Bahasa Malaysia Environment

Tolong panggilkan NASA… Kuantan dah tukar menjadi MARIKH!

[To read this in English, click here.]

 

Ada perkara pelik yang sedang berlaku di Kuantan. Bandar itu sudah bertukar warna ke warna MERAH…

kuantan bauxite road red. Image from NST

Jalan di Felda Bukit Goh sekarang dah jadi macam ini. Gambar dari NST

Warna laut pun dah jadi warna merah…

sea near kuantan port turn red. Image from The Star

Keadaan semasa laut berhampiran Pelabuhan Kuantan. Gambar dari The Star

Eh, apasal ni!?  Syamsul Yusof (pengarah ‘KL Gangster’) tengah mengarahkan film yang berlatar-belakangkan dunia apokaliptik pulak ke? Idok ler gituu, tapi cerita sebenarnya lebih serius. Kuantan sekarang dah jadi tempat yang meletop untuk melombong bauksit

Ok, mula-mula kita layan video ni dulu ek? Kasik hangat dulu. Kat 0:45 tu ada kejutan.

Dah tengok video tu? Menakutkan tak? Apasal tetiba pulak Malaysia melombong bauksit banyak-banyak ni? Tak bahaya ke kepada kesihatan kita dan alam sekitar? Banyak sangat persoalan yang timbul disebabkan isu ini, dan kami akan cuba rungkaikan, terutama sekali bagi para pembaca yang duduk di luar kawasan Marikh Kuantan supaya kita fahami apa yang sedang dihadapi oleh penduduk Kuantan. Tapi sebelum tu…

 

Amender la BAUKSIT ni?

bauxite piece. Image from sandatlas.org

Bauksit amnya berwarna merah jambu pucat, jingga atau kemerah-merahan. Gambar dari sandatlas.org

Bauksit ni bahan utama dalam penghasilan aluminium. Logam yg digunakan utk buat tin minuman, kerajang aluminium, pelindung MacBook Pro korang dan macam-macam lagilah. Selepas besi, aluminium ialah logam yg kedua terbanyak digunakan di dunia dan Australia merupakan pengeluar aluminium terbesar di dunia.

Industri berbillion dollar inilah yang menggemparkan 600 orang peneroka Felda sebaik saja mereka tahu yang ada bauksit di dalam tanah yang mereka pijak itu. Bila syarikat perlombongan mula membuat tawaran sehingga Rm1.8 juta untuk setiap orang, memang diaorang rasa macam menang loteri lah. Pakcik kayo!! Pakcik kayo!! Patut la orang Kuantan teruja nak melombong bauksit pada mulanya.

Lombong semakin banyak muncul di Malaysia

Korang tahu kan yang Malaysia mempunyai sejarah perlombongan bijih timah yang menarik? Masa sekolah dulu pun kita belajar dalam mata pelajaran Sejarah. Tapi… bauksit? Dulu macam jarang dengar kan? Tapi tetiba meletops pulak isu ni? Sebabnya, semenjak dua menjak ni Malaysia dah jadi salah sebuah pengeluar terbesar bauksit.

Those days, people dulang the tin. Image from hasleenda.blogspot.com.

Macam inilah cara timah dikumpul zaman dulu-dulu. Proses ini dipanggil mendulang. Gambar dari hasleenda.blogspot.com

Pada Januari 2013, Indonesia (pengeluar ketiga terbesar bauksit) mengharamkan segala bentuk galian mentah mereka dieksport ke luar negara. Jadi, meraban ler Negara China hilang pembekal. Malaysia pun apa lagi… kita pulak la sailang jadi pembekal.

“Jelas sekali pengeluaran bauksit domestik [negara China] sedang rancak.. [tambahan pula] kesemua negara menyumbang lebih pada tahun ini. Tapi sekarang munculnya satu kuda hitam [Malaysia], yang saya rasa tak ramai menjangkakannya.” – Paul Adkins, AZ China (Syarikat perunding bahan mentah China), Reuters

Alahai.. dramatic bebenor la mamat ni. Ye ke sampai kuda hitam bagai? Jadi kami pun cari maklumat dan memang betullah cakap beliau. Pada tahun 2004, Malaysia hasilkan sebanyak 2,040 tan, dan pada tahun 2013, jumlah tersebut naik secara mendadak ke 208,770 tan. Pada tahun 2014 pulak, ke 962,799 tan! Data ni kami dapati dari Jabatan Mineral dan Geosains.

