Inilah hotline yang boleh selamatkan korang daripada mati akibat strok

For the English version, click here

 

Maaf kerana tajuk agak mengerikan. Apapun penulis mahu beritahu 3 perkara yang akan buatkan korang saspen fo’sho:

  1. Strok adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia
  2. Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja TIDAK MENGIRA USIA
  3. Jika anda mahu selamatkan diri anda atau orang lain dari strok, anda PERLU BERTINDAK PANTAS!!

Berita baiknya, Malaysia buat PERTAMA kalinya mempunyai hotline khusus untuk serangan strok! Di lancarkan oleh Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC) sempena sambutan Hari Strok Sedunia (29 Oktober) hotline ini beroperasi 24/7 bagi meningkatkan kecekapan rawatan strok (akan diterangkan sekejap lagi).

 

Jap…strok tu macam serangan jantung ke?

Sebahagian dari kita mungkin akan berhadapan dengan salah anggap ini, memandangkan kita terpengaruh drama TVB , episod di mana seorang bapa terkena serangan jantung ketika bertikam lidah dengan anak perempuannya. Kemudian dikejarkan ke hospital. Itu sebenarnya bukan strok-ia adalah satu serangan pada otak yang boleh membuatkan pesakit separuh atau sepenuhnya lumpuh.

Apa yang berlaku? Apabila saluran darah ke otak PECAH (haemorrhagic) atau TERSUMBAT (ischemic) ia berhenti mengalirkan darah ke otak. Mengurangkan jumlah oksigen dan nutrien, lalu menyebabkan bahagian otak tersebut mati. Dan apabila ini berlaku fungsi anggota badan yang dikawalnnya, seperti wajah, tangan dan pengucapan malahan ingatan juga akan hilang. Letak tepi dulu semua hal-hal saintifik ini. Bagaimana nak tahu seseorang itu terkena strok? Apa yang perlu dilakukan? Pertamanya ingat F.A.S.T

FAST rule stroke screenshot from video
Screenshot dari video HealthSketch

FFace. Periksa wajah. Boleh mereka senyum?
AArms. Adakah mereka boleh angkat kedua-dua tangan mereka?
SSpeech. Adakah ucapan mereka jelas?
TTime. Masa sangat kritikal. Hubungi doktor SEGERA

Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja TANPA MENGIRA USIA. Yang mana agak memeranjatkan kepada penulis. Ingatkan strok hanya boleh berlaku kepada warga emas je. Walau bagaimanapun, strok boleh berlaku disebabkan saluran darah pecah akibat kecedaraan kepala (head trauma). Atau darah beku, plak didalam salur darah akibat kolestrol tinggi, yang mana menyebabkan saluran darah tersumbat. Dan ya, orang muda pun boleh dapat kadar kolestrol yang tinggi. Korang takkan percaya usia pesakit paling muda di hospital ini…

stroke survivor belle bong peggy chau admc
Adik comel yang pakai topi merah adalah pesakitnya!Imej dari The Malaysian Insider

Namanya, Belle Bong berusia 4 tahun ketika dia terkena serangan strok. Asalnya Bella sakit kepala ketika bermain di taman tema Genting Highland. Apabila keadaan Bella semakin teruk ibu bapanya membawa dia ke ADMC dan dia diberi bantuan penafasan. Syukur, Belle berjaya mengharunginya, penulis bertemu Belle semasa pelancaran hotline ini (Belle sedikit tempang dan percakapannya agak lamabat akibat serangan strok).

Penulis sangka tiada siapa yang lebih muda dari Belle yang boleh terkena strok, doktor memaklumkan kepada penulis yang bayi pun boleh terkena strok. Walaubagaimanapun, kekerapan serangan strok berlaku kepada warga tua adalah lebih tinggi dari mereka yang muda. Risiko serangan strok meningkat seiring usia seseorang. Ia tetap berlaku kepada Belle. Maka, jangan pandang sebelah mata terhadap ancaman ini.

Jadi kenapa kita perlukan hotline untuk strok?

Seperti yang penulis beritahu sebelum ini, masa amat penting!

“Nyawa pesakit strok dapat diselamatkan jika tanda-tanda awal strok dapat dikenal pasti dengan pantas dan bantuan perubatan diberikan dalam masa 4.5 jam yang pertama”– kata Sue Lee semasa pelancaran

Dalam jangka masa itu taw bukan selepas! Setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan semakin banyak kerosakan yang berlaku pada badan pesakit…lebih dasyat lagi ia mampu membawa kepada maut. Kadang kala simptom strok boleh diPULIHkan sepenuhnya jika mendapat rawatan awal. Ya semakin cepat korang bertindak semakin tinggi peluang pesakit untuk terus hidup.

