Bahasa Malaysia Politics

Berapa ahli UMNO yang berani mengkritik Najib secara terbuka? [telah dikemaskini!]

(This article was originally published in English. Click here for the English version)

[Telah dikemaskini pada 8/12/2015] , kalau korang sudah baca artikel ni sebelum ini, dua catatan pertama adalah kemasukan terbaru.

Secara amnya, ahli politik mengkritik sesama sendiri tu normal lah. Di Malaysia atau mana-mana negara demokrasi di dunia pun ianya berlaku. Bila BN buat polisi atau kenyataan, memang Pembangkang akan mengkritik. Dan bila Pembangkang buat polisi atau kenyataan pun… faham-faham ajelah.

TAPI, kerap tak kita tengok kritikan datang DARI DALAM parti? Seorang ahli parti yang mengkritik parti sendiri.

Jika korang mengikuti berita tentang UMNO, tentu korang tahu yg PM Najib sekarang ni jadik bahan kritikan ramai ahli UMNO sendiri. RAMAI ahli UMNO yang sudah berani secara terang-terangan sound PM Najib – terutamanya isu berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 billon tu. Tapi ‘ramai’ tu berapa orang sebenarnya?

55522880

CILISOS suka sangat la seksa penulis-penulis mereka suruh kira benda-benda yang tak boleh dikira contohnya kira jumlah orang yang datang Bersih 4.0 hari tu. Kali ni kami disuruh mengira jugak. (Ingatkan dah jadi penulis tak payah hadap matematik lagi..). Kira jumlah ahli UMNO yang bersuara menentang / mengkritik PM Najib tahun ini.

Supaya senarai ni tak jadi panjang berkajang-kajang kami senaraikan dulu syarat-syarat untuk masuk senarai kami (berapa banyak senarai daa…):

  1. Kami hanya masukkan nama mereka yang masih di dalam UMNO sehingga 2015, tapi mungkin ada yang dah keluar UMNO sejak itu.
  2. Hanya ahli UMNO sahaja. Parti komponen BN seperti MCA dan MIC tidak dikira, jadi jangan pulak komen kata kami tertinggal Ling Liong Sik ye?
  3. Ada yang kami kategorikan dalam kumpulan, supaya korang tak payah baca artikel sepanjang 5,000 perkataan, jadi mungkin ada juga yang bertindih.
  4. Warna JINGGA kat tajuk kecil tu menunjukkan bilangan orang yang kami kira.

Dan yang paling penting: Ini mungkin bukan senarai yang lengkap, jadi kami akan update artikel ini dari semasa ke semasa atau bila korang komen yang kami tertinggal nama sesiapa lagi. Jom kita mulakan…

 

SEORANG ketua bahagian dipecat, LIMA memprotes dan letak jawatan

Datuk Hamidah yang bertudung merah, duduk. Gambar asal dari The Malaysian Insider.

Datuk Hamidah yang bertudung merah, duduk. Gambar asal dari The Malaysian Insider.

Masa: November 2015

Status keahlian: Seorang dipecat, lima lagi meletak jawatan. Kesemuanya masih ahli UMNO.

Ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat kerana “masalah disiplin” apabila beliau menghadiri majlis bersama pengkritik utama PM Najib Dr. Mahathir dan membuat penyataan mengkritik PM Najib dan menggesanya meletak jawatan.

Datuk Hamidah bukanlah calang-calang ahli. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita UMNO dan Ahli Exco Perak, dan sudah hampir 33 tahun berada dalam parti itu. Beliau bertegas yang beliau masih ahli UMNO walaupun sudah dipecat dari jawatannya. Beliau menerima sokongan dari bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin yang menyatakan pemecatan beliau adalah tidak mengikut perlembagaan parti.

Selepas Datuk Hamidah dipecat, 5 lagi ahli UMNO dari bahagian Gopeng – ketua penerangan, bendahari, setiausaha, dan dua ahli jawatankuasa – juga meletak jawatan atas dasar solidariti dengan Datuk Hamidah. Mereka menyatakan yang perkara yang terjadi pada Datuk Hamidah memberi kesan pada mereka juga.

