8 jawapan yang dimudahkan & konfem BETUL tentang isu pening 1MDB

*For the English version, click here* Artikel ini asalnya diterbitkan pada 29/7/2015*

 

Tak sehari berlalu bila rakyat jelata terdengar isu baru mengenai 1MDB. Dengan situasi isu ini semakin tengang dan kabinet kerajaan digubarkan seperti kabinet para pembaca masa pagi raya bila baju baru tak boleh dicari, dan AG baru pula dilantik (info lanjut sebentar lagi, sila bersabar dan layanlah CILISOS.MY), kami di CILISOS rasa agak susah untuk menggali bahan info tepat mengenai topik-topik 1MDB.

1mdb movies
Macam masa nak cari parodi 1MDB tapi terjumpa IMDb pula. Hampeh.

Tapi ini mendorong kami untuk terfikir, dengan tuduhan dan tanggapan yang dilempar gaya pukul roti canai kirik-kanan mengenai isu ini, bagaimanakah sebagai rakyat prihatin, bolehkah kita bezakan info benar dari info salah?

Oleh itu, kami kumpulkan pelatih-pelatih sambilan dari kumpulan intern-intern kami (ya tuan-tuan dan puan-puan, bukan satu saja; kami sudah ada empat orang-kuli korporat-pelatih, dan dengan usaha merekalah artikel ini ditulis), dah kami mencuba sedaya-upaya untuk mencari sumber info yang boleh dipercayai (walapun kengkadang memang takleh caya). Kenapa? Kerana memang ada butir-butir maklumat bertimbun yang berkitar besepah di medan perbincangan isu ini, yang kami ingin menapis untuk mencari jawapan yang masuk akal (dan rongga kepala lain).

Kami hanya inginkan jawapan. Sumpah. (Seperti Hugh Jackman dalam gambar X-Men Origins, tapi kurang menikam dan mengoyak orang dan harta benda sambil mendedahkan badan berotot dan berkilat. Kami hanya lakukan aktiviti ini pada masa cuti…. Sumpah.)

Jadi beginilah, 8 soalan mengenai 1MDB disertai jawapan yang diringkaskan dan disahkan-sebanyak-mana-kami-mampu. 

Sila prihatin: Kami sedar isu 1MDB ini agak rumit, sampai ia buatkan kepala kami rasa macam nak meletop.

‘Cam ni. (Imej diambil dari imgur.com)

Jadi bagi kesenangan para pembaca, kami telah letakkan seksyen TL;DR di hujung setiap poin. Kalau para pembaca ingin penjelasan yang ringkas dan senang, sila pergi terus ke bawah setiap soalan. Tapi tolonglah baca poin-poin ini secara penuh. Nanti nangis ombak rindu pula pelatih-pelatih kami. Dan susah nak cari pakar terapi yang baik bila pelatih kami sedih.

1. Benarkah Jho Low terlibat dengan 1MDB?

Tony Stark tembam Malaya kita ini sudah lama dikaitkan dengan 1MDB. Walaupun beliau memang mengaku terlibat dengan Lembaga Pelaburan Terengganu (mmm… keropok lekor *air liur*), yang merupakan pendahulu 1MDB, beliau berkata kepada Malaysian Insider bahawa beliau tidak lagi terlibat dengan LPT (yang kemudiannya bertukar kepada 1MDB) sejak 2009.

Jho Low denies links to 1MDB in bid for London hotels   The Malaysian Insider
Klik untuk pergi ke artikel

Namun begitu, Sarawak Report pula terbitkan beberapa artikel mengenai Jho Low dan kaitannya kepada 1MDB. Kita terpaksa mengaku juga bahawa Sarawak Report tidak pernah dikira sebagai sumber yang konsistent sebelum kebangkitan isu ini. Oleh itu, kami pun mengambil inisiatif untuk semak semula bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak mereka.

Kami menyemak artikel-artikel Sarawak Report mengenai Jho Low, dan terjumpa artikel ini.

