Bahasa Malaysia History Politics

Apa jadi tiap kali Dr M keluar UMNO? Ni dah kali ke-3..

(Read original article in English here.)

Eh korang dah dengar? Tun M umumkan yang dia nak keluar UMNO!

“Saya tinggalkan Umno kerana ia kini adalah parti untuk melindungi Najib dari sebarang kesalahan yang dilakukannya..

“Saya tak boleh jadi ahli untuk parti sebegitu memandangkan Umno berjuang untuk menentang Malayan Union, mencapai kemerdekaan serta pembangunan Malaysia,” – Tun M, dipetik dari Sinar Harian.

Hah, kecoh tak kecoh. Tapi yang lagi tak tercapai akal adalah ini bukanlah kali pertama Tun keluar UMNO! Sebelum ni dah dua kali dah dia buat sebenarnya, pada tahun 1969 dan 2008. Sebab apa? Adakah masuk keluar parti merupakan satu aktiviti masa lapang?

Haa, benda ni la yang kami nak habaq mai. Meh duduk bersila kami doh ceghita.

mahathir-popcorn

1969: Bila Tun M suarakan pendapat kepada Tunku Abdul Rahman

  • Kenapa Tun keluar: Sebenarnya Tun kena buang parti bila dia menghantar spucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman yang menyalahkannya atas peristiwa 13 Mei.
  • Apa jadi lepas tu: Tunku Abdul Rahman pencen, Tun masuk balik.
mahathir ic

Tun M dari tahun 60-an. Imej dari menteriku.blogspot.com

Sejak umur 44 tahun lagi, Tun ada jiwa yang tak mau duduk diam. Menurut laman rasmi UMNO, Tun dibuang parti pada 26 September 1969 kerana terlalu kritikal atas kepimpinan UMNO masa tu, yang diketuai Tunku Abdul Rahman. Tapi dia komplen pasai pa?

Korang mungkin ada dengar pasal peristiwa 13 Mei (nak tau lebih lagi, baca artikel ni). BN yang dikenali sebagai Parti Perikatan time tu banyak kalah kerusi kepada pembangkang yang kemudiannya menyebabkan rusuhan kaum.

13 May-by Hassan Muthalib

Tunku dipersalahkan pasal hal ni. Imej oleh Hassan Muthalib di The Nut Graph.

Tak lama lepas tu, Tun yang time tu seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman, menyalahkannya atas 13 Mei. Kami tak jumpa salinan rasmi surat ni, tapi ia diterbitkan di beberapa blog. Ini petikan daripada surat tu:

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat. – Petikan daripada surat Tun M kepada Tunku Abdul Rahman, diambil daripada malaysianindian1.blogspot.my

Lebih eloklah korang baca keseluruhan surat tu kalau nak faham, tapi boleh kata Tun M punya stail memang direct habis, takde tapis-tapis. Tun M sampai bagitau Tunku (dan semua orang yang membacalah, nama pun surat terbuka kan) yang Tunku gagal dalam memimpin negara dan perlu meletakkan jawatan sebagai PM.

Kata orang, Tunku punyalah bengang sampai Mahathir bukan je kena tendang keluar UMNO, dia juga hampir ditahan di bawah Internal Security Act.

Tak lama lepas tu Tunku meletak jawatan pada September 1970, dan Tun M masuk UMNO balik pada Mac 1972.

2008: Bila Tun M tak puas hati dengan Badawi sewaktu PRU12

  • Kenapa Tun keluar: Dia salahkan Pak Lah atas prestasi paling teruk BN dalam Pilihanraya Umum. Kali ni, Tun betul-betul keluar UMNO.
  • Apa jadi lepas tu: Pak Lah berhenti, dan Tun M masuk balik parti.

Bila Tun M pencen sebagai PM pada 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi (nama mesranya Pak Lah) dipilih sebagai pengganti, dan ada yang kata Pak Lah dipilih sendiri oleh Tun M untuk tugas ini.

mahathir badawi hand over

Tun M handing over important files to Tun Badawi in 2003. Image from South China Morning Post.