 

Sekurang-kurangnya DUA PULUH ketua cawangan UMNO bergabung membentuk kumpulan Anti-Najib

Sidang media GKCM . Gambar asal dari The Malaysian Insider

Sidang media GKCM . Gambar asal dari The Malaysian Insider

Masa: November 2015

Status keahlian: Masih ahli. Mungkin dalam penyiasatan

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) adalah gabungan ketua-ketua cawangan UMNO yang mahukan PM Najib meletak jawatan. Gabungan ini menyatakan yang mereka sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan PM Najib dan pandangan mereka telah dipinggirkan oleh barisan kepimpinan atas; jadi ahli akar umbi ‘grassroots’ (kejap lagi kami jelaskan maksud nya) dan ketua-ketua cawangan memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kembali maruah UMNO.

“Kini terpulang kepada usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan,” – Kamarul Azman Habibur Rahman, ketua cawangan UMNO Taman TKK dan juga jurucakap GKCM, seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Insider.

Oh, lagi satu, dua puluh orang yang kami nyatakan tadi adalah anggaran kecil berdasarkan bilangan ketua cawangan yang menghadiri majlis pelancaran GKCM. Gabungan tersebut mendakwa yang ada ratusan lagi ketua cawangan yang menyokong mereka tetapi secara sembunyi atas sebab keselamatan.

Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan menyatakan yang ahli gabungan itu akan dibawa ke perbicaraan disiplin.

 

TIGA BELAS Ketua Cawangan UMNO dari Negeri Sembilan menggesa PM Najib letak jawatan

Najib quit

Ketua-ketua Cawangan di sidang media. Gambar dari Malaysiakini.

Masa: Oktober 2015

Status keahlian: Masih ahli kemungkinan menghadapi siasatan

Mesyuarat Parlimen ketiga sedang berlangsung, PM Najib pun dah umumkan details Bajet 2016 yang korang boleh baca di sini. Tapi apa yang beliau tak boleh bajet ialah 13 Ketua Cawangan UMNO di Teluk Kemang, Negeri Sembilan mengadakan sidang media mendesak PM Najib meletak jawatan supaya “Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datangMenyifatkan yang ia adalah keputusan yang “terbaik untuk UMNO dan generasi muda Melayu” ketua kumpulan tersebut Kamarul Azman Habibur Rahman juga menambah yang UMNO perlukan seorang pemimpin yang kuat untuk memimpin parti di Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walau bagaimana pun, Ketua Bahagian Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan mereka, dan menyatakan yang siasatan dalaman menunjukkan yang hanya lima cawangan yang terlibat, bukan 13 seperti yang didakwa kumpulan itu. Beliau juga berasa hairan kenapa baru sekarang pula ketua-ketua cawangan tersebut bersuara sedangkan keputusan secara kolektif untuk menyokong PM Najib sudah dibuat dalam mesyuarat Bahagian. Beliau juga mendakwa sebahagian ahli telah diperdaya untuk menghadiri sidang media itu.

Kemungkinan besar 13 orang tersebut (buat masa sekarang) akan menghadapi tindakan tatatertib kerana secara terang-terangan mendesak PM Najib letak jawatan, dan melawan polisi keputusan kolektif UMNO.

 

Otai-otai UMNO, termasuklah DUA veteran berkumpul untuk mengkritik PM Najib

ST_20151013_VNSTSOSMA_1754354

Dari kiri: Shafie Apdal, Muhyiddin, Dr.M, Tengku Razaleigh, Sanusi Junid, Ong Tee Keat. Gambar dari Reuters melalui The Straits Times.

Masa: Sebelum dari Oktober 2015

Status keahlian: Masih ahli (Shafie Apdal dan Tengku Razaleigh)

Selepas penangkapan Khairuddin Hassan bawah SOSMA, enam orang ahli dan bekas ahli politik membuat sidang media mendakwa PM Najib menyalahgunakan kuasa. Enam otai tersebut adalah :

  • Datuk Seri Shafie Apdal – Naib Presiden UMNO, digugurkan dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas rombakan kabinet.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Presiden UMNO , digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet.
  • Dr. Mahathir – Bekas Perdana Menteri
  • Tengku Razaleigh – Bekas menteri UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang.
  • Tan Sri Sanusi Junid – Menteri UMNO yang sudah bersara, meninggalkan UMNO pada tahun 2008, kami tak masukkan dalam kiraan.
  • Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, tak masuk dalam artikel ni, pasal artikel ni tentang UMNO sahaja. Sorry Dato’!