Jho Low 1mdb
Klik untuk pergi ke artikel. Ya, tu Paris Hilton tu. Botol tu lagi besar dari dia. -_-

Artikel ini mengulas mengenai percubaan Jho Low untuk membeli sebuah syarikat perhotelan di London. Ceritanya panjang, lebar dan rumit. Tapi secara amnya, Jho Low pada masa itu terlibat dengan sebuah kes makamah di UK. Dan Syarikat yang pihak Jho Lo ingin beli? Dikebas pihak lain. Maka Jho Low la pihak Tony Stark kita dengan segulung borang saman ke dalam zon teduh lawannya. Kepedihan.

Seorang dari pelatih kami, yang secara kebetulannya pelajar perundangan (aww yiss, pakar legal free beb!!!) terjumpa dokumen mengenai kes UK ini di judiciary.co.uk, dan info yang pelatih kami jumpa dalam dokumen ini buatkan  bulu roma kami berdiri (bayangkan sekarang staf CILISOS yang baru disambar petir; macam tu la). Dibawah adalah serpihan dari kes tersebut: (link)

jho low law doc
Jeng jeng jeng. Klik untuk tengok dokumen.

Secara amnya, kes ini terang-terang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia/1MDB menyokong Jho Lo dalam percubaannya untuk membeli syarikat perhotelan London itu!

Bagi u ollz kami tak beberapa pasti, tapi memandang kewujudan istilah “backing” dalam dokumen itu, susah juga untuk tutup sebelah mata dan kata pula Jho Low dan 1MDB tak berkait. Dan bukan saja satu, tapi dua laman web yang naikmuatkan dokumen kes ini. Satu darinya adalah bailii.org menaikmuatkan bertimbun dokumen kes dari UK dan Ireland setiap tahun, dan satu lagi judiciary.co.uk.

TL; DR – Kami rasa memadai untuk kata, “ya, memang nampak Jho Low terlibat ngan 1MDB” . Dokumen-dokumen ini menyatakan ini berkali-kali. Dan kami belum cakap lagi pasal isu duit. Kami hanya ingin kata “adanya hubungan antara Jho Low dan 1MDB”.

Yang kami tak mampu pastikan adalah *sifat hubungan mereka*. Adakah Jho Low berkerjasama dengan projek milik 1MDB? Adakah peranannya dalam hal ini merupakan orang tengah antara 1MDB dan syarikat-syarikat lain? Adakah Jho Low sendiri yang menjadi dalang dalam perjanjian 1MDB-PetroSaudi? Jawapan masih tak timbul.

 

2. Sudahkan 1MDB hasilkan untung “nyata”?

Jadi inilah soalan cepumas yang kami ingin tanyakan dalam artikel kami sebelum ini. Untuk istilah “nyata” dalam konteks ini, kami akan pakai semula definisi “memperolehi sesuatu dengan memberi nilai kepada seseorang”. Soal selidik kami tak dilayan syarikat 1MDB. Jadi kami pula terfikir, “apasal tak gelodah aje laporan finance mereke nih?”

Maka kerja selidik dijalankan. Laporan-laporan ini dimuatnaikkan oleh Lim Sian See dalam blognya. Ya, kami terdengar protes para pembaca. “Blog orang ko nak buat pakai bukti? Biar benar, CILISOS! Hmph!” Tapi tunggu sebentar; biar kami jelaskan dulu.

Sebab sebenarnya, 1MDB memang sudah pun lepaskan laporan! Tapi maksud kami, ia hanya menunjukkan *pendapatan* saja. Mengikut 2 penyata kewangan 1MDB sebelum ni, ia memang menjanakan pendapatan. Berbillion pula tu. Sila tengok sendiri.

2013 rev break
Pendapatan bagi tahun 2013. Klik untuk pergi ke dokumen
2014 rev break
Pendapatan bagi tahun 2014. Klik untuk pergi ke dokumen

Kami percaya untung ini berlaku bertepatan dengan pembelian dua stesen janakuasa oleh 1MDB, yang kemudian membolehkan mereka untuk menjanakan pendapatan darinya. Satu di sini, dan satu lagi di sini. Tapi hakikatnyna, dalam laporan 2010, 2011, dan 2012, pihak 1MDB tidak menunjukkan untung apa-apapun.