Tup tup 5 tahun lepas tu, Tun M minta Pak Lah letak jawatan. Sebabnya? Dia salahkan Pak Lah atas prestasi Pilihanraya Umum 2008 yang sangat teruk. PRU12 dipanggil sebagai tsunami politik, dan merupakan kekalahan paling teruk (time tu lah) dalam sejarah Malaysia.

 

“Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus,”” – Tun Mahathir, dipetik oleh MalaysiaKini

Kami tak jumpa kalau ada ada orang lain yang menyokong Tun M (kecuali anak Tun sendiri lah) tapi nampak gayanya dia sorang je cukup. Selain daripada meminta Pak Lah untuk bertanggungjawab, dia juga menyatakan yang Pak Lah sudah merosakkan UMNO, dan melantiknya adalah satu kesilapan.

Imej asal dari AFP but ambik from news.asiaone.com

Imej asal dari AFP but ambik from news.asiaone.com

Tapi nampaknya Tun M punya sentap kat Pak Lah bukanlah sebab PRU12 je.

“Saya ingatkan parti akan gunakan saya, tanya pendapat saya. Tapi nampak gayanya mereka tak mau kait apa-apa dengan saya.”- Tun M tentang bagaimana Pak Lah tak pernah mendapatkan nasihatnya setelah dia pencen, dipetik dari South China Morning Post.

Dia juga menyatakan rasa kecewa bila Pak Lah memberhentikan sesetengah projek, terutamanya jambatan kedua ke Singapura (projek sama diberhentikan oleh Najib, so kecewa dua kali la).

Imej asal dari The Rakyat Post.

Jadi mungkinlah rasa tak puas hati pada Pak Lah dah ada lama, cuma PRU12 ni buat buah last je, sebab tak lama lepas Tun M minta Pak Lah turun, dia umumkan yang dia nak keluar UMNO.

Mulanya Pak Lah kata dia takkan tunduk pada tekanan, tapi lebih kurang 6 bulan lepas tu dia pun letak jawatan (4 bulan lepas Tun M keluar parti).

Sepanjang saya berkhidmat, saya sentiasa berpandukan nurani saya… dan saya tidak mahu parti dan kerajaan yang berpecah-belah, sebaliknya mereka perlu bersatu dan dalam suasana harmoni.” – Pak Lah, dipetik dari BBC.

Dan Tun M kemudiannya join balik UMNO seperti yang dijanjikan, sekitar pemindahan jawatan kepada Najib pada Mac 2009.

Pak Lah lepas baru je menghantar surat letak jawatan pada Agong. Imej asal dari. chinapost.com.tw

Pak Lah lepas baru je menghantar surat letak jawatan pada Agong. Imej asal dari. chinapost.com.tw

Jadi pengajarannya adalah kalau nasihat Tun M tak diendahkan, dia akan letak jawatan. Eh macam pernah dengar je, tapi di mana ye?

2016: Bila Tun M tak puas hati sampai… PM letak jawatan lagi?

Kali ni Tun M nak keluar parti adalah disebabkan PM Najib. Setakat ni, tiap kali Tun M keluar UMNO, PM yang bertakhta time tu mesti tak tahan lama.

Maik aih memang Tun M ni ada jurus maut yang mampu memecat PM?? Najib pulak ke lepas ni?

 

Imej asal dari tranungkite.com, tapi takboleh link sebab mengandungi imej2 18PL.

Imej asal dari tranungkite.com, tapi takboleh link sebab mengandungi imej2 18PL.

Ok mungkin payah kita nak buat perbandingan dengan 1969 sebab suasana lain sangat, tapi jom cuba dengan peristiwa 2008/2009. Sebab satu beza ketara dalam kedua-dua kes ni adalah macam mana PM respon pada Tun M. Pak Lah dulu ada jugak lah tunjukkan kesudian untuk berhenti, tapi Najib jauh berbeza.