Apa yang epic tentang gambar di atas, selain daripada meja tu tak roboh sebab terlalu ramai pemimpin heavyweight BN (pahe dok? HEAVYweight) ialah Tengku Razaleigh (berbaju putih) duduk bersebelahan dengan Dr. Mahathir. Biasa je, korang kata? Oklah, mungkin adik-adik belum lahir lagi waktu tu, tapi mai kami nak bukak cerita ni. Pada zaman dahulu (tak de la dahulu sangat, tahun 1987 je pun) Tengku Razaleigh dan Dr. M adalah musuh ketat. Persengketaan mereka amat hebat hingga memecahbelahkan UMNO (betul-betul pecah ni!) dan menyebabkan parti UMNO ‘baru’ didaftarkan oleh Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh membentuk parti Semangat 46. Ya. UMNO yang kita sayangi hari ini bukanlah UMNO yang sama dengan UMNO tahun 1987. Fakta menarik kan?

Dalam sidang media itu, mereka menuduh PM Najib menyalahgunakan SOSMA atas sebab politik. Shafie dan Muhyiddin menyatakan yang waktu mereka menyokong meluluskan SOSMA dulu dalam Kabinet dan Parlimen, “jaminan sudah diberikan bahawa SOSMA tidak akan digunakan untuk politik

Kami bukan sengaja tak kira Dr. M tau.. jap lagi kami ulas pasal beliau 🙂

 

Ikon Kesederhanaan Saifuddin Abdullah keluar UMNO dan sertai Pembangkang

saifuddin

Dato’ Saifuddin Abdullah.

Masa: Oktober 2015

Status keahlian: Keluar UMNO untuk sertai PKR

Jolokan nama “ikon kesederhanaan” bukanlah sesuatu yang media saja-saja bagi. Beliau merupakan (bekas) CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global sehinggalah beliau keluar dari UMNO. Disebabkan gelaran inilah beliau telah kalah dalam beberapa jawatan kepimpinan dengan pendapatnya yang agak liberal dan mengkritik apa yang beliau rasa extrimis dalam UMNO. Korang boleh baca wawancara kami dengan beliau dan Tan Sri Kadir (sorang lagi veteran UMNO) tentang perubahan UMNO berbanding yang dulu.

Bila ditanya kenapa keluar UMNO dan masuk PKR, Saifuddin menjelaskan yang dia ada objektif yang jelas untuk memperjuangkan perubahan politik dan reformasi berinstitusi…

“Namun begitu, setelah sekian lama dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), saya tidak nampak ia dapat dilakukan secara konklusif dan subtensif. .. Oleh disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan di sebelah sini setelah percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh PKR yang ternyata rapat dengan apa saya perjuangkan selama ini,” – Dato’ Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan dalam The Rakyat Post 

Dan beliau juga menggesa PM Najib menjelaskan tentang situasi 1MDB secara langsung di TV.

 

Seorang ahli UMNO misteri menyaman PM Najib sebanyak USD 650 juta! 😯

najib sue

Tangan siapa ni? Gambar asal dari The Malaysian Insider.

Masa: Sejak Ogos 2015

Status keahlian: Dipecat dari UMNO

Sedang kita sibuk baca berita saman menyaman PM Najib (beliau menyaman Wall Street Journal dan bekas President MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, kemudian beliau disaman pula oleh PKR ) tiba-tiba ada pulak seorang ahli UMNO misteri menyaman PM Najib sebanyak USD 650 juta! Jumlah ni bukanlah saja-saja je penyaman misteri itu petik dalam mimpi tapi berdasarkan USD681 juta, atau yang lebih kita maklum (tuduhan) skandal derma RM2.6 billion. Saman itu mendakwa PM Najib melakukan penipuan dengan menerima wang ke dalam akaun peribadi beliau tanpa pengetahuan parti dan beberapa perkara lain yang korang boleh baca di sini. 