2012 no rev
Laporan 1MDB 2012. Mukasurat 8. Klik untuk pergi ke dokumen.

Boleh tahanlah, tapi kami tahu para pembaca bukannya lahir semalam. Ini semua sekadar pendapatan, dan bukan untung nyata.

The Star laporkan pada tahun 2014 bahawa 1MDB menunjukkan untung pada tahun 2013 dan 2014 sebab usaha penilaian semula harta miliknya. Maksudnya, nilai harta 1MDB sudah meningkat, jadi ia dicatit sebagai untung. Dan angka-angka yang dinyatakan dalam The Star boleh juga dilihat dalam laporan-laporan lain yang kami jumpa.

2013 revaluation
Laporan 1MDB bagi 2013. Klik untuk pergi ke dokumen.

Dan kalau bukan kerana pelarasan semula nilai harga harta tersebut, 1MDB sudah tentu melaporkan kerugian pada tahun 2013, dan kerugian yang lebih teruk pada tahun 2014.

TL;DR – Jadi adakah 1MDB janakan untung yang nyata? Kami rasa ya, ia telah janakan untung, tapi hanya sejak kebelakangan ini saja, dan hanya selepas ia membeli stesen janakuasa tersebut.

 

3. Betulkah ada duit yang hilang dari perjanjian 1MDB-PetroSaudi?

Para pembaca mungkin sudah pun dengar bahawa The Edge digantung lesen selama 3 bulan (kami sudah tentu tahu; tuan ketua penerbit kami menulis surat panjang, lebar, tebal dan hangat menyokong mereka). Ya, lesen mereka digantung kering-kering sebab hal ini. The Edge pernah jalankan analisa ekstensif mengenai care Jho Low dan PetroSaudi mengebas dan mem-bye-bye-kan duit dari rakyat Malaysia.

the edge front cover 1mdb
Tengok notis berani mati dari editor mereka. *tabik spring*

Kami meneliti isu ini, dan mengimbas balik artikel-artikel 1MDB yang kami pernah tulis sebelum ini, dan pada mulanya rasa isu ini senang difaham.

TAK PERNAH WUJUDNYA SILAP SANGKA DALAM SALASIAH KAUM ADAM SETERUK DETIK INI OMAIGAWD WAAIIII. *ahem* Dah bersedia?

the edge 1mdb
Kata orang-orang tua, kalau ada insan jahil yang berani pandang rajah tersumpah ini lama-lama, maka tertelanlah roh dan jiwa dia, dan sesatlah insan itu sampai khiamat…O_O *lempar air jampi*

Mula dan akhir rajah ini pun kami tak beberapa tahu. Kalau para pembaca nak tau apa yang dilaporkan oleh The Edge, boleh baca di sini. Tapi asasnya, andaian kami adalah artikel ini cuba gambarkan ini:

where the ball at
Kali terakhir kami ternampak bola hilang banyak kali ini, kami tersempak dengan seorang pakar bedah di lorong belakang Bangkok. Pergh.

Sekarang bayangkan benda sama, tetapi dengan duit.

The New York Times menyatakan bahawa ini memang kepakaran Jho Low. Kepakaran beliau merangkumi peralihan berbillion-billion dollar dan mempimai-pimai-tangtukannya sampai arah jalan duit tersebut tidak mampu dikesan dan tidak boleh diimbas oleh peneliti awam. Dengan kata lain, Jho Low ni seorang Ninja Duit. Atau, seorang Nin-Jho. Ahaks.

Eh, maaf. Ini *duit ninja*. (Imej diambil dari izismile.com)

Tapi The Edge cuba mengesannya, dan kami sebenarnya memuji usaha mereka. Bolehkah sumber mereka dipercayai? Ntah. The Edge sudah pun dedahkan sumber info mereka, iaitu Xavier Justo, rakyat Swiss yang ditahan oleh polis Thailand, yang khabarnya menaikkan darah kerajaan. Pendedahan info ini tidak mengesahkan apa-apapun, tapi ambil kira jugalah bahawa The Edge sudah pun mengumpul dan menyemak info ini, dan melukis graf di atas yang nampak seperti isi otak Sherlock Holmes selepas telan 50 cawan kopi, menerbitkan hasil kerja mereka, dan akhirnya menggadai surat khabar mereka demi artikel mereka.