Dah hampir setahun Najib menahan tekanan. Dia dah buat kenyataan terbuka bukan sekali, tapi dua kali, yang dia takkan berundur.

“Suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun. Sebab saya tahu 3 juta ahli Umno bersama saya… Bukan saya angkuh, tapi saya diamanahkan oleh parti untuk meneruskan kepimpinan.” – PM Najib, dipetik dari The Malaysian Insider.

Selain tu, PM Najib juga buat beberapa perubahan pada kerajaan yang sangat berkontroversi, dan yang ketara sekali adalah menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan PM SELEPAS dia menyatakan kebimbangan tentang isu 1MDB. Najib juga memperkenalkan undang-undang yang mampu memberikannya kuasa tidak terhingga.

Muhyiddin_Yassin_Beban_dance

Tarian Beban Muhyiddin. Klik untuk video sepenuhnya.

Jadi susah nak cakap kalau keluarnya Tun M kali ni akan bagi sebarang kesan.

“Ramai ahli UMNO menangis ketika Tun (Dr Mahathir) secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2002. Tetapi kali ini, tiada tangisan lagi,” – Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dipetik dari Malaysian Digest.

Tapi buat Tun ianya bukan lagi pasal UMNO, tapi pasal Malaysia

Pada 1969, Mahathir bersuara untuk hak Melayu.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. – Petikan daripada surat Tun M kepada Tunku Abdul Rahman, dipetik daripada malaysianindian1.blogspot.my

Pada 2008, Tun M ingin menyelamatkan UMNO.

“Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” – Tun M, dipetik oleh Bernama.

Tapi kini pada 2016, bunyinya macam lain…

“Hari ini, jika kita pergi ke luar negara, kita berjumpa dengan orang, apa yang mereka kata ialah ‘hey, apa yang berlaku kepada negara anda? Dan saya tak rasa bangga kerana saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku di negara ini,” – Tun M, dipetik oleh MalaysiaKini.

Dan nampak gayanya, Tun M sanggup buat apa saja yang dia tak pernah lakukan, termasuklah bekerjasama dengan ketua pembangkang seperti Lim Kit Siang, dan dua sedara ni bukan sebulu pun. Ingat tak Ops Lalang?

Imej asal dari Free Malaysia Today.

Imej asal dari Free Malaysia Today.

Hah kadang-kadang bila ada ancaman yang besar, musuh pun boleh jadi member. Tapi itu masih bukan cerita yang sepenuhnya. Dato’ Zaid Ibrahim ada menyatakan yang buat masa sekarang, satu-satunya orang yang mampu bertentang dengan PM Najib adalah Tun M.

“Saya ingin mengingatkan yang perubahan politik di Malaysia memerlukan orang Melayu untuk berubah, dan Melayu hanya akan berubah jika pemimpin yang disegani mereka berubah. Jika Melayu takut, walaupun tak berasas, mereka hanya boleh mengatasi ketakutan itu jika pemimpin Melayu sendiri yang bersuara. Inilah kebenarannya yang pahit. – Dato’ Zaid Ibrahim.

Tapi Tun M mungkin juga memerlukan bantuan. Seperti yang dinyatakan oleh penganalisa politik Shahbudin Husin, pemimpin seperti Tun M, Muhyiddin malah ketua bahagian UMNO pun perlu bersatu.

Dan kita kena ingat, walaupun Tun M nampak cergas dan penuh tenaga, dia mencapai 91 tahun bulan Julai ni. Tapi walaupun dah masuk golongan warga emas, Tun M nampaknya akan terus berjuang, tak tahulah sebab kuasa ke, sebab UMNO, sebab Malaysia, ataupun suka-suka… tapi semangat tu yang orang respek.

never stop fighting

Imej asal dari sanitaryum.com

NAH, BACA:
Whoah! Is Malaysia's GE14 gonna be in a few months!? Why so fast wan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top