7 Poster filem yang dipetik daripada kisah-kisah benar di Malaysia

(Read original article in English.)

Para pembaca CILISOS sekalian,

Tahun lepas kami ada terbitkan siri filem-filem seram yang ditulis berdasarkan kejadian-kejadian sebenar di Malaysia. Agaknya korang memang suka sangatlah sampai ada yang beli t-shirt yang kami print. Kali ni kami bawakan pelbagai lagi poster-poster filem yang diambil daripada pelbagai genre – seram ada, aksi ada, superhero pun ada – tapi semuanya masih buat korang meremang bulu roma.

Jadi nikmatilah filem-filem yang akan buat korang tak tidur malam sebab asyik teringat tentang harga tol naik, harga barang naik, dan macam-macam kejadian aneh tapi benar yang berlaku dalam dunia nyata.

[Penafian: Kejadian yang digambarkan adalah rekaan semata-mata, segala kaitan dengan yang hidup dan yang mati adalah kebetulan. Staf Cilisos yang menulis artikel asal tak masuk air ketika menulis. Agaknya lah.]

 

1. Need for SPAD

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Sam Shaheizi dan Sam Seng

Plot: Di sebuah kota berbekal gitar tua yang penuh hiruk-pikuk manusia, seorang drebar teksi dah muak dengan karenah kartel teksi. Walaupun telah diberi amaran oleh sahabat handai, dia pergi membawa diri, membeli sebuah Proton Saga, dan menyertai persatuan sulit yang dikenali sebagai UBER. Seorang demi seorang kawannya turut serta, dan persatuan itu semakin berkembang…

Namun kartel teksi itu tadi tidak berdiam diri, dan situasi menjadi parah.

 

2. Mighty Malay Power Rangers

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Yamal Junos dan Mas Lin

Plot: Setelah tubuh mereka terperangkap dalam alam maya yang dikenali sebagai Facebook, tentera Bersih 4.0 tiba-tiba dibebaskan apabila sebuah minuman radioaktif, IMDBaguuus tertumpah pada punca kuasa. Sebaik sahaja bebas, mereka mula menakluk dunia dengan menyebarkan penyakit kuning di segenap pelusuk Internet.

Mujurlah ada pasukan adiwira Mighty Malay Power Rangers (diketuai pelakon baru Yamal Junos) yang datang untuk melindungi rakyatnya melalui kata-kata semangat dan kemahiran matematik. Dalam kemelut ini, Panglima Mang Kuk (dibintangi cef selebriti Mas Lin) menghantar bantuan dalam bentuk android yang dikenali sebagai Kapchai2000 untuk mengalahkan senjata sulit tentera Bersih: vuvuzela.

 

3. The Sixth Sen

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Nageeb Rassak , Mas Lin, rakyat yang papa kedana

Plot: Di sebuah kampung yang terpencil, seorang budak lelaki (Mas Lin) dihantui oleh bayangan rakyat miskin yang sentiasa berkeliaran di jalanan. Dia berjumpa dengan Tok Bomoh (Nageeb) yang cuba mengubati penyakit tersebut dengan memberikan pelbagai bentuk bantuan, ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, semakin banyak bantuan diterima, semakin melarat penyakit tersebut. Adakah Mas Lin akan mengambil sikap tidak peduli? Atau adakah dia akan akhirnya menyertai mimpi ngerinya sendiri… sebagai seorang rakyat yang miskin?

 

4. Captain Malaysia & The Wynton Soldier

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Mahadhir, Kha Leed, Joe Low, menara Eiffel

Plot: Perang Dunia Kelapan telah meletus antara penyelamat dunia, Kapten Malaysia (dibintangi pelakon/pengarah tersohor Mahadhir) dan perajurit Wynton yang penuh muslihat (dibintangi pelakon baru Joe Low). Keadaan menjadi rumit apabila perajurit Wynton mempunyai kuasa halimunan yang mampu mengeringkan sumber negara tanpa dikesan sesiapa.

Mujurlah ada Sarah Wak, seorang biduanita jelita yang tahu akan segala rahsia perajurit Wynton. Dia bergabung tenaga dengan Kapten Malaysia untuk menyelamatkan sumber negara yang masih ada. Mampukah Kapten Malaysia berjaya? Atau adakah kisah silamnya akan kembali menghantui?

 

5. Jurassic Parkatan

Jurrasic Parkatan

Menampilkan: Uncle Lim, Hardy Awang

Plot: Ada kalanya, manusia tak sedar akan batasan mereka. Di sebuah taman hiburan yang dikenali sebagai Park Atan, profesor Gwaning dan Ralph Fizzy berjaya menemui spesies dinosaur baru yang dikenali sebagai Hadiosaur dengan harapan ia boleh menarik minat pelbagai pelancong ke taman hiburan tersebut.

Malangnya, Hadiosaur bercadang untuk membawa haluannya sendiri, meninggalkan Park Atan terkontang-kanting kerana terkejut. Adakah Park Atan akan kembali pulih?

 

6. The Ring-Git

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Lebih banyak lagi rakyat yang miskin

Plot: Lanjutan kepada filem sebelumnya, “The Sixth Sen”, suatu hari seorang lelaki pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM500, namun hanya RM470 yang dia dapat. Dengan tidak semena-mena dia mendapat sebuah panggilan yang membisikkan, “Annnammmm peratussssssss”. Minggu berikutnya di ATM, dia hanya dapat RM440. Sekali lagi dia menerima panggilan yang berbisik, “Wannnn EMmmmm DEEee BEEEEEE!!!!

Dalam keadaan panik, dia mula mencuba pelbagai ATM di seluruh negara, dan setiap kali perkara yang sama berlaku. Rumahnya dilelong, isterinya balik rumah mentua, dan dia tinggal sehelai sepinggang. Perlukah dia berhijrah ke negara lain demi sesuap nasi?

 

7. The Cabinet in the Woods

Karya oleh Dominic Chin
Karya oleh Dominic Chin

Menampilkan: Muhyi Deen, Palan-G, Wonwon Bin, Hasan Malique, Shafie Apahal

Plot: Buat sekian lama, 30 orang lelaki hidup dalam sebuah kabinet di tengah hutan belantara, jauh daripada rakyat. Apabila seorang ahli gagah berani lakonan Muhyi Deen (yang dipopularkan oleh LUSA) cuba keluar untuk bertemu rakyat, dia pulang dan mendapati dirinya telah diganti secara tiba-tiba. Satu-persatu ahli lain turut diganti, dan yang tinggal hanyalah mereka yang tidak mampu bersuara.

 

Kalaulah cerita-cerita ini tak terlalu mirip realiti

Syukurlah sebagai rakyat Malaysia, kita masih mampu ketawa dengan pelbagai musibah yang melanda. Dah habis ketawa, jom kita sama-sama bersatu memikirkan bagaimana kita boleh menjadikan negara kita ini satu tempat yang lebih baik di masa akan datang 🙂

 

NAH, BACA:
Laptop keeps crashing? Msian content creators share why gaming laptops are superior for work
About MK Zainal 22 Articles
BM editor. Watch movies all day errday.