publisher note the edge

TL; DR – Terdapatkah duit yang hilang dari perjanjian 1MDB-PetroSaudi? Kalau definisi para pembaca bagi istilah “hilang” termasuk frasa “tanpa kesan”, tidak juga. The Edge sudah pun memastikan bahawa ada kesan dalam info mereka yang menunjukkan ada duit yang hilang. Tetapi kalau definisi para pembaca adalah frasa “hilang terus”, kami di sini tidak mampu jawab.

Yang boleh dikatakan adalah duit itu sudah pun hilang ke jumlah arah lagi banyak dari jumlah arah perjalanan SEMUA staf CILISOS.

 

4. Adakah Lester Menyanyi Melanyi bercakap benar mengenai Sarawak Report?

Ada setengah dari para pembaca yang masih tertanya “Sapa mamat kerek Lester Menanyi nih? Dan apasal pula mamat nih asyik nak nyanyi aje?” Mungkin artikel ini boleh jelaskan. Sila balik selepa habis baca, ya?

Baiklah. Kalau para pembaca semua sudah tahu siapa Encik Melanyi ini, marilah kita siasat. Adakah beliau bercakap benar atau tidak? Dan betulkah dakwaannya bahawa Sarawak Report betul-betul memalsukan laporan-laporan mereka? Kami telah cuba mencari bukti yang menunjukkan Lester Melanyi memang bekerja untuk SR. Sebelum 2014, kami hanya kesan nama beliau dikaitkan dengan SR sebanyak dua kali saja.

  1. Beliau pernah bekerja untuk The Sarawak Report Tribune, tapi meletak jawatan pada 2006 selepas mereka terbitkan gambar karikatur Nabi Muhammad.
  2. Pada 2012, ia dilaporkan bahawa beliau terlibat dalam proses menubukan Radio Kenyalang. Tapi kami tak beberapa yakin samade projek ini berhasil, sebab kami tidak terjumpa bahan mengenainya.

Tapi sejak itu, tak ada pun maklumat mengenai Encik Melanyi . Macam beliau sudah…

homer disappear
Muka beliau pun lebih kurang sama. Bayangkan saja Homer dengan spek mata.

…sebelum beliau muncul semula dengan 2 video pengakuan tahun ini.

Tapi kalau kami tak terjumpa bukti yang menunjukkan bahawa beliau pernah bekerja di situ, mungkin sekurang-kurangnya kami boleh teliti bukti yang diberi oleh beliau mengenai Sarawak Report. Rakan kami di Says.com sebenarnya sudah pun kumpul dan susun senarai mengenai ketidaktepatan dalam video Melanyi, tapi ada juga butir-butir lain yang buatkan kami rasa curiga terhadap video ini.

  1. Pengakuan video dia menunjukkan gambar James Steward Stephen, pakar reka yang kononnya menolong SR memalsukan bahan mereka. SR pula cepat menyatakan bahawa gambar yang ditunjukkan oleh Melanyi sebenarnya gambar seorang Mat Salleh rawak yang sebenarnya bekerja untuk sebuah syarikat keretapi di UK. Melanyi pula membela dirinya, dan berdakwa bahawa pereka videonya sebenarnya telah pakai gambar yang salah.
  2. Melanyi mengaku bahawa beliau diupah untuk hasilkan pengakuan video ini, tetapi tak lama kemudian menjelaskan beliau hanya dibayar untuk ganti harga kos pembikinan video (kos perjalanan, penghinapan, etc.)
  3. Tony Pua pula mendakwa bahawa Lester Melanyi sudah muflis. Ini pula mengukuhkan dakwaan diatas.

    emails lester
    Emel-emel dari Lester ke Clare. Klik untuk ke artikel di The Malaysian Insider
  4. Melanyi mendakwa bahawa seorang menteri menyuruhnya mensabotajkan Radio Free Sarawak, yang juga dibawah Clare Rewcastle-Brown. Menteri ini juga mengkritik Datuk Abdul Rahman Dahlan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) kerana menyokong Lester Melanyi.
  5. Penerbit Sarawak Report telah tunjukkan email perbualannya dengan Lester Melanyi. Tiada cara bagi kami untuk mengesahkan kebenaran email ini, tetapi Melanyi belum lagi nafikan kesahihan email-email ini.