Eh, bular lah mata aku tengok nombor banyak-banyak ni! Oklah, meh kami payung carta yg kami lukis sendiri ni sebagai perbandingan (gigih kan kami?).

bauxite ton production chart

Humangaihh… 471 kali ganda dalam masa 10 tahun! (2004-2014)

Banyak giler bauksit! Patutlah kulihat hijau merah.

mars and kuantan red town. Image from Twitter

Apakah persamaan antara planet Marikh dan Kuantan? Gambar dari Twitter

Ada lagi berita yang memeranjatkan! Mungkin korang belum lahir lagi la waktu tu, pada tahun 70’an (zaman-zaman Hail Amir & Uji Rashid tu) Malaysia dulu otai dalam industri perlombongan ni. Pada tahun 80’an bila industri bijih timah merudum, maka aktiviti melombong pun berkurangan. Tapi nampak gayanya sekarang ni macam nak up balik je.

Para pakar menganggarkan yang kita mempunyai mineral dalam tanah yg masih belum diusik bernilai lebih kurang RM336 billion, jadi jutawan ler siapa yg bertuah punya tanah tu. Sekarang ni dah ada 13 lombong bijih timah, 102 besi, dan 15 emas (maklumat setakat Jun 2013). Semua sekali 130 lombong meliputi Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menarik minat syarikat asing yang kaya dari China hingga ke Australia. Macam pernah dengar je jalan cerita ni? Mcm Lynas pulok, tapi berbeza sikit lah isu kedua-duanya.

Ok lettew… duit dari negara asing masuk sini… apa masalahnya pulak?

 

Sebab bauksit ni TIDAK BAGUS untuk alam sekitar

Seperti yang kita dah tengok dalam video di atas, pencemaran bauksit ni menyebabkan Captain Planet marah, tapi BAGAIMANA SEBENARNYA ia membahayakan alam sekitar, terutamanya di Kuantan? Ceciter ceciter…

1. Penyahhutanan (tidaklah juga)

Salah satu sebab perlombongan bauksit kerap mendapat tentangan ialah penyahhutanan (deforestation). Tapi di Kuantan, tempat yang dibersihkan ialah Felda Bukit Goh yg merupakan ladang kelapa sawit. Bukanlah hutan asli. Jadi, secara teknikal, tempat itu sudah memang terjejas dari awal lagi.

Image from The Star

Pokok-pokok ladang dicabut – ye, dicabut! – untuk dijadikan lombong. Gambar dari The Star

Walaupun dalam artikel kami yang lepas, kami ada menyatakan yang ladang kelapa sawit tidak baik untuk alam sekitar berbanding pokok-pokok hutan asli, secara amnya SEBARANG POKOK boleh mengurangkan risiko hakisan tanah. Tapi selepas para peneroka dapat tahu yang tanah mereka ada bauksit, habis segala pokok dicabut menyebabkan hakisan tanah, yang kemudiannya mengakibatkan…

2. Pencemaran Air

 

1st photo of dead cockles in sea from NST; 2nd and 3rd photo of bauxite-d water in Pahang from mstar

Gambar yang paling kiri: kerang yang mati dalam laut. Gambar dari NST; Gambar tengah dan kanan: air berbauksit di Pahang. Gambar dari mstar.

Semenjak perlombongan bauksit berleluasa, penduduk Kuantan mengadu tentang banjir lumpur setiap kali hujan (disebabkan hakisan tanah) dan laut berhampiran Pelabuhan Kuantan bertukar warna ke warna merah.

