Bahasa Malaysia Culture Education

12 sebab kenapa budak Sekolah Kerajaan paling sempoi

(Read the original English article here.)

Baru-baru ni tiba-tiba meletup video adik Neelofa yang dikatakan banyak kondem kat Sekolah Kerajaan, maka berduyun-duyunlah netizen yang tak puas hati.

Kesian Sekolah Kebangsaan dari dulu lagi asyik kena bantai. Orang kata Sekolah Kebangsaan kita ni tak berstruktur, tak selamat dan tak setanding dengan negara luar. Nak lagi bila keluar berita pasal kes dera, kes gaduh, tahap pencapaian yang lemah serta benda-benda rasis. Malah menurut PISA, pelajar Malaysia dikatakan lebih teruk daripada pelajar Vietnam. Daripada 65 buah negara, Vietnam berada di tempat ke-17 manakala Malaysia di tempat ke-52. Tak heran lah banyak keluarga sanggup bergolok bergadai untuk memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin.

Imej diambil dari Oh Bulan!

Imej diambil dari Oh Bulan!

Tapi walau macam mana tak elok pun Sekolah Kebangsaan, itu je yang mampu ditanggung bagi kebanyakan rakyat jelata macam kita ni kan.

Kini video tersebut dah pun ditarik balik, dan adik Neelofa dah pun mintak maaf. Marilah kita sama kosong-kosong. Tapi sambil-sambil tu, kami kat CILISOS ingin bernostalgia dan mengimbas kembali kenangan zaman-zaman bujang dulu kat Sekolah Kerajaan (juga dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan).

So, apa yang best nye jadik budak Sekolah Kebangsaan, selain daripada kena rotan waktu perhimpunan sebab kantoi dating? Jom kita tengok (*nama telah ditukar):

1.Dah biasa kena compare tapi rileks aje

Sekolah-Kerajaan00001

Penatnye belajar aku je yang tahu.

“Budak Sekolah Kebangsaan dah biasa kena compare dengan budak sekolah Cina. Orang selalu cakap dorang lagi pandai, lagi berdisiplin, lagi rajin dan kitorang pulak boleh dikatakan pemelas dan losers. Tapi saya takde pulak berazam nak pulun sampai ke tua, Saya lagi hepi macam ni.” – Aaron K,31.

2. Tahu handle orang yang kedekut

Akak, saya nak chinggam satu, rubber satu, kopok satu.

Akak, saya nak chinggam satu, rubber satu, kopok satu.

“Berkat jaga Kedai Koperasi, saya dapat belajar dua benda penting. Firstly, jangan terkejut bila member mula buat perangai kedekut, pastu ambil advantage. Yang kaya-raya tu pun dua kali lima je. Yang kedua, JANGAN terpedaya dengan bicara manis orang yang kempunan Twisties. Memang kena kebas lah Twisties tu.” – Mukriz R, 30.

3. Tahan sakit, tahan malu

Lepas kena rotan, berani bagitahu mak? Hahahaha...Don't. Even. Think.

Lepas kena rotan, berani bagitahu mak? Hahahaha…Don’t. Even. Think.

“Masa sekolah dulu, cikgu selalu bagi denda kalau lupa bawa buku, lupa buat homework, bagi jawapan yang salah, makan chewing gum… alah, benda yang kecil-kecil je sebenarnya. Saya pernah kena cikgu cubit pinggang, tarik sideburn, rotan dekat tangan dan punggung… depan semua orang pulak tu.” WK Neo, 26.

4. Kreatif cari jalan keluar

Merentas desa, gaya mesti ada.

Merentas desa, gaya mesti ada.

“Saya paling suka bila ada Larian Merentas Desa. Selalunya berapa kerat je kot yang lari, yang lain tu biasanya jalan-jalan makan angin. Saya pernah lari sampai balik rumah sebab rumah saya dekat dengan sekolah. Sampai sekarang pun saya macam tu, buat appointment jumpa client pukul 3 petang, jadi bila habis mesyuarat (selalunya pukul 5 petang) boleh terus balik rumah. ” – Michael C, 29.

5. Licik…

Wajib ada di setiap perpustakaan sekolah di seluruh Malaysia adalah poster NILAM ni di dalam pelbagai warna.

Wajib ada di setiap perpustakaan sekolah di seluruh Malaysia adalah poster NILAM ni di dalam pelbagai warna.

“Dulu masa sekolah, ada program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). First, korang baca buku, lepas tu korang tulislah ringkasan dalam buku NILAM. Bila dah cukup ringkasan, dapatlah sijil pencapaian.  Nak tahu apa yang kitorang buat? Minta tolong pembantu rumah salin ringkasan rancangan TV dari majalah ASTRO! ” Nick S, 27.

CILISOS: Program NILAM ni masih wujud. Adik-adik yang masih bersekolah dinasihati jangan cuba trick di atas kerana cikgu korang baca CILISOS.

6. …dan pandai simpan rahsia!

Perpustakaan sekolah...ruangan yang penuh dengan misteri.