Kami tak mampu sahkan dengan yakin kalau butir-butir info ini membuktikan bahawa Lester Melanyi telah memberi dakwaan palsu, tapi hal ini juga membangkitkan persoalan banyak mengenai kesahihan dakwaannya.

TL;DR – Adakah Lester Melanyi bercakap bohong atau tidak? Mungkin juga. Tapi kami rasa kemungkinan besar tidak. Tak wujud pun bukti untuk dedahkan penipuannya (kalau ada), tapi tak wujud juga sebab untuk percaya dakwaannya bulat-bulat.

 

5. Betulkah bahawa RM700 juta dipindahkan ke akaun Najib dan Rosmah?

Inilah teras isu kontroversi laporan Wall Street Journal tersebut. WSJ telah terbitkan artikel yang mendakwa bahawa RM700 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi PM kita, Dato’ Sri Najib.

First of all u ollz, kalau para pembaca kurang tahu mengenai isu ini, kami cadangkan artikel ini sebagai langkah permulaan. Tapi secara amnya, WSJ (dan kemudiannya Sarawak Report) mengeluarkan artikel yang menyatakan bahawa RM700 juta dipindahkan dari 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib sebelum Pihihanraya Ke-13. Tapi walaupun isu ini sudah dijadikan bahan bualan hangat di Malaysia (disebabkan ini kali pertama nama Najib dikaitkan dengan perundingan 1MDB), WSJ dan Sarawak Report belum lagi dedahkan sumber info mereka.

Dan dengan tuduhan sebesar ini yang ditujukan kepada seorang pemimpin negara, memang berani mati kalau sumber secebis pun tak ada.

5152737055_a1f0a8481d_b
Gambar maskot bagi orang yang buat tuduhan terhadap pemimpin negara tanpa bukti; Yu Bodoh. (Imej diambil oleh Faizal Azmi, dari flickr.com)

Dan walaupun WSJ sudah dedahkan dokumen yang menunjukkan transaksi sudah berlaku, seperti mana ‘nudis’ (atau “peminat bidang perbogelan” kalau nak istilah yang lebih resmi) Emil Kaminski pernah ajar kita, kita taklah naif sangat sehingga rela percaya dokumen teks online sebagai bukti kukuh.

Tapi apa-apapun, Dato’ Sri Najib akan saman WSJ. Ya, “akan”, yakni belum saman lagi. Takat ini kami terdengar beliau telah hantar sekadar surat memohon penjelasan dari WSJ untuk terangkan pendiriannya.

TL; DR: Sungguh, kami tak beberapa tahu pun. Al-kisah ganjil ini mula dan akhir dengan WSJ dan Sarawak Report. Tapi ia tetap bersambung, bila para pembaca ambil kira bahawa Dato’ Sri Najib tiada lagi jalan penyelesaian alternatif kecuali menyaman mereka. Jadi takat ini, kesimpulannya tetap “AKAN DATANG!!”.

 

6. Adakah hutang 1MDB masih RM42 bilion?

Lebih kurang 2 bulan lalu, CEO 1MDB, Arul Kanda, mengajak rakyat jelata Malaysia untuk melihat sendiri penghuraian hutang 1MDB.

1MDB debt breakdown
Klik untuk artikel asal dari The Malay Mail Online

Tengok penghuraian benda ni pun rasa cam nak terurai.

Tapi apa-apapun, RM42 billion ini masih kekal sejak artikel 1MDB kami pada November 2014. Dan kalau kita sudah tahu 1MDB telah pinjam duit untuk dilaburkan, tak mungkin hutangnya masih kekal pada RM42 billion sampai sekarang, bukan? Kami orang CILISOS bukanlah pakar bidang perbankan, tapi kami pun tahu: kalau pinjam duit, mesti ada faedah. Tak wujud pinjaman mana-manapun yang tak disertakan faedah atau bunga. Bank Islam yang anti-riba pun mesti jaga periuk nasi.

fa086_03
Jangan kelirukan dengan Periuk Nazi. (Imej diambil dari hercolano2.blogspot.com)

Hutang dibayar (lebih kurang): Kami mampu mencari beberapa artikel yang mengulas bagaimana 1MDB membayar hutangnya, TAPI dengan meminjam duit dari pihak lain.