Strok boleh dianggap sebagai penyebab yang paling selalu menyebabkan kecacatan. Pada setiap tahun 50 000 rakyat Malaysia menderita akibat strok. Hotline strok ini tak semestinya dapat mengurangkan kadar bilangan serangan strok (ugaiz perlu bertanggungjawab untuk hal ini sendiri). Tetapi, seperti yang penulis katakan pada tajuk diatas, ia dapat mengurangkan bilangan KEMATIAN dan kecacatan akibat serangan strok. Hanya dengan pemberitahuan dan persediaan awal.

Jangan ambil ringan, jika korang ada mengalami simptom yang datang dan pergi. Ia mungki serangan mini-strok, iaitu amaran awal sebelum serangan strok sebenar yang boleh berlaku pada bila-bila mangsa. Jangan pandai-pandai pula, cuba gunakan petua dirumah, seperti mencucuk jari dan telinga pesakit strok. Tolonglah JANGAN CUBA LAKUKANNYA! Ianya merbahaya dan anda mungkin membahayakan pesakit tersebut. Biarlah mereka yang pakar lakukan.

Selepas mendapat rawatan strok, jangan berhenti disitu. Cari orang yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama, dimana korang boleh dapatkan bantuan dari segi emosi dan fizikal dari bekas pesakit strok dan penjaga mereka di National Stroke Association of Malaysia NASAM. NASAM diasaskan pada tahun 1996, NGO strok pertama di Malayasia dan Asia Tenggara.

“Strok tak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk saya menggapai impian, berkat usaha gigih, pengorbanan, doa dan kecekalan bertahun-tahun, hidup ini boleh menjadi indah.” – Ratha Renganathan, strok survivor, Strokenews di NASAM

 

Ini cara hotline strok berfungsi:

IMG_20151103_141858
Saat korang kol hotlne sampaila korang discaj. Flowchart dariADMC. Tekan untuk imej yang lebih jelas

Wah banyaknyer. Biar penulis ringkaskan untuk korang.:

Apabila sudah berada di hospital, doktor akan membantu anda untuk MRI, yang mana akan menunujukkan dikawasan mana otak anda terjejas dan strok jenis apa yang berlaku. (amatlah penting untuk mengenal pasti dengan awal jenis strok yang dihidapi, kerana rawatan adalah berbeza-beza). Katakanlah anda ter-call hotline ini sebab serangan jantung atau lain-lain, jangan risau hospital kan pindahkan panggilan anda ke jabatan yang sepatutnya.

  1. Korang rasa korang atau orang lain terkena strok. 
  2. Telefon hotline: 019-217 9442  
  3. Mereka kemudiannya akan menghantar ambulans. 
  4.  Apabila sudah berada di hospital, doktor akan membantu anda untuk MRI, YANG MANA akan menunujukkan dikawasan mana otak anda terjejas dan  JENIS strok apa yang berlaku. (amatlah penting untuk mengenal pasti dengan awal jenis strok yang dihidapi, kerana rawatan adalah berbeza-beza!).
  5. Selepas pembedahan (jika diperlukan), mereka akan membantu pesakit pulih seperti bersenam dan apa apa.

Katakanlah anda ter-call hotline ini sebab serangan jantung atau lain-lain, jangan risau hospital kan pindahkan panggilan anda ke jabatan yang sepatutnya 🙂

Untuk pengetahuan korang Sime Darby bukanlah satu-satunya hospital yang ada jabatan neurologi yang merawat strok, ini senarai yang lain. Cumanya, mereka ada hotline yang boleh bertindak pantas untuk membantu korang.

Dalam masa yang sama, tolong jaga kesihatan dan ambil langkah berjaga-jaga bagi menhindari serangan strok. Anda boleh mulakan dengan…

  • berhenti ambil MSG dan kurangkan kandungan garam dalam masakan
  • bersederhana dengan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan lau, makanan bergoreng dan lain-lain (korang tahu kan? Penulis malas nak membebel macam mak-mak)
  • bersenam dengan kerap. Betul ni. (melarikan diri dari fakta ini bukan satu senaman okey)
eat your vegetables gif
Nah ambik kau! Diambil dari hilariousgifs.com

(Macam-macam lagi tips untuk kekal sihat dari pembaca CILISOS)

Jangan lupa untuk simpan no. hotline ini: 019-217 9442 

 

 

NAH, BACA:
6 cara bersalin alternatif para ibu di Malaysia
About Hidayah Hanipah 2 Articles
no ordinary engineering student