Bahasa Malaysia International Politics Religion

Serius Sangat Ke Ancaman ISIS Di Malaysia? Kami Lihat 5 Perkara

(Read original article in English)

Sebelum kita mula, kami nak jelaskan yang kami guna nama ‘ISIS’ dalam tajuk di atas sebab itu nama yang orang dah biasa. Kumpulan pengganas itu sendiri mahu dikenali sebagai IS atau Islamic State, selaras dengan kepercayaan yang mereka kononnya menegakkan prinsip negara berkhalifah. Jadi jangan risau eh, CILISOS tak ketinggalan zaman.

Tapi bermula dari sekarang, kami akan memanggil mereka sebagai Daesh. Diaorang sendiri tak suka dipanggil sebagai Daesh, siap ugut nak potong lidah bagai. Kejap lagi kami bagitau kenapa. Sekarang ni, perkara yang ramai orang tengah dok risau adalah…

MALAYSIA PUN BOLEH KENA BOM JUGAK KEE?!

Hujung minggu lepas semua orang dok risau pasal ancaman serangan pengganas kat KL. Masing-masing pakat duduk rumah sebab lagi selamat.

Diambil daripada grup Whatsapp.

Diambil daripada grup Whatsapp.

Benda ni tiba-tiba kecoh bila dilaporkan ada rancangan untuk menyerang KL, selang beberapa hari selepas serangan di Jakarta. Seorang lelaki Terengganu ditahan kerana merancang untuk meletupkan diri sendiri di sebuah pusat hiburan di KL selepas menerima arahan Daesh.

Nak dijadikan cerita, mamat ni juga merupakan seorang ejen insurans. #2kerja

Diambil daripada The Strait Stimes. Klik untuk baca!

Diambil daripada The Strait Stimes. Klik untuk baca!

Jadi kami kumpulkan segala benda yang kami dengar dan menilai sejauh mana kebenarannya. Ye la, time macam ni semua orang tengah cuak kot.

Kami gunakan Paras RunsingTM untuk mengukur sejauh mana korang perlu risau pasal kenyataan-kenyataan di bawah. Markah rendah = tak runsing sangat.

1. MAK AIH, 1 DARIPADA 10 RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG ISIS DAESH!!!

Paras Runsing – 2.5/10

Artikel di The Coverage Bureau.

Artikel di The Coverage Bureau.

Tak beragak… bila artikel kat keluar kat Facebook, kami terkejut beruk dengan nombor yang dikongsi. Bayangkanlah, ada lebih kurang 3.1 JUTA rakyat Malaysia yang menyokong Daesh!

Biasanya kami akan mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor macam ni, tapi berdasarkan maklumbalas korang pada artikel pengangguran kami baru-baru ni, ternyatalah kemahiran statistik kami memang tak lepas Tingkatan 3.

Klik untuk lebih drama~

Klik untuk lebih drama~

Jadi, kami terus pergi ke sumber rujukan yang disertakan dalam artikel tadi – iaitu hasil kajian yang dibuat oleh Pew Research Centre. Ini yang kami jumpa:

Diambil dari Pew Research Centre. Klik untuk baca!

Diambil dari Pew Research Centre. Klik untuk baca!

Ehh, kalau guna sumber yang sama, apehal pulak mesej yang diberikan beza bebenor? Satu lagi, mungkinlah kami ni bukan pakar kan, tapi memandangkan hanya 1000 orang yang ditemu bual, ia tak bermakna 1 dalam setiap 10 rakyat Malaysia menyokong Daesh. Cuba tengok detail tentang soalan dan jawapan yang diberikan kalau korang nak tau.

Taaapi dalam masa yang sama, tak boleh dinafikan yang MEMANG ADA penyokong Daesh kat negara kita, termasuklah 47 rakyat Malaysia yang kini di Syria, serta juga wujudnya kedai-kedai yang menjual barangan-barangan Daesh.

2. MALAYSIA ADA PENGEBOM BERANI MATI JUGAK?! SIAP ADA KEM LATIHAN CUKUP!!!

Paras Runsing – 7/10 wei!

Rakyat Malaysia dirakam sewaktu upacara pancung. Imej daripada The Start.

Rakyat Malaysia dirakam sewaktu upacara pancung. Imej daripada The Start.

Sekarang memang dah konpem yang sekurang-kurangnya ada sorang mamat yang merancang untuk meletupkan dirinya sendiri kat sini. Tapi kalau nak difikirkan, dorang ni tak sebahaya mana memandangkan rekrut tempatan tak cukup pengalaman mahupun peralatan untuk serangan besar-besaran. Dengar cerita, ada sebuah kem latihan tentera rahsia di Malaysia yang menggunakan senjata palsu, ini menunjukkan mereka mungkin takde pengalaman dalam menggunakan senjata tulen.

Tapi perkara yang lebih merunsingkan adalah tentang pengganas Daesh yang balik ke Malaysia. Baru-baru ni ada laporan yang mengatakan rekrut dari Malaysia dah “naik pangkat”; maknanya daripada jadi tukang sapu dan tukang jaga, dorang dah dilatih jadi sniper dan pengebom berani mati – malah ada yang digunakan untuk operasi khas di Iraq.