  1. Pihak mereka sudah menyatakan bahawa hutang RM2 billion sudah pun dibayar TAPI mereka pinjamkan RM2 billion untuk bayar hutang RM2 billion tersebut, jadi tak berbeza juga (dan 1MDB pun mengaku begitu).
  2. Satu lagi adalah hutang $975 juta yang lain mereka terima dari IPIC (kami mengulas mengenai mereka dalam poin seterusnya) untuk bayar balik (link di sini dan di sini). Walaupun dana ini dipanggil “pinjaman”, 1MDB mengeras bahawa ia bukannya pinjaman. Dan kalau sudah begitu, baiklah. Maka tolaklah $975 juta dari hutang 1MDB. Hooraaay!

Jadi lepas beberapa hutang dibayar, hutang 1MDB sekarang… –RM975 atau RM3.72 billion (ditetap pada kadar tukar yang ada masa 1MDB mengumumkannya, 18/7/15).

Pinjaman Baru:

– 1MDB mengambil pinjaman baru dari EXIM bank, yang dimiliki oleh sebuah subsidari Kementerian Kewangan. *adoi*

Jadi hutang sekarang +RM560 juta (seperti yang disebut dalam artikel ini)

Faedah dari pinjaman:

– Pada bulan Jun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bahawa 1MDB membayar antara RM2.4 billion dan RM2.7 billion dalam faedah, bagi pinjamannya tiap tahun. Dan semasa siaran akhbar sebelum ini, 1MDB berkata bayaran faedahnya RM2.4 billion.

Ingat, nilai itu hanya faedahnya saja. Hutang belum dibayar lagi. Jadi hutang 1MDB sekarang +RM2.4-2.7 billion setiap tahun.

Marilah kita cuba matematik-kan semua ini. Jadi RM42 billion ini hanya dari Mac 2014. Sekarang sudah pun Julai 2015. Jadi setahun 4 bulan sudah berlalu, biarlah kita bulatkan ke jangka masa setahun, sebab kebanyakkan syarikat korporat memang buat begitu.

Jalan Kerja:

TOLONG TEGUR KALAU TERSILAP LANGKAH

TL;DR: Pendek kata, mengikut langkah kira di atas, hutang 1MDB sekarang antara RM41.24 billion hingga RM41.52 billion! Baiklah, kurang sikit. YAY!

 

7. Adakah 1MDB meminta bank ini untuk menolongnya pinjamkan duit dan kemudiannya menuntut komisyen tinggi nak mampos (“sehingga mencapai altitud kematian optimum”)?

Pada tahun 2013, Financial Times (laman web perniagaan UK), melaporkan bahawa 1MDB dalam proses mencari peruntukkan untuk memulakan satu perjanjian kompleks gila babs (atau secara resmi “kesuntukkan akumen persepsi yang berada pada tahap kegilaan”), yang kami sudah bincangkan sebelum ini. Untuk jalankan projek ini, 1MDB mengupah Goldman Sachs, syarikat perbankan antarabangsa.

Encik Goldman Sachs…mungkin. (Imej diambil dari technotip.org)

Bagi para pembaca yang tak beberapa arif dalam hal bagaimana bon berfungsi (dan penulis juga mengaku langsung tak arif dalam topik ini sebelum menyiasat cerita ini), bon secara asasnya sejenis pinjaman yang besar. Untuk penjelasan yang lebih teliti, klik di sini.

Apa-apapun, Goldman Sachs telah menolong 1MDB menjual bon-bon ini (mmmm…. cokolat bon-bon *air liur), dan selepas itu 1MDB pula memberi komisyen. Dua sumber berita, Financial Times dan Bloomberg, luahkan rasa curiga mengenai perjanjian ini sebab komisyen tinggi yang diberi Goldman Sachs oleh 1MDB. Sumber mereka pula? Kedua-dua sumber berita ini menyatakan, “ia seseorang yang rapat dengan perjanjian ini”.

