggalkan suara bingit yang kekal sampai hari ni.

“Orang selalu cakap kena habiskan ijazah doktor dulu, ambil Masters, jadi pakar, BARU boleh menyumbang kepada masyarakat.

Lepas saya hilang keupayaan asas manusia iaitu berjalan, saya rasa macam saya dipukul dengan kesedaran bahawa hidup ni sebenarnya singkat. Jadi lantaklah, saya mulakan NGO tersendiri pada umur 25.” – Dr. Lutfi memberitahu CILISOS

Selain itu, Dr. Lutfi juga percaya bahawa terdapat kaitan antara kemiskinan dan juga tahap kesihatan, dan pendapat ni dikongsi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ni la salah satu sebab HBB membuat keputusan untuk membina sebuah klinik untuk komuniti Cham di Kemboja. Komuniti Cham ni merupakan etnik minoriti di sebuah negara yang dah berpuluh tahun terlibat dalam peperangan dan konflik dalaman, lantas mengakibatkan negara tersebut menjadi salah satu negara yang termiskin di dunia.

“Mereka (komuniti Cham) sangat terasing dalam komuniti mereka sendiri dan masalah terbesar di sana melibatkan kesihatan ibu dan anak.” – Dr. Lutfi dalam temu ramah bersama The Edge

Jadi HBB pun memutuskan untuk membina hospital menggunakan model perniagaan sosial. Maksudnya, untung daripada setiap 3 pesakit yang berbayar akan diguna pakai untuk memberi subsidi kepada bil seorang pesakit yang tak mampu bayar kos rawatan. Kat Malaysia pulak, HBB lebih kepada memberi ceramah atau mengutip dana bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang keadaan komuniti miskin di negara lain.

Bagaimana korang boleh membantu?

Gambar daripada laman Facebook HBB

Gambar daripada Facebook HBB

Dua kali setahun, HBB mengadakan lawatan sukarela ke Kemboja, jadi follow Facebook dan laman web dorang untuk apa-apa pengumuman. Jangan risau, korang takde latar belakang perubatan pun takpe, sebab setiap sukarelawan akan dapat latihan dalam pertolongan cemas, mengambil tekanan darah dan benda-benda medic yang asas. Tapi sebab NGO dorang ni kira kecil lagi, dorang tak perlukan volunteer sepanjang tahun.

Klinik yang HBB bina warga tempatan dengan gaji tetap, dan inilah impak sebenar HBB: menyediakan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan dan memastikan bahawa komuniti tersebut akan merasa lebih selesa kerana dirawat oleh orang mereka sendiri.

Antara cara lain untuk korang memberi bantuan adalah dengan mengadakan kutipan dana untuk ataupun terus bagi derma. Korang juga boleh menjemput HBB untuk memberi ucapan dalam menyebarkan mesej dorang.

“Kami melihat Kemboja sebagai titik permulaan. Dah berjaya nanti, kami boleh melanjutkan usaha yang serupa ke seluruh Asia Tenggara dan mungkin suatu hari nanti, ke seluruh dunia.” – Dr. Lutfi memberitahu CILISOS

 

2. Mereka yang membina rumah untuk orang yang tiada rumah

Organisasi: EPIC Homes

Kita budak-budak bandar ni, bila Internet rumah kena potong sure bising, kan? Tapi bagi sesetengah rakyat Malaysia, inilah realiti rumah mereka:

Gambar daripada laman EPIC Homes

Gambar daripada laman EPIC Homes

Jadi EPIC Homes telah ditubuhkan dengan tujuan membina rumah untuk mereka yang memerlukan. Setakat ini, diorang dah bina 71 buah rumah di Semenanjung Malaysia!

“Tanpa rakan dan hubungan sesama manusia, sebuah rumah hanyalah cangkerang yang kosong.” – daripada laman web EPIC Homes

EPIC Homes bermula sejak 2010 lagi, dan cuma dilancarkan secara rasmi pada tahun 2012, di mana mereka menyasarkan kelompok Orang Asli di Malaysia. Tapi setelah masa berlalu…

“Kami merasakan visi ini bukanlah untuk Orang Asli sahaja, tetapi untuk semua. Kami berusaha mencipta sebuah sistem di mana sesiapa pun boleh membina rumah buat komuniti masing-masing tanpa mengira latar belakang mereka.

