Bahasa Malaysia Culture Lifestyle Religion

9 benda kita tak jangka sebenarnya halal kat Malaysia

(Read the original article in English here)

Bila sebut pasal halal, selalunya kita akan terfikir pasal makanan dan jugak rezeki yang halal mengikut undang-undang Syariah. Tapi semenjak dua menjak di Malaysia ni makin bertambah pulak barang-barang lain juga disahkan sebagai halal. Ada yang buat kitorang kagum dengan usaha mereka ni semua, tapi ada jugak yang buat kami tersedak pelik.

Jadi kita sebagai pengguna kenalah bijak dalam menilai, perlu ke barang-barang tu halal? Atau ia sekadar taktik syarikat untuk mengaut untung? Apa-apa pun, jom kita tengok 9 benda yang disahkan halal kat Malaysia!

1. Kereta halal

kereta halal

Err, pemalu sangat kereta ni.. ? Tekan sini untuk baca artikel kat The Age

Pada tahun 2007, Proton ada buat cadangan pasal kereta halal. Idea tu datang bila delegasi Malaysia dalam perjalanan ke Timur Tengah, so dorang plan macam nak bekerjasama dengan pengeluar kereta di Iran dan Turki. Apa yang buatkan kereta tu bersifat Islamik adalah ciri-cirinya, seperti tempat untuk letak tudung dan Al-Quran, kompas, dan penunjuk kiblat. Kalaulah projek ni berjaya dilaksanakan, ia dah jadi kereta Islamik yang pertama dalam dunia dah.

Tapi last-last takde berita pun, so kitorang anggap benda ni tak jadi kenyataan. Tapi takpe, niat dah ada kan. Apapun, Proton tak pulang dengan tangan kosong  sebab Iran order 5,000 unit Proton Waja untuk digunakan sebagai teksi, dan macam inilah rupa parasnya:

waja teksi iran

Dah macam kereta Hulk dah. Imej diambil daripada autolah.blogspot.my

2. Bir halal

Imej daripada Malaysian Digest

Imej daripada Malaysian Digest

Betulkan kami kalau salah, tapi dalam Al-Quran ada diperintahkan supaya jangan minum ‘khamr’. Khamr tu bermaksud apa-apa saje minuman keras ataupun dadah yang memabukkan, tak termasuk sejumlah kecil alkohol yang dijumpai dalam kebanyakan makanan dan minuman yang kita makan tiap hari, contohnya anggur dan tapai.

Bavaria 0.0%. Imej daripada alcoholfree.co.uk

Bavaria 0.0%. Imej daripada alcoholfree.co.uk

Pastu ada sorang Malaysian businessman ni terjumpa satu cara untuk menghasilkan bir yang tidak memabukkan, iaitu Bavaria 0.0%! Secara asasnya ia adalah minuman malt, lebih kurang macam Milo dan Horlicks. Tapi malangnya, Ruzi Shuib tak dapat kelulusan daripada Jakim jadi selagi itulah susah nak jual kat pasaran, nak lagi bila botol dia lebih kurang botol bir biasa je. Jadi sambutan agak kurang setakat, contohnya di salah satu restoran kat KL yang jual bir ni.

Kalaulah minuman ni macam Milo atau Horlicks je, apa problemnya? Ada sumber mengatakan sesetengah bir halal ni tak berapa halal pun, contohnya bila Istak (jenama Iran) diuji, ia mengandungi 0.5% alkohol. Tahap yang diluluskan di Malaysia adalah 0.01%. Tapi kan tapai yang ada 5% alkohol boleh pulak dijual. Hmm.

Selain itu, Jakim tidak akan mengesahkan mana-mana produk yang ada nama ‘bir’ kat nama produk, walaupun produk tu takde alkohol. Itulah sebabnya pada 2009 A&W menamakan root beer menjadi sarsaparilla untuk sijil halal, manakala bir tanpa alcohol seperti Barbican dari Arab Saudi dan Istak dari Iran tak dapat sijil halal. Walau macamana pun, Barbican tu takde masalah mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wall Street Journal melaporkan penganalisis Euromonitor iaitu Amin Alkhatib meramalkan bahawa jualan bir tidak beralkohol di Negara ni akan berkembang daripada 3 juta liter pada 2013 kepada 3.6 juta liter menjelang 2016. Tapi, kita still tertinggal jauh di belakang Timur Tengah di mana 1.43 billion liter bir terjual pada tahun 2013.

3. Troli halal

Troli non-halal di NSK. Imej daripada Malaysiakini

Troli non-halal di NSK. Imej daripada Malaysiakini

Troli halal juga telah diperkatakan sejak sekian lama bila NSK asingkan troli-troli dorang buat pertama kali pada tahun lepas. Tapi sekarang ni, SEMUA supermarket mungkin perlu mengasingkan troli dorang jugak sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan buat peraturan baru di bawah syarat-syarat perlesenan perniagaan.