ORANGRAPATKEPALAHOTAKENGKOR-*ahem* Ya, boleh la tu.

The Edge laporkan bahawa pihak mereka cuba hubungi Goldman Sachs megenai isu ini. Mengikut laporan mereka, kos komisyen Goldman Sachs bagi 1MDB jauh lebih tinggi dari biasa.

1mdb goldmansachs
Tengoklah lurah perbezaan kadar faedah antara 1MDB dan syarikat-syarikat lain. Klik untuk artikel.

The Edge juga menyatakan pegawai bank pelaburan sebagai sumber mereka, tetapi tidak dedahkan nama atau identiti mereka. Tetapi dengan itu, tiga sumber berita telah mendakwa benda yang sama. Jadi ada tak 1MDB atau Kerajaan memberi respon? Hm. Lebih kurang.

Tuan PM kita sendiri yang menyentuh atas isu ini. The Malay Mail Online laporkan bahawa Goldman Sachs memang menolong 1MDB untuk jualkan bon mereka. Tapi walaupun PM bercakap panjang lebar mengenai sebab kenapa duit begitu banyak mesti dibayar kepada Goldman Sachs, beliau tidak menjelaskan jumlah duit 1MDB sudah bayat kepada mereka!

Hal ini sudah cukup untuk hauskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan. Tak kira berapa banyak sumber sesiapapun memetik dan menyatakan, kalau gomen sendiri tak rela kata apa-apapun, rakyat secara otomatik akan anggap ada udang sebalik mi.

5404093003_5341b90c9d_b
‘Cam ni. Tapi udang ni di *atas* mi. Penting tu. (imej dari vkeong.com)

TL;DR- Tiga sumber berita sudah kata “Ya, komisyen Goldman Sach bagi 1MDB jelas sekali jaaaauuuhh lagi tinggi dari biasa”. Masalahnya, pada masa ini, gomen belum lagi keluarkan stetmen apapun untuk menyangkal laporan mereka. Oleh itu, kami pun terpaksa mengikut angka-angka yang sedia ada mengenai komisyen Goldman Sachs, selagi kerajaan terus berdiam.

 

8. Mestikah rakyat memikul beban hutang 1MDB?

The government has never guaranteed 1MDB s bonds and loans   1MDB
-_- …. Okey.

Buat masa ini, ada antara kamu yang mungkin rasa lega. Tapi screenshot ini diambil lewat tahun lepas. Para pembaca ingat tak siaran akhbar yang kami jumpa di laman web 1MDB? Tak ada lagi. Sila klik-kan gambar di atas dan cubalah tengok sendiri kalau kami tengah bohong atau tak.

Tapi ini hanya satu pernyataan yang hilang, bukan? Ini bukannya bermaksud gomen terpaksa bayar hutang 1MDB, bukan? Mari tengok dulu, ya? Ada sebenarnya 2 kem pendapat mengenai berapa banyaknya hutang kerajaan kita.

Pihak Tony Pua:

Free Malaysia Today laporkan Tony Pua mendakwa bahawa kerajaan akan tanggung RM36.2 billion dari hutang 1MDB kalau ia mampos terkangkang (“tamatkan hayat dengan inversi posisi badan berkaki sudut lebar”). Dalamnya, Pua senaraikan poin-poin berikut. (Hutang dalam USD dilaras bagi RM dengan kadar tukaran pada tarikh 27/7/15, kecuali kalau kadar lain dinyatakan)

  1. Mac 2014: Surat Sokongan: RM11.45 billion
  2. April 2014: Pengesyoran Kerajaan: RM5.8 billion
  3. Mac 2015: Kerajaan Kewangan memberi “kemudahan kredit standby’: RM950 juta
  4. June 2015: Surat Sokongan: RM572 juta
  5. June 2015: Kerjaan syorkan IPIC, yang mengesyorkan 1MDB: $4.5 billion (RM17.1 billion) atau dengan faedah, $4.7 billion (RM17.9 billion)

Kami semakkan info ini dan kaitkannya dengan stetmen dari 1MDB sendiri, atau laporan dari kerajaan yang mengesahkannya. Sila imbas sendiri.