Yang peliknya, beberapa minggu sebelum itu, seorang ahli Wanita UMNO dari Langkawi bernama Anina Saaduddin menuduh PM Najib menipu ahli-ahli UMNO di dalam video viral ini. Antara kata-kata beliau dalam video ini:

unnamed

Anina Saaduddin. Image from Malaysiakini

“Tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari. Setiap hari kencing kita, keluar dekat televisyen merata-rata” – Anina Saaduddin, dari ulasan video Says.com

Eh jap, tadi kita cerita pasal ahli UMNO misteri menyaman PM Najib kan? Kenapa tiba-tiba masuk cerita lain pulak ni? Ha, ini bukan silap edit tau. Sebab rupa-rupanya ahli misteri itu adalah……. Anina Saadudin!

dundundun

Jeng jeng jengggggg~

Tak sangka kan? Anina juga menyaman PM Najib bagi pihak UMNO sebab beliau mendakwa yang parti tidak berupaya mengambil tindakan sendiri ke atas PM Najib disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin parti.

Yang kelakarnya jika Anina menang saman, USD650 juta tu nilainya jadi lebih tinggi dari USD681 juta (derma) tu dek kerana nilai tukaran wang kita yang semakin merosot 😆

 

TIGA ORANG ahli akar umbi menggesa PM Najib dicantas bersara

Moohamad-Faizal-Abdul-Raub2

Susah pulak nak jumpa gambar-gambar mereka.

Masa: Ogos, September 2015

Status keahlian: Masih ahli, dua orang meletak jawatan

Ahli akar umbi (dalam bahasa Inggeris ‘grassroots member’) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan ahli-ahli yang berhubung terus dengan rakyat. Ahli akar umbi penting kepada sesuatu parti kerana mereka inilah yang paling rapat dengan pengundi. Tiga orang ahli akar umbi yang sudah bersuara menentang PM Najib adalah :

  • Moohamad Faizal Abdul Raub – Ketua Pemuda Cawangan Keliang dan Exco Pemuda UMNO Hulu Selangor, meletak semua jawatan.
  • Asrul Esreen Mohd. Salleh – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Tenggara, meletak jawatan.
  • Ramli Yunos – Aktivis UMNO Pokok Sena

Mereka bertiga rasa kurang senang dengan perkembangan terkini – yang mereka dakwa meletakkan kepentingan menyelamatkan PM Najib berbanding kelangsungan parti. Mereka membidas Himpunan Baju Merah dan mempersoalkan adakah himpunan itu untuk menyelamatkan maruah Melayu atau untuk menyelamatkan Najib?

Satu point lagi yang mereka nyatakan ialah rakyat sudah hilang kepercayaan pada UMNO disebabkan isu-isu dan perlakuan pentingkan diri sendiri pimpinannya dan sikap pemimpin atasan yang tidak memperdulikan sentiment akar umbi. Padahal akar umbilah penggerak utama jentera UMNO dan terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat.

“Kami di bawah, akar umbi, sudah tidak berdaya berdepan cemuhan dan tohmahan orang ramai. Akar umbi terpaksa berdepan dengan rakyat di bawah, tetapi pemimpin atas tidak pernah mengetahui sentimen di bawah” – Moohamad Faisal, petikan dari The Malaysian Insider

Kat bawah nanti kita bincang kenapa point ini penting.

 

Menteri Besar Johor dan anaknya yang suka tanya PM Najib soalan-soalan cepu emas

c840864695fcd34e80f4369c36a4f780_XL

Gambar dari mStar Online

Masa: Ogos 2015

Status keahlian: Masih ahli, masih Menteri Besar Johor.

Sebenarnya dah banyak jugak la teguran-teguran yang ditujukan kepada PM Najib dari negeri Johor, jadi Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin – yang juga merupakan Ketua UMNO Johor – agak ‘berhati-hati’ dalam menyatakan sokongan beliau kepada PM Najib. Sebelum ni beliau pernah menyatakan yang PM Najib ialah nahkoda kapal dan perlukan sokongan ahli-ahli untuk mengharungi waktu-waktu kritikal ini. Tapi beliau juga pernah buat kenyataan dalam Facebook menggesa ahli-ahli supaya tidak berdiam diri bila berdepan dengan kes rasuah selepas PM Najib mengumumkan yang SPRM sudah bersihkan nama beliau dari tuduhan rasuah.

akmalsaufi

Akmal Saufi. Gambar dari Politik Putra Merdeka.

Tapi anak Khaled Nordin, Akmal Saufi agak kurang berdiplomatik jika dibandingkan ayahnya. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia itu memuatnaik 15 soalan kepada PM Najib berkaitan dengan derma tersebut. Soalan-soalan tersebut korang boleh baca sendiri di laman Facebook beliau.