Antara garis panduan yang dibincangkan adalah membezakan warna troli dan mengasingkan kaunter bayaran untuk barangan halal dan tidak halal, kata Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad.

Terdapat dua jenis reaksi yang diberikan orang ramai. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), seorang pendakwah Islam bebas Wan Ji Wan Hussin, dan orang-orang Sabah menentang idea ini; manakala Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pula menyokongnya.

4. Pinggan mangkuk halal

Kalau korang nak makan makanan halal, kena pastikan jugak disediakan menggunakan pinggan halal. Imej daripada thetofutheory.blogspot.my

Pastikan halal baru beliii. Imej daripada thetofutheory.blogspot.my

Kami jumpa gambar pinggan mangkuk halal oleh syarikat tempatan Claytan ni melalui sebuah blog. Claytan ditubuhkan pada 1920 untuk mengeluarkan seramik, kemudian dorang buat paip bawah tanah.

Dorang siap pamerkan sijil halal kat website yang disahkan oleh Jabatan Agama Johor.

Screenshot daripada website Claytan

Screenshot daripada website Claytan

5. Kereta api halal

Imej daripada Free Malaysia Today

Kereta api halallan toyyibannn. Imej daripada Free Malaysia Today

Malaysia mungkin jadi negara pertama dalam dunia yang mempunyai kereta api halal bila diluluskan je oleh Jakim! KTM setakat ni agak boleh harap, sebab dorang dulu ada lancarkan coach wanita yang pertama di Malaysia.

Tapi macam mana nak buat kereta api jadi halal? Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sarbini Tijan menerangkan hal ni:

“Pelancong Islam dari serata dunia akan lebih yakin untuk datang ke Malaysia kerana tahu bila mereka menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik KTMB, makanan yang dihidangkan adalah disahkan halal.” – Sarbini di  – Sarbini di Malaysian Digest

Oo, so makanan la benda yang halal nye… . Tapi, ada jugak yang timbulkan persoalan yang munasabah seperti:

  1. Macam mana kalau ada orang kurang upaya yang bawa anjing sebagai diorang punya penunjuk jalan? Kena halau ke nanti?
  2. Kalaulah beg plastik yang penumpang bawak ada daging khinzir, adakah diorang akan berhentikan perkhidmatan untuk menyamak?
  3. Kalau ada pasangan yang naik train sama-sama, diorang kena bawak sijil/kad pengesahan perkahwinan diorang ke? Manalah tau tetiba kena tangkap basah pulak dalam tu kan.

6. Vaksinasi Halal

Imej daripada picturespider.com dan topbot.org

Ehhh muka je pinkkkk kuku hitammmm..Imej daripada picturespider.com dan topbot.org

Seperti yang ditulis dalam artikel kitorang sebelum ini, kandungan gelatin khinzir dalam vaksin menjadi punca kenapa ramai ibu bapa di Malaysia taknak bagi vaksin kat anak-anak diorang. Gelatin khinzir digunakan sebagai penstabil dan virus dibesarkan pada sel binatang macam tu je ia boleh hidup.

Kami ada jugak sebut yang pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bahawa ianya tidak melanggar undang-undang pemakanan agama kerana ia disuntik bukannya dimakan. Kita sendiri pun ada fatwa yang membenarkan hal ini.

Walau apapun, Malaysia kini sedang bekerja dengan Arab Saudi untuk menghasilkan 3 vaksin halal – untuk meningitis, hepatitis dan juga meningokokal. Berita ini dah dilaporkan pada 2014, so vaksin dijangka akan siap dalam tahun depan.

7. Dating secara halal

Sesi speed dating yang diadakan di KL. Imej daripada The National

Air ni manis tak? Lagi manis kalau kita halalkan perhubungan kita. Chiaa chiaa.. Imej daripada The National

Well anyway, sesi dating secara halal ni bukanlah benda yang baru sebenarnya. Tapi kalau korang jenis yang taktau ape mende speed dating ni, ia adalah satu acara mencari jodoh yang makin berkembang kat Malaysia ni sejak tahun 2015 lagi. Tujuannya adalah untuk membantu orang Islam kat Malaysia ni untuk cari jodoh secara halal – maknanya kalau nak join event ni, perempuan tu mesti ditemani oleh penjaga sampailah dorang kahwin.

“Saya datang sini nak cari seseorang untuk berkahwin sebab saya terlalu busy untuk keluar jumpa dengan sesiapa dan saya habiskan masa lapang saya dengan keluarga je.” – Siti Aisha, pereka grafik berusia 29 tahun, The National

Sama jugak macam speed dating biasa, dorang duduk bersembang, sampailah loceng bunyi, lepastu peserta lelaki akan bergerak ke meja yang lain untuk berjumpa dengan orang yang baru. Kalau koran nak try, boleh daftar kat sini, atau korang boleh check dekat Facebook diorang.