Bukanlah kami sahaja yang akan membina rumah ini semua, tapi bersama kita boleh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyumbang kepada komuniti mereka sambil membina masyarakat yang mampan.” – EPIC homes memberitahu CILISOS

Sekarang siapa-siapa pun boleh membina rumah! Gambar daripada laman Facebook EPIC Army.

Sekarang siapapun boleh buat rumah! Gambar daripada Facebook EPIC Army.

Bagaimana korang boleh membantu?

“Organisasi kami bertujuan memberi peluang kepada sesiapapun untuk menyumbang kepada masyarakat. Kami telah mencipta sistem di mana orang yang tidak mempunyai latar belakang pembinaan atau kejuruteraan pun boleh membina sebuah rumah dalam masa 3 hari selepas menjalani bengkel ‘hands-on’ di ibu pejabat kami.” – EPIC Homes kepada CILISOS

Gambar sumbangan EPIC Homes. Klik untuk ke laman FB mereka!

Gambar sumbangan EPIC Homes. Klik untuk ke Facebook dorang!

EPIC Homes akan membuat pengumuman tentang tarikh pembinaan supaya volunteer boleh berdaftar di Facebook dan website mereka. Lepas tu, para sukarelawan kena menjalani ‘Builder Training Program‘ sebelum dorang boleh masuk berkhidmat.

Dah habis training, lebih 30 volunteer akan berkumpul untuk membina rumah (lebih kurang 3 hari) lalu menghadiahkan rumah tersebut kepada penerima 🙂

Jadi siapa yang payung kos semua rumah ni? Setiap binaan dibahagikan kepada 2 kategori: binaan awam dan binaan swasta. Dana untuk binaan awam diambil daripada kutipan derma, tapi kos acara sepanjang 3 hari tersebut (penginapan, pengangkutan dan makanan) akan ditanggung oleh para peserta.

Untuk binaan swasta pula, semuanya ditaja dan diuruskan oleh entiti-entiti swasta seperti syarikat besar, program kepimpinan, kolej, malah sponsor daripada keluarga pun ada.

Kalau korang tak larat buat kerja-kerja berat ni pasal tak cukup makan vitamin pun takpe. Korang boleh menderma atau menyokong kutipan dana! Selain itu, korang juga boleh membantu mereka mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan.

Seronok betul dua kanak-kanak ni dapat rumah baru! Gambar daripada laman FB EPIC Army

Aloh tiut-tiut tomei-tomei… Gambar daripada laman FB EPIC Army

 

3. Mereka yang datang ke ke kawasan luar bandar untuk menaik taraf komuniti

Organisasi: Project WHEE!

Gambar daripada laman Facebook Project WHEE!

Gambar daripada Facebook Project WHEE!

Project WHEE! diasaskan bertujuan untuk mengajar wanita Kelabit untuk berbahasa Inggeris. Ia diasaskan pada Mei 2014 dengan geran RM50,000 daripada Dana Belia 1Malaysia, dengan dana daripada 1MDB (korang mesti kenal 1MDB kan?). Usaha ini merupakan sambungan projek lain oleh eHomemakers, sebuah perusahaan sosial dari Malaysia.

Pengasasnya, Rhonwyn Hagedorn, 21, bekerja sebagai pelatih di eHomemakers apabila beliau menyedari bahawa golongan wanita di Bario, Sarawak gagal mendapat manfaat sepenuhnya daripada program tersebut kerana mereka tak faham Bahasa Inggeris. Beliau pun mintak tolong Daniel Devan, 21, dan Lee Rui Ci, 20, untuk join sekali.

Maka jadilah Project WHEE!, di mana peserta ditugaskan untuk mengikuti wanita Kelabit sambil mengajar Bahasa Inggeris. Tapi sekarang projek ni dah berkembang pesat sehingga menjadi program pembangunan komuniti luar bandar. Belia-belia berpeluang untuk bekerja dengan golongan tempatan dalam situasi-situasi harian, sambil mengajar ‘soft skill’ mesra alam kepada mereka (contohnya, peserta-peserta batch 7 telah berkongsi ilmu tentang enzim sampah dan Isang Litrong Liwanag (Litre of Light)).