 

MUHYIDDIN meronggeng masuk ke dalam hati rakyat (dan joget keluar dari hati PM)

muhyiddin friendzoned

Masa: Mei 2015

Status keahlian: Masih lagi Naib Presiden UMNO

Bulan Mei lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jadi bintang Youtube bila video ucapan beliau dalam mesyuarat tertutup UMNO dibocorkan secara online. Dalam video tersebut beliau bercakap tentang kemungkinan UMNO tumbang di tangan Pembangkang, menghentam Presiden Parti UMNO (dalam video tu tidak disebutkan nama, tapi siapa lagi kan? 😉 ), menggesa semua lembaga pengarah 1MDB dilucutkan jawatan, presiden dilucutkan jawatan (tak pasti beliau maksudkan president 1MDB atau UMNO, tapi siapa lagi kan?), dan merangkumkan semua perkara ini menjadi Joget Beban Rakyat™ (ewah!)

Muhyiddin_Yassin_Beban_dance

Rupa-rupanya PM Najib pun tak mahu kalah lalu mencabar Muhyiddin dalam pertandingan menari dance-off. Lalu PM Najib pun membalas dengan shuffling… Tarian Cabinet Reshuffle™™ (Rombakan Kabinet).

Najib_menari_shuffle

Gerek seh PM kita..

Mengakibatkan Muhyiddin hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan walaupun masih kekal sebagai Naib Presiden UMNO, khabar angin menyatakan yang beliau diketepikan dari aktiviti parti kerana masih berterusan bersuara tentang 1MDB.

 

Seorang bekas menteri meminta rakyat Malaysia berdoa semoga PM Najib meletak jawatan

Zainuddin-Maidin_new_600

Tan Sri Zainuddin Maidin. Gambar dari Free Malaysia Today.

Masa: Mei 2015, dan lebih awal

Status keahlian: Masih ahli

Selain dari penyokong setia Dr. Mahathir, Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan bekas Ketua Editor Utusan Melayu, bekas Ahli Parlimen dan bekas Menteri Penerangan. Tapi sejak akhir-akhir ini, beliau lebih menyerlah di dunia online melalui blog beliau. Penulisan beliau mengenai politik (yang kebanyakannya tidak berpihak pada PM Najib) menyebabkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Selain daripada menulis tentang (tuduhan) skandal kewangan PM Najib, beliau menulis satu blog post tentang PM Najib yang menyamakan keadaan beliau sekarang (diasak supaya letak jawatan) sama dengan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi Zainuddin membandingkan sokongan daripada kaum Cina dan India sewaktu era Dr. Mahathir dahulu lebih kuat berbanding sekarang ini yang mana kebanyakan mereka hanya memberi “I Love You Palsu” .

Dalam blog post yang sama juga beliau meminta rakyat Malaysia menyertai Dr. M (yang ketika itu sedang mengerjakan umrah) untuk berdoa agar “Allah membuka hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk dengan secara bijaksana berundur diri dan meletakan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara”

 

 

Khairuddin Hassan membuat laporan polis pasal 1MDB… serata dunia!

khairuddin_abu_hasssan_matthias_chang_FB_pic_620_321_100

Khairuddin Hassan dengan gaya Neo The Matrix dan peguam beliau Matthias Chang sebagai Morpheus. Gambar dari The Malay Mail.

Masa: Sejak Disember 2014

Status keahlian: Dipecat dari UMNO

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mula mendapat perhatian berita bila beliau membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Tak cukup dengan itu, Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang kembara serata dunia antara bulan Jun hingga Ogos untuk buat laporan polis tentang 1MDB di Perancis, London, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. (Wah, glokal gituu!). Ketika mereka bersiap untuk ke US untuk bertemu FBI (perrghh!), beliau telah ditahan, dibawa ke mahkamah dan DITAHAN SEMULA bawah SOSMA.

SOSMA tu apa? Macam biasa dengar aje. SOSMA ni bukanlah isteri PM Najib kita tapi satu akta yang digubal untuk digunakan pada pengganas. Ulang suara: Pengganas.