Gambar propaganda Daesh tentang kanak-kanak Malaysia yang (kononnya) dilatih di Syria. Gambar dari The Daily Mail.

Gambar propaganda Daesh tentang kanak-kanak Malaysia yang (kononnya) dilatih di Syria. Gambar dari The Daily Mail.

Laaagi merunsingkan, 8 kanak-kanak Malaysia dibawa oleh mak bapak dorang untuk mendapatkan latihan di kem Daesh, yang bermakna makin takde harapan la nak bawak dorang balik bila hari-hari dah kena basuh dengan mentaliti Daesh.

“Kami percaya yang kanak-kanak tersebut diberikan latihan mudah dalam pengendalian senjata serta indoktrinasi agama sejak umur yang sangat muda.” – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun, dipetik oleh The Straits Times

Dan laaaagilagilagi merisaukan, baru-baru ni pihak polis ada mematahkan cubaan untuk membina kem latihan untuk kanak-kanak di Malaysia!

3. JAGA-JAGA, ELAKKAN TEMPAT AWAM!!!!!

Paras Runsing – 2/10

Imej asal dari uni.edu

Imej asal dari uni.edu

Melainkan rumah korang ada 7-eleven, memang susah nak elakkan segala jenis tempat awam. Korang kena pergi pejabat, naik LRT, bayar bil kat Pejabat Pos, macam-macam lagilah.

“Hapebenda la CILISOS, diaorang maksudkan tempat-tempat macam shopping mall la mangkuk~~”, kata korang tanpa belas kasihan. Kami jawab sambil minum kopi, “Eh betul juga pendapat anda, walau bagaimanapun, strategi Daesh kat rantau kita ni agak berbeda.”

Diambil daripada Facebook. Klik untk saiz besar.

Diambil daripada Facebook. Klik untk saiz besar.

Jangan ingat asalkan pengganas je, mesti nak buat benda-benda ekstrim sebab kepala diaorang masuk air. Menurut Prof. Alex P. Shmid – seorang pakar dalam Pencegahan Pengganas – kebanyakan aktiviti pengganas adalah bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.

NAH, BACA:
Malaysian man receives package from ISIS! Nothing happens!

Contohnya, cuba tengok kat serangan yang baru berlaku di Jakarta. Walaupun dibuat waktu lunch kat tengah-tengah kawasan yang sesak dengan manusia, jumlah yang terkorban adalah kecil. Penyiasatan masih dijalankan, namun ada pakar yang berpendapat bahawa serangan tersebut bertujuan:

  • Menakutkan orang ramai dan menyebabkan huru-hara
  • Memancing minat orang ramai untuk join Daesh

Tak macam serangan kat Paris yang dirancang dengan rapi, pengganas kat sini takde pengalaman mahupun peralatan yang cukup. Jadi asalkan boleh buat kecoh pun dah beres. Korang boleh baca lebih lanjut di sini, sini, dan sini.

Jadi kalau betul lah ini strategi yang Daesh gunakan kat rantau kita ni, maknanya serangan solo mungkin boleh jadik kat mana-mana sekalipun. Jadi berapa lama korang boleh berjaga-jaga?

4. JANGAN HARAP LA GOMEN BOLEH LINDUNGI RAKYAT!

Paras Runsing – 1.5/10

Diambil daripada muka depan The Star, 19 Jan 2016.

Diambil daripada muka depan The Star, 19 Jan 2016.

Sebenarnya, pihak polis kita memang cekap jugak la dalam menghalang serangan pengganas sejak dulu lagi. Dan diaorang ni memang boleh tahan serius hokeii.

Selain daripada pelbagai tahanan yang dibuat (tahun 2014 je ada 50 kes), kita dah gagalkan dua rancangan mengebom setakat ni, dan PM juga ada mencadangkan pembentukan pusat serantau untuk menangani Daesh sewaktu perhimpunan PBB pada September 2015. Ini merupakan laporan daripada kerajaan Amerika tentang usaha kita setakat ni:

“Malaysia menunjukkan kesungguhan politik pada tahap kerajaan yang tertinggi dalam menentang ancaman ISIL dan kumpulan-kumpulan pengganas yang lain.” – Dipetik daripada Kedutaan Amerika di Malaysia.

Boleh kata, abang dan kakak polis yang asyik meronda keliling kampung korang tu bukan makan gaji buta je – sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghalang sebarang ancaman, paling tidak pun membuatkan orang ramai berasa selamat. Walau bagaimanapun…

5. GOMEN BOLEH GUNA ALASAN NI UNTUK MERAMPAS KEBEBASAN KITA!!!

Paras Runsing – Err kami tak payah cakap kot…

Diambil daripada halaman 3 The Star, 19 Jan 2016.

Diambil daripada halaman 3 The Star, 19 Jan 2016.