Bagaimana korang boleh membantu?

Bukan sekadar kerja, yo! Gambar daripada laman FB Project WHEE!

Bukan sekadar kerja, yo! Gambar daripada laman FB Project WHEE!

Follow Facebook Project WHEE! untuk penguman akan tarikh rombongan, di mana korang akan dihantar ke Bario selama 22 hari. Korang kena tanggung segala kos perjalanan, termasuklah penerbangan, makan minum dan sebagainya. Mana nak cari duit? Bawak la Uber ke, cuci keta jiran ke, buat lah apa pun janji rezeki halal. Project WHEE! akan bantu korang dalam membuat kutipan dana ni semua.

“Ramai yang fikir nak kumpul RM3,500 ni mustahil, tapi sebenarnya kalau korang dah nekad, takde apa-apa yang boleh menghalang korang, dan para peserta kami merupakan bukti yang cemerlang.” – wakil Project WHEE! memberitahu CILISOS

 

4. Mereka yang mempunyai penyelesaian terhadap masalah alam sekitar (yang masuk dek akal)

Organisasi: Animal Projects & Environmental Education (APE Malaysia)

Para sukarelawan yang membina binaan dalam gambar diatas dan menguji ketahanannya untuk gunaan orang utan. Gambar daripada APE Malaysia.

Volunteer membina struktur dan menguji ketahanannya buat kegunaan orang utan. Gambar daripada APE Malaysia.

“Kami sentiasa percaya yang kita boleh lakukan lebih lagi untuk haiwan-haiwan terancam.” – daripada laman web APE Malaysia

Beruang madu dan orang utan hanyalah sebahagian daripada senarai haiwan terancam di Malaysia. Terdapat banyak sebab kenapa haiwan-haiwan tersebut terancam, tapi tu tak bermaksud kita takleh buat apa-apa. Dan inilah peranan APE – dorang berazam untuk membina generasi yang sayangkan alam sekitar serta haiwan-haiwan.

“Abad ke-21 telah menyaksikan tekanan yang meningkat ke atas sumber semula jadi bumi, dan kini kita memerlukan pendekatan baru yang mengimbangkan keperluan manusia dan alam sekitar berdasarkan prinsip-prinsip kemampanan.” – kenyataan APE Malaysia di hati.my

Antara aktiviti mereka adalah program 6 hari yang bertujuan mendidik para pelajar 12 ke 17 tahun akan hidupan liar dan peranan mereka dalam ekosistem. Budak-budak ni jugak berpeluang menyumbang kepada dalam pemulihan habitat dan pembangunan komuniti. Bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya‘.

Bagaimana korang boleh membantu?

Ada sebuah program yang dipanggil ‘Responsible Volunteering‘ di mana volunteer berpeluang membantu pekerja zoo, menghampiri haiwan terancam, malah korang boleh bawa satu keluarga datang mai! Nak join kenalah bayar yuran sikit, sebab tu lah APE disenaraikan sebagai perusahaan sosial dan bukan NGO, sebab dorangperlukan wang untuk menjalankan operasi mereka, selain melabur ke arah memperbaiki habitat haiwan-haiwan yang sedia ada.

Kalau korang ni jenis terperap dalam rumah main game hari-hari pun takpe, korang masih boleh mendermakan duit atau barang-barangan.

Gambar daripada laman web APE Malaysia

Gambar daripada Facebook APE Malaysia

Untuk program ‘Responsible Volunteering’, sebahagian daripada volunteer mereka akan bertugas di pusat pemulihan habitat di Kinabatangan Rendah. Kalau korang betul-betul nak tahu kenapa Kinabatangan Rendah ni wajar diselamatkan, klik di sini. (Secara ringkasnya, kawasan ni dah hancur teruk, ditambah lagi dengan banjir yang semakin mengancam haiwan-haiwan seperti gajah.)