8. Air botol halal

Imej daripada Straits Times

Imej daripada Straits Times

Pada hujung tahun lepas, ada sebuah syarikat Malaysia dah lancarkan air mineral halal yang dipanggil Lumin Spring. Ianya diambil dari mata air semulajadi di Heavenly-Lake di Pergunungan Changbai, wilayah Jilin, China. Hah jangan main-main, ambik daripada pergunungan syorga gitu.

Tapi harga dia cannot go laaaa, antara RM6 dan RM6.50 sebotol. Mahal wey (walaupun masih murah sikit lah berbanding Evian ataupun San Pellegrino tu), sebab dikatakan proses untuk dapatkan air tu macam rumit gila

Korang boleh beli air ni secara online dekat website dorang, tapi kena daftar dulu.

9. Komedi Halal

Imej daripada tipsremaja1.blogspot.my

Jangan baca komik, gi baca mastika okayyy. Imej daripada tipsremaja1.blogspot.my

Komedi halal ni apa benda? Merujuk kepada garis panduan Jakim, komedi tak boleh kelakar sangat, supaya orang tak gelak terlampau. Sebab buat apa-apa pun kita tak boleh extreme kan. Lagipun, kita tak patut berlawak tentang perkara-perkara yang serius atau sedih.

Walaupun sewaktu di luar pentas, Jakim memutuskan bahawa pelawak kena ada ‘keperibadian yang mulia’ disertakan dengan ‘akhlak yang baik’, juga tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang sivil mahupun syariah. Akhir sekali, lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur dengan khalayak penonton, baik di atas pentas mahupun di luar pentas.

“Kalau kita nak laksanakan garis panduan ni kita kena ada jenis meter ketawa. Bayangkan tetiba Polis Ketawa terpaksa tahan pelawak kerana dorang buat lawak yang berlebihan.” – Rizal Kamal, Ketua Eksekutif di LOL Events, Chortle

Jadi halal bukan je pasal makanan. Tapi ia adalah satu cara hidup

Imej daripada Aquila-style.com

Pilihan terletak pada iman awak semua. Imej daripada Aquila-style.com

Sememangnya halal dan haram ni meliputi segala aspek dalam hidup kita. Islam tu kan cara hidup.

Ni ha majalah Halal Lifestyle. Imej diambil daripada rsolutionsph.com

Majalah Halal Lifestyle. Imej dari rsolutionsph.com

Tapi kita sebagai pengguna

Tapi dengan semua penjenamaan halal ni, pernah tak kita rasa macam kena tipu? Ye la asal letak cop halal boleh jual mahal gila. Contohnya air halal dijual 6 ringgit sebotol. Ada blog ni bagitau yang air Zamzam pun lagi murah pada RM5 sebotol. Cerdik betul marketing diorang ni kan?

Tang kereta halal Proton pulak, ramai orang Islam mengatakan Proton hanya menggunakan istilah ‘Islam’ sebagai alat pengiklanan. Cuba fikir, boleh ke syarikat ni memanipulasikan agama untuk tujuan bisnes?

Kes troli pulak mendapat pelbagai reaksi yang berbeza. Ramai pelanggan Muslim yang berpuas hati dan ada golongan bukan Muslim yang tak kisah. Tapi ramai jugak yang tak setuju termasuklah Ismapendakwah bebas, Muslim di Sabah, dan beberapa golongan bukan Muslim.

Ada sorang pelanggan bagitau yang pasar raya patut peka gak dengan penganut Buddha dan Hindu yang tak makan daging lembu ni, so kena bagi diorang set troli yang lain. Kita kenalah berlaku adil, kan?

Tapi apa akan jadi kepada rakyat Malaysia kalau undang-undang ni betul-betul dilaksanakan? Adakah ianya akan merapatkan lagi perpaduan di kalangan kita? Atau memecahbelahkan kita? Tinjauan terhadap orang Islam Sabah mengatakan bahawa ia adalah melampau.

“Saya tak fikir sesiapa sahaja di Sabah akan menerimanya. Benda ni hanya akan memburukkan lagi apa-apa isu kaum atau agama di Saba dan Sarawk.” – Nik Razi, 28, jurugambar, The Malay Mail Online

Anyway, kitorang tak boleh sembang lebih sangat, kalau tak dikatakan melampau dan tak halal. Kalau memetik apa yang Jakim cakap je lah.

NAH, BACA:
The gomen can now saman malu individuals. Here's a simple guide of what happened.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top