Pihak 1MDB:

Dan sebaliknya…. 1MDB pula kata bahawa kerajaan tidak mengesyorkan perjanjian IPIC. Dalam siaran akhbar mereka, mereka menyatakan bahawa gomen “hanya” mengesyorkan sehingga RM17.25 billion dari hutangnya, jadi poin (a) dan (b) dari senari diatas dikira sah.

Jadi bagaimanakah ia dikira kalau cerita bercanggah? Kiraklah julat anggaran. Senang.

Jalan Kerja:

Kami ingin ingatkan para pembaca bahawa kiraan kami, yang menggunakan pelbagai sumber, menunjukkan angka akhir yang agak dekat dengan dakwaan RM36.2 billion oleh Tony Pua. Tapi terpulanglah kepada pihak mana para pembaca ingin percaya, gomen tersayang kami masih bertanggungjawab untuk hutang 1MDB bernilai antara RM17.25 billion dan RM36.57 billion.

Tapi bagaiman pula poin (c) tu yang merangkumi kredit standby sebanyak RM950 juta yang sedia ada bagi 1MDB? Jumlah yang kononnya tak disyorkan oleh kerajaan? Astro Awani telah laporkan 1MDB sudah habiskan RM600 juta darinya.

TL;DR– Kita tahu gomen bertanggungjawab bagi RM17.25 billion (RM36.57 billion) dari jumlah hutang 1MDB. Tapi adakah rakyat serta menanggung beban ini? Bacalah pendapat rakan kami dari FreeLunch:

“Kalau benar bahawa ia milik kerajaan, maka pihak kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hutang itu, yang, dengan kata lain, bermaksud kamu dengan saya.” – FreeLunch

Berikutan itu, jawapan kami adalah: “ya la, kita semua tanggong la KOT”.

 

Info mengenai mengenai 1MDB tidak cukup

Artikel ini agak susah untuk ditulis. Secara keseluruhannya, ia perlukan usaha Ketua Penerbit kami, seorang penulis junior dan 4 orang pelatih sambilan untuk membolehkan kami memahami dan menyusun info ini. Tapi pada akhir hari, info yang kami mampu cari masih tak cukup untuk membuat kesimpula kukuh, dan kalau adapun info yang cukup, siapa antara kita yang mampu cari? Sebab kami mohon faham dari para pembaca, poin artikel ini sudah diringkaskan haus kering, tapi sampai hari ini akal kami masih tengah pusing round-round (“lingkaran radius berganda dalam abstraksi mental”) .

spinny spinny boom boom
‘Cam ni juga.

Dan akhirnya, jawapan yakin kami pun hanya mampu yakinkan kami bahawa hakikatnya, kami masih belum lagi faham banyak isu dan elemen mengenai 1MDB. Jadi tajuk kami sebenarnya boleh dianggap sekadar umpan kilk saja.

Sepertimana kami simpulkan sebelum ini mengenai 1MDB, soalnya: susahkah berterus-terang dengan rakyat jelata? Sekurang-kurangnya pengendalian hal ini patut cukup lutsinar bagi rakyat elakkan pecah otak mereka membezakan fakta dari fiksyen (“mengeluarkan lapisan serebelum dan medula oblongata dengan prejudis melampau”)? Sebab akhir harinya juga, rakyat Malaysia hanya inginkan penjelasan saja. Dan takat ni, kita tak diberi satu butir habuk info pun.

——————————–

Kami nak luahkan rasa kasih chayangz kat pelatih-pelatih sambilan kami. Kami nak mengucapkan terima-kasih berdozen-dozen kepada Sue Ann, Letitia Lim, Mahadhir Monihuldin, dan Khalik Majeed kerana menyelidik topik-topik ni bagi kami. #banggasos #poweredbyinterns

NAH, BACA:
Did 1MDB just cause a 143-year-old Swiss bank to close down? [Updated]