 

5. Mereka yang membantu NGO mengutip dana… supaya dorang tak berbelanja tak tengu hala

Organisasi: The MAD Experience (MAD)

Gambar daripada laman Facebook MAD

Gambar daripada laman Facebook MAD

Pernah tak korang terfikir betapa mahalnya acara-acara mengutip dana? Cer fikir sat: makan malam yang gah, gerai-gerai kat pusat membeli-belah… kalau makan malam kat hotel boleh mencecah RM1,800 satu meja kat KL, bayangkanlah betapa mahalnya pitih yang harus dikeluarkan. Jadi, kalau dorang ni boleh memotong kos untuk benda-benda lagha ni, tentulah lagi banyak duit dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

MAD merupakan perusahaan sosial yang diilhamkan oleh Navin Muruga dan Charu Agarwal, dua-dua berumur 30 tahun.

“Peranan MAD adalah untuk mengumpul dana untuk kerja amal, bukan untuk melaksanakannya.” – Charu Agarwal, pengasas bersama MAD memberitahu CILISOS

Fungsi diorang ni lebih kurang macam orang tengah antara orang ramai dengan NGO. MAD akan memilih NGO dan membantu mereka mengutip dana dengan cara yang paling berkesan tanpa berbelanja lebih-lebih. Mereka hanya mengambil 10% daripada kutipan dana sebagai upah, supaya dorang boleh bayar kos operasi, mengembangkan MAD, serta membiaya projek-projek yang perlu dana segera.

“Misi kami adalah untuk menghapuskan kemiskinan dengan memperkasa orang ramaidalam membiayai dan melaksanakan projek membasmi kemiskinan melalui crowdfunding dan pengagihan volunteer secara berfokus.” – misi MAD di hati.my

Oh ye, kutipan derma dimasukkan terus kepada akaun NGO ye, bukannya akaun MAD. Dorang hanya dibayar setetalah kutipan derma tamat.

Bagaimana korang boleh membantu?

Para sukarelawan dari Michael Page yang telah memasang penapis air biopasir. Gambar daripada laman Facebook MAD.

Para sukarelawan dari Michael Page yang telah memasang penapis air biopasir. Gambar daripada laman Facebook MAD.

MAD kini bertumpukan kepada negara Kemboja. Jadi selain daripada bagi derma, korang boleh ikut team dorang kat Kemboja, dengan jumlah kutipan dana sekurang-kurangnya USD300, dan yuran RM380 untuk pengangkutan darat, makanan dan benda-benda asas di Kemboja.

MAD siap ada carta kos untuk menunjukkan bagaimana derma mereka diagihkan. Busy sangat nak join? Takpe, follow je gambar dan koordinat GPS apabila projek tersebut dah siap.

Air minuman bersih sepatutnya menjadi hak asasi kepada setiap manusia, tetapi malangnya bukan semua penduduk di Kemboja dapat menikmatinya. Memanglah projek MAD ni bukan kat Malaysia, tapi dorang pun manusia dan berhak mendapat bantuan, kan 🙂

 

Korang tunggu apa lagi?!

Semua organisasi ini (dan yang lain-lain juga) perlukan bantuan kita untuk kekal dan membesar! Misalnya, walaupun MAD telah mendapat anugerah untuk sumbangan mereka (korang boleh usha kat sini dan sini), mereka masih bertemu cabaran untuk mengekalkan operasi. Salah seorang daripada pengasas MAD iaitu Navin, terpaksa kembali makan gaji dan meneruskan usaha dengan MAD secara sambilan.

“Ini tentunya tidak ideal dan kami sedang mengusahakan jalan untuk membolehkan Navin kembali ke MAD sepenuh masa.” – pengasas bersama MAD Charu memberitahu CILISOS

Walaupun sekarang kita banyak was-was nak bagi derma dengan adanya skim dan penipuan yang berleluasa, kita masih perlu buat apa yang mampu untuk membantu organisasi-organisasi yang betul-betul nak buat perubahan ni semua 🙂

NAH, BACA:
Malaysia may get China's vaccines early. But those who tested it, can't talk about it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top