Semua yang kami dah sembang setakat ni agak memberi harapan jugak la kan, boleh mengalir air mata. Cuma satu benda je yang kami risau… adakah pihak kerajan menggunakan Daesh sebagai alasan untuk melaksanakan undang-undang penuh kontroversi yang boleh disalah guna?

Dalam sirat khabar The Star bertarikh 19 Januari, hampir satu muka surat penuh dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) je. Kalau korang ingat, akta ni dipanggil sebagai “Akta Diktator” sebab PM boleh menggunakannya untuk mengisytiharkan kawasan darurat tanpa perlu mendapatkan kebenaran Agong. Dalam mukasurat The Star yang sama:

Mintak maaf gambar blur.

Mintak maaf gambar blur. Kamera tahap VGA je.

Memandangkan dah ada undang-undang kontroversi lain seperti Akta Pencegahan Keganasan dan SOSMA yang digubal khusus untuk mencegah keganasan, MKN ni macam terlebih pulak sebab ia boleh membenarkan PM mengehadkan kebebasan bersuara dan apa-apa je lah yang mereka tak berkenan, seperti… perhimpunan.

“Terlalu sedikit kaitannya antara aktiviti-aktiviti pengganas dan kuasa yang diberikan dalam Akta MKN… Jadi adalah melampau bagi perdana menteri untuk membuat kesimpulan yang jika ada serangan yang sama berlaku di negara ini, Akta MKN akan digunakan untuk menghadapinya sedangkan ia boleh ditangani oleh pihak polis dan undang-undang sedia ada.” – Datuk Ambiga, dipetik oleh Malaysiakini.

Cuba tengok kat SOSMA. Walaupun telah dijanjikan yang ia takkan digunakan untuk tujuan politik, tindakan telah diambil kepada bekas pemimpin UMNO Datuk Khairuddin berserta peguamnya Matthias Chang. Cakap tak serupa bikin.

Cara terbaik menentang Daesh? Kita buat tak tau je

ada-aku-kisah

Siapa ‘kita’? Rakyat Malaysia la. Opkos la pihak berkuasa tak boleh buat dek je.

Mungkin bunyinya macam kita tak serius pasal benda-benda macam ni, tapi itu je cara terbaik. Sebab tujuan kumpulan pengganas macam Daesh adalah untuk menanam rasa takut serta menggunakan propaganda supaya sesapa yang terasa nak jadi hero akan join diaorang. Menurut Prof. Alex, memang tipikal setiap kali ada keganasan berlaku, orang ramai akan respon dengan keganasan jugak, tapi reaksi macam ni lah yang Daesh suka sebab mereka akan gunakan alasan sentimen anti-Muslim ini untuk membuktikan yang Muslim adalah mangsa.

Daesh memang terer guna social media (dah ramai rakyat Malaysia join melalui cara ni) sampaikan JAKIM sendiri mengaku yang agak susah nak menghentikan usaha mereka. Bila kita mula hidup dengan rasa takut, mula sebarkan berita palsu, atau yang paling teruk sekali – mula salahkan Melayu/Muslim sebagai pengganas; Daesh menang.

“…sumber ilham terbesar bagi para pengganas paling bahaya di dunia ini bukanlah Al-Qur’an mahupun ajaran agama (sebaliknya) thrilling cause dan seruan yang menjanjikan keagungan dan harga diri…” – Scott Atran, Ahli Antropologi, dalam keterangan yang diberikan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Petikan diambil daripada The Better Angles of Our Nature, ditulis oleh Steven Pinker.

Dan bagi kami di CILISOS, sebab apa kami memanggil mereka sebagai Daesh dan bukannya Islamic State adalah untuk menafikan kesahihan mereka sebagai wakil bagi orang Islam mahupun sebagai sebuah negara. Kami juga tidak mahu guna “jihad” kerana tindakan mereka adalah bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga bukanlah satu “Perang Suci” seperti yang didakwa.

Pendek kata, apa yang kita semua perlu buat adalah memperlekehkan mesej Daesh dengan menjatuhkan kredibiliti mereka supaya orang ramai takkan terpengaruh untuk menyertai Daesh. Nak jadikan mereka bahan lawak pun boleh, kurang-kurang boleh buat orang tergelak.

Like ISIS Karaoke kat Twitter!

Like ISIS Karaoke kat Twitter!

Sebab mengapa serangan di Jakarta dilihat sebagai gagal buat Daesh adalah kerana matlamat-matlamat ini tak dicapai. Rakyat Indonesia bersatu, abang polis hensem jadi femes, pastu masing-masing teruskan hari macam takde apa-apa yang terjadi. Sampai sorang pakcik yang berada lebih kurang 300 kaki daripada tempat kejadian ni rilek je jual sate dengan semangat yang waja.

CINTA-SATE

Imej asal dari Herman Saksono.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Here at CILISOS, we believe that the only way to consume information is with a serious dose of flavour. Our aim is to make mundane things like news and current events entertaining, and informative, hopefully in equal measure. Read More

The Serious Legal Stuff

GOT A QUESTION FOR US?

Cilisos Media Sdn. Bhd. Copyright © 2020. All rights reserved.

To Top
Send this to a friend