Menurut IGP Khalid, laporan-laporan polis tersebut dan penyerahan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB adalah perbuatan sabotaj pada negara. Matthias yang turut sama dalam perjalananan tersebut juga ditahan dibawah SOSMA ketika beliau melawat Khairuddin di tahanan.

cilisos featured image malaysia can handle isis

Gambar dicuri dari Cilisos

Kami ada buat liputan khas tentang Khairuddin di sini, latar belakang beliau sungguh menarik, kalah cerita Polis Evo. (Ye Mak Jemah, beliau juga merupakan suami pelakon Umie Aida)

 

Dan akhirnya, pencetus segalanya, Dr. Mahathir.

najib cilisos mahathir featured image

Gambar dicuri dari CILISOS.

Masa: Sejak zaman Tok Nadok (bukanlah betul-betul, tapi korang faham kan?)

Status keahlian: Masih ahli

Okay, semestinyalah Dr. Mahathir termasuk dalam senarai kami ni kann?? Tapi sebab dah banyak kali sangat kami sebut beliau dalam point-point kami sebelum ini maka rasanya dah cukup point kot?

Presiden 1MDB Arul Kanda pun menyatakan yang Dr. Mahathir ni punca kontroversi 1MDB walaupun sebenarnya Tony Pua yang mula-mula mengketengahkan perkara ini. Dan akhir-akhir ini memang nampak Dr. M semakin lantang bersuara tentang 1MDB dan kontroversi ‘derma’.

 

Jika dah ramai sangat ahli UMNO tak puas hati, kenapa diaorang tak keluar parti je atau undi menentang PM Najib? 

PM Najib berucap di Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Pasir Gudang. Tentu sekali audien di situ tak masuk dalam senarai kami. Gambar dari The Malaysian Insider.

Soalan cepu emas: Jika ahli-ahli UMNO rasa tak puas hati seperti yang dikatakan oleh beberapa sumber (atau seperti dalam artikel ini), kenapa tak keluar parti atau pun lebih bagus sokong undi tidak percaya PM Najib in parlimen? Ada beberapa sebab kenapa tak jadi macam tu…

Pertama sekali mungkin ramai ahli parti yang tak sokong PM Najib, tapi sokongan mereka kepada parti UMNO itu sendiri tidak berganjak. Ramai dari kita salah faham PM Najib = UMNO dan terlupa yang UMNO terdiri dari lebih 3 juta ahli, dari PM Najib hinggalah ahli-ahli biasa, dan masih ramai yang betul-betul percaya yang parti itu masih lagi membawa kebaikan kepada negara. Contohnya Moohamad Faizal, yang letak jawatan bila ditanya adakah beliau akan keluar parti. Ini jawapan beliau:

 

Tidak sama sekali! Saya masih percaya dengan UMNO dan yakin bahawa ada lagi pemimpin-pemimpin yang masih berpegang dengan semangat UMNO dan setia dengan asas dan perjuangan parti.” – Moohamad Faizal, petikan dari Free Malaysia Today.

Sebab berikutnya, kenapa ahli UMNO tak buat apa-apa pun padahal mereka tak puas hati dengan UMNO ialah ramai yang takut dikenakan tindakan, ataupun suara mereka tidak didengari. Seperti mana yang kita lihat dalam rombakan cabinet, Perdana Menteri masih berkuasa memilih menteri berdasarkan criteria yang beliau mahu. Mungkin juga ada sesetengah Ahli Parlimen atau kepimpinan atasan UMNO takut kehilangan jawatan mereka. Dan seperti yang didakwa Dr. M, mungkin juga ada unsur politik wang dalam memenangi sokongan. Polisi parti yang agak ketat dalam kebebasan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati juga antara sebabnya. Dalam konteks ini, perbandingan antara falsafah BN dan Pakatan (sebelum berpecah). BN meletakkan kepentingan pada keputusan kolektif, sementara Pakatan menggunakan pendekatan bersetuju untuk tidak setuju (agree to disagree). Ada kelebihan dan kekurangan kedua-dua pendekatan ini. Dalam BN, lebih sukar untuk suarakan ketidakpuasan hati, dan dalam Pakatan, sebab ‘agree to disagree’ sangat sampaikan terus bercerai.

Sebab terakhir, dan mungkin yang paling utama ialah ramai ahli UMNO yang takut bila PM Najib letak jawatan BN akan kalah pilihanraya dan akan jadi kerajaan Pembangkang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh ahli akar umbi yang telah menyuarakan isi hati mereka. Macam mana ye nak sokong parti, tapi tak nak sokong pemimpinnya?

 

 

 

NAH, BACA:
Actually... How much space does RM120 million take up?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top