Perpustakaan sekolah…ruangan yang penuh dengan misteri.

“Sebagai Penolong Pusat Sumber, saya bergilir-gilir jaga Pusat Sumber selepas sekolah. Setiap sesi, mesti ada dua student yang jaga Pusat Sumber, jadi saya dengan boyfriend (yang masa tu juga pengawas Pusat Sumber) selalu ambil syif sama. Apa lagi… bercengkerama lah kami. Nak buat macam tu kat sekolah swasta yang ada kamera CCTV? Jangan harap! ” – Alexis*, 26

CILISOS: Perkongsian di atas telah disunting mengikut pengkadaran P13. 

7. Boleh hidup dengan standard dunia ketiga

Tidak mengapalah, syukur kipas masih ada.

Tidak mengapalah, syukur kipas masih ada.

“Pernah masuk tandas yang baunya melampau-lampau, walaupun makcik pembantu sekolah baru je cuci? Pernah duduk atas jalan tar di tengahari buta (tapi cikgu-cikgu duduk bawah kawasan berbumbung)? Pernah guna kerusi meja yang dah entah berapa kali patah? Saya pernah dan sampai hari ini, saya dah terbiasa dengan standard kemudahan macam ni.” – Susan C, 27

8. Boleh geng dengan semua orang

Gambar sekadar hiasan. (In real life, murid sekolah rendah tak pernah akan duduk diam membaca buku seperti ini.)

Gambar sekadar hiasan. (In real life, murid sekolah rendah tak pernah akan duduk diam membaca buku seperti ini.)

“Tak macam dekat sekolah swasta yang pelajarnya mostly dari golongan atasan, kawan-kawan sekolah saya dulu daripada semua kelompok kaum dan latar belakang. Masa Pendidikan Jasmani, semua main bola sama-sama, dalam kelas belajar sama-sama. So, saya pun senang nak cari kawan dengan sesiapa pun. Pengalaman ini sangat membantu, terutamanya sekarang ni bila dah kerja.” – WS Neo, 29

9. Faham konsep “bimbingan luar bilik darjah” a.k.a tuisyen

"Kau TAK PERGI TUISYEN? Kau memang saje nak fail ke ape???"

“Kau TAK PERGI TUISYEN? Kau memang saje nak fail ke ape???”

“Guru-guru saya dulu, tak tahulah sama ada memang tak pandai mengajar atau saja takde semangat nak ajar, sampaikan susah sangat untuk saya belajar. Jadi lepas sekolah kitorang ramai -ramai pakat pergi tuisyen. Semuanya sebab nak score dalam exam.” – WC Kwan, 26

10. Sedar yang kebahagiaan selalunya timbul daripada benda-benda kecil

Indahnya hariku hari ini....dapat minum Vitagen free.

Indahnya hariku hari ini….dapat minum Vitagen free.

“Hari yang paling best adalah hari lori Milo atau Vitagen datang ke sekolah. Boleh bayangkan tak macam mana excitednya kitorang? Lagi best bila kawan-kawan yang kurang mampu dapat susu coklat UHT percuma…alah, yang ada gambar kartun comel-comel tu. Dah dapat, memang kena jaga betul-betul sebab kawan-kawan yang lain mesti nak curi!” – Ann Y, 29

CILISOS: Masa penulis masih bersekolah, susu UHT yang dijual di sekolah cuma berharga RM0.40sen sekotak…perghhh murah!

11. Tahu macam mana nak pertahankan diri sendiri (bukan dengan silat atau kungfu)…

Penunjukkan perasaan sudah bermula...

Penunjukkan perasaan sudah bermula…

“Standardlah, budak sesi petang dengan budak sesi pagi mesti dengki sesama sendiri. Yelah, kena kongsi meja kerusi semua, jadi kena lebih beraga-jaga. Semua barang kena bawa balik rumah, kalau tinggal mesti rosak. Buku kena koyak, lepas tu letak mesej-mesej kurang ajar dekat meja. Bila pergi sekolah tu, memang kena ready untuk pertahankan harta-benda sendiri.” – Natalie J, 27.

12. ….dan sahabat-sahabat kami!

Abang-abang Form 5 kusyuk membaca... jadual cuti sekolah.

Abang-abang Form 5 kusyuk membaca… jadual cuti sekolah.

“Dekat sekolah saya dulu ada program bimbingan. Budak senior jadi mentor budak junior yang ada masalah. Saya mengaku, jadi mentor tu memang agak membebankan. Tapi, bila mula lihat orang lain susah, terus timbul kesedaran untuk berterima kasih dengan apa yang kita anda dan timbul juga perasaan ingin membantu.” – Goon, 30.

Ha, bila dah baca artikel ni, mesti ramai yang rindu zaman sekolah dulu kan? Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda untuk kembali berhubung dengan geng-geng sekolah dulu juga guru-guru anda. Selamat ber-Whatsapp lah korang!

NAH, BACA:
Why Ismail Sabri's plan to make BM as ASEAN's 2nd language may not be such a bad idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top