“Laut menjadi merah kadangkala seperti lautan darah” – Abdul Razak Ngah, penduduk Kampung Selamat, The Star

Jadi, laut warna merah ni bahaya ke? NST telah ambil sampel air dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak, dan hantar ke ES Techventure (sebuah syarikat perunding alam sekitar yang berpengkalan di KL) untuk dibuat ujian makmal bebas. Walaupun Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Pahang bagitau yg laut warna merah ni tak bahayakan hidupan laut, keputusan ujian makmal itu menunjukkan sebaliknya:

“Ada risiko pada hidupan laut juga. Debu merah itu akan menyumbat insang ikan, menyebabkan ikan sesak nafas dan mati.” – Prof. Dr. Che Abd Rahim Mohd, Pakar Geokimia dan Radiokimia Marin dari University Kebangsaan Malaysia (UKM), di NST

Dahsyat kan? Tapi yang lagi DAHSYATya beliau bandingkan keputusan ujian makmal itu dengan standard dari World Nuclear Association dan mengesahkan yang air di situ sudah dicemari dengan heavy metals (bukan Metallica, Megadeth, Anthrax atau Slayer tau, tapi LOGAM BERAT- logam yg tak boleh terurai, bahaya apabila masuk ke dalam badan) dan menunjukkan tanda-tanda awal radiasi. Ya, ra-di-a-si (kejap lagi kami ulas).

Beliau juga menyatakan bahawa air yang kaya dengan nutrien itu juga menggalakkan pertumbuhan micro-alga berbahaya yang menyebabkan hidupan laut yang makan bahan toksik itu turut tercemar.

 

3. Pencemaran Udara

bauxite dusty air kuantan. Image from NST

Nampak macam jerebu, tapi sebenarnya ia adalah debu merah bauksit. Gambar dari NST

Penduduk Kuantan mengadu yang debu merah tersebar apabila lori yang bawa bauksit lalu-lalang. Seorang lagi penduduk Kampung Selamat menyatakan yang debu merah ni menyebabkan penyakit asma beliau menjadi LAGI TERUK dan menyebabkan kulitnya GATAL-GATAL:

“Saya terpaksa ke klinik sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk buat pemeriksaan kesihatan. Dulu tak macam ni. Cuma tahun lepas sejak penghantaran bijih ke pelabuhan semakin meningkat.” – Faidah Jusoh, The Star

Setiap kali lori lalu, Faidah terpaksa tutup makanan di gerainya yang terletak di tepi jalan. Sementara itu rakannya Siti Sandora menceritakan yang kerja pembersihan rumahnya semakin berat:

“Saya terpaksa mengelap perabot rumah dan mengemop lantai beberapa kali dalam sehari” – Siti Sandora,  The Star

Perrrghhh… apasal hazab sangat ni? Kat tempat pelombongan bauksit lain serata dunia pun cenggini jugak ke? Kami pun merayau di Google :

  • Di Texas, US, debu merah karat tersebar dari kilang logam ke kawasan perumahan, kadang-kadang menjadi ribut jerebu, menyaluti laman, lori dan lampu trafik.
  • Di Jamaica, penduduk di beberapa daerah berhampiran kilang penapisan bauksit Alpart mengalami batuk di kalangan kanak-kanak, pencemaran air, tanaman mati. Bahkan seorang lelaki mendakwa beliau mati pucuk, semuanya kerana pencemaran bauksit.
  • Di Linden, Guyana, pencemaran memberi kesan pada penduduk sehinggakan ada peningkatan pada penjualan ubat selsema selepas itu.

Faktanya, di serata dunia, apa-apa jenis perlombongan mineral pun akan menerima tentangan tak kira macam mana pun ia diselenggara. Yelah, debu kot? Camner nak kawal? Dilaporkan sehingga 17 Ogos 2015, ada 1,500 konflik berkaitan limpahan, pencemaran, relokasi, buangan, banjir, masalah kesihatan dan banyak lagi.

Terlanjur cakap pasal masalah kesihatan ni, jom cerita pasal hal radioaktif pula…

 

Abis tu kalau kita pegang bauksit yang ada radioaktif ni, kita boleh jadi macam Spiderman ke… atau Cicakman… atau Zombi Kampung Pisang?

 

Walaupun kedengaran macam filem sains fiksyen, tapi faktanya ialah bauksit mengandungi uranium dan thorium – kedua-duanya mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Habis tu kenapa media tak sibuk-sibuk terjah perkara ini, dan kenapa takde protes macam yg diaorg buat di Lynas? Mungkin pasal ia bukan macam tragedi Chernobyl atau Hiroshima. Bukannya BOOM meletop semua orang gempar pun. Bauksit Kuantan ni boleh la dikatakan pembunuh dalam diam.

Kami cuba merungkai bagaimana bauksit memberi kesan pada tubuh manusia. Berikut ada dua cara :

people eating steamboat. Image from yelp.my.

Mmmm arsenik. Gambar dari yelp.my

1. Jika dimakan

NST buat lagi ujian pada sampel ikan daripada kawasan pantai Gebeng dan mendapati ia sangat tercemar dengan bahan kimia toksik dan logam berat. Tapi perkara yang paling memeranjatkan ialah tahap arsenik di situ. Peraturan-peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tahap arsenik yang dibenarkan dalam ikan ialah 1mg/kg, tapi dalam sampel tersebut, tahap arseniknya ialah 101.5mg/kg!

Pakar kesihatan persekitaran Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim menjelaskan yang perkara ini boleh menyebabkan kanser, embolism paru-paru, kegagalan pernafasan, kecacatan janin, asma dan bronchitis yg kronik, penyakit jantung dan reaksi alergi. Lagi kesan-kesan keracunan arsenik ada di sini.

“Selagi mana bacaan logam berat di kawasan itu melebihi tahap yang dibenarkan, ikan dan tangkapan laut lain daripada kawasan tersebut tidak boleh dijual atau dimakan. – Prof. Dr. Jamal, NST

Image from Wisegeek

 

2. Jika bernafas udaranya

“Bila kita bernafas, sisa-sisa daripada bauksit akan memenuhi paru-paru menyebabkan ia tersumbat dan mengakibatkan kanser,” jelas Prof. Dr. Che Abd Rahim di NST. Tahu tak perkara apa lagi yang menakutkan tentang keracunan radiasi? Professor itu menambah lagi yang kita takkan tahu yang kita kena keracunan radiasi sehinggalah kita nampak kesan-kesannya pada kulit, sistem pernafasan dan gen. Waktu itu segalanya sudah terlambat. Perrghh… mcm asbestos. Pembunuh senyap.

Seorang sahabat CILISOS ada ke Kuantan baru-baru ini dan menceritakan betapa teruknya keadaan di sana:

“Saya buat kesilapan dengan tidak memakai jaket, saya pakai baju putih. Waktu saya pulang, baju saya betul-betul bertukar warna jadi merah. Memang saya takkan menunggang melalui kawasan tu lagi.” – Ong Wooi Chong, 30, Jurutera

Seorang lagi sahabat yang memang tinggal di Kuantan menceritakan:

“Saya tak mahu beri komen sebab sekarang ni saya sedang merana. Terpaksa bayar sebanyak rm300 ke rm400 untuk bil elektrik. 24 jam pasang air-con. Saya tak boleh nak buka tingkap atau pintu, lebih-lebih lagi nak sidai baju kat luar rumah. Debu dan habuk merata-rata. Bauksit yang paling dekat dengan rumah saya ada kat seberang jalan je. Kesian kat anak-anak saya… tak boleh nak main kat luar. Kesian kat saya… orang lain kaya raya, kami pulak makin papa. Kos elektrik, kos kesihatan makin meningkat.” – Puan Siti, 38, Penjawat Awam

 

– – –

Kesan radioaktif adalah perkara berbahaya dan PERNAH menghantui rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Korang tahu tak yang pada tahun 1979 ada kes di Bukit Merah, Ipoh? Mitsubishi Chemical membuka Asian Rare Earth untuk mengeluarkan yttrium (radioaktif juga), tapi selepas beberapa tahun, penduduk kampung mula dapat leukaemia. Bayi yang dilahirkan cacat dan 40% kanak-kanak menderita penyakit nodus limfa, turbinate congestion dan rhinitis. 7 orang pesakit leukaemia sudah meninggal dunia semenjak itu.

bukit merah ipoh radiation effect Cheah Kok Leong. Image from New York Times

Lai Kwan dan anak lelakinya Cheah Kok Leong yang dilahirkan dengan kecacatan mental. Lai Kwan mengandung sewaktu beliau bekerja di kilang Bukit Merah dan dipercayai kandungannya terkesan dengan pendedahan radioaktif. Kok Leong sekarang sudah tiada lagi di dunia. Gambar dari New York Times

Cerita yang sedih giler. Penduduk tempatan berjuang lebih dari dua dekad, melawan syarikat korperat besar dan orang atasan yang berkuasa. Bapak punya lama, tahun 2003 barulah akhirnya Mitsubishi Chemical tutup kilang. 24 tahun punya fight tuh!  Kerja-kerja pembersihan menyahradiasi masih berjalan sehingga sekarang, dianggarkan menelan belanja RM300 juta. The New York Times menggelarkan ia “pembersihan nyahradiasi yang terbesar dalam industri nadir bumi”

Macam manalah kita boleh biarkan sampai jadi macam ni? Dan yang lebih penting, macam mana kita nak pastikan benda macam ni TAKKAN BERULANG LAGI?

 

Di sinilahlah pentingnya undang-undang yang ketat

Ya, UNDANG-UNDANG… bosannya, kami tahu.

Tapi dalam bab pengendalian bahan radioaktif, tak leh main-main tau! Masalah dengan pelombong bauksit Kuantan ni ialah diaorang tak ikut betul-betul undang-undang dan peraturan. Pasal tu la Kuantan jadi sangat tercemar.

“Kemana lagi kami nak pergi? Kampung kami nama ‘Kampung Selamat’ tapi kesihatan kami dah tak selamat di sini” – Faidah, The Star

kuantan citizens protest

Penduduk Kuantan memprotes pencemaran bauksit. Gambar dari ipetitions

Kenapa penduduk protes Lynas dan perlombongan bauksit? Untuk betul-betul faham, kita kena tengok balik kisah hitam tahun 1979 di Bukit Merah. Tentu kita tak nak sejarah Malaysia yang ini berulang kembali kan?

Sebelum orang Kuantan buat bantahan, pihak berkuasa tidak mewar-warkan perlombongan pada umum. Walaupun perlombongan bauksit ini menguntungkan, penduduk merasakan yang tiada ketelusan dalam pelbagai aspek perkembangan industri perlombongan ini. Betul juga, bila The Star menyelidik dengan Jabatan Mineral dan Geosains, sedikit saja maklumat yang mereka dapat. Sebab itulah pentingnya penglibatan rakyat prihatin dalam mempersoalkan dan mempertahankan hak mereka.

Kipidap orang Kuantan kerana menggemparkan perkara ini. Dalam laporan The Star, ADUN Beserah Andansura Rabu menerima aduan daripada 3 kampung, melibatkan 4,000 orang. Tak wajarlah perlombongan bauksit terus dihentikan kerana ianya juga sumber pendapatan, tapi pengendali lombong WAJIBlah mengikut peraturan dan undang-undang, ujar beliau. Undang-undang dibuat supaya keadaan lebih selamat untuk penduduk Kuantan.

 

recycle coke cans. Image from komonews.com.

Tin minuman diperbuat daripada aluminium. Gambar dari komonews.com

Syukurlah, pihak berkuasa MENDENGAR keluhan rakyat! Lesen 34 kontraktor telah ditarik balik untuk menghentikan perlombongan berleluasa dan pencemaran, hanya 11 kontraktor sah sahaja yang masih dibenarkan melombong. Mereka diarahkan untuk menggunakan hanya satu jalan, Jalan Gebeng-Bypass, untuk memindahkan bauksit yang dilombong ke pelabuhan. Sehingga 8 Ogos, jumlah lori pengangkut kelihatan berkurangan. Bukan itu saja, wakil rakyat Pembangkang dan BN juga tolak ke tepi perbezaan politik mereka dan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian.

Hey, kita sebangai rakyat jelata pun boleh lakukan sesuatu, tau! KITAR SEMULA! Korang tahu tak, kalau kita kitar semula 1 tan aluminium, ia dapat menjimatkan penggunaan 8 tan bauksit? Jumlah tenaga yang dijimatkan boleh mencapai ke 14,000 kWh – cukup untuk menjanakan tenaga untuk penggunaan sebuah rumah di Malaysia selama 4 tahun 7 bulan secara purata! Kitar semula menggunakan 95% KURANG tenaga dari penghasilan aluminium baru. Maksudnya, tenaga bagi setiap tin baru yg dihasilkan boleh hasilkan 20 tin kitar semula.

Tunggu apa lagi? Mari kitar semula! Sekarang ni pun beberapa negeri termasuk Pahang sudah menguatkuasakan pengasingan sampah mulai 1 Sept.

NAH, BACA:
How did a bunch of uni students triple the income of Sabah's fishermen